Pejabat Pendidikan Daerah Baram

Pejabat Pendidikan Daerah Baram "Giving My Best"

Selamat Bersara, Puan Suzanne Abang BallaSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Suzanne Abang B...
24/08/2026

Selamat Bersara, Puan Suzanne Abang Balla

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Suzanne Abang Balla, Ketua Bidang Bahasa, SMK Bario, atas segala jasa, bakti, komitmen dan sumbangan sepanjang menabur khidmat dalam dunia pendidikan, khususnya di Daerah Baram.

Semoga segala ilmu yang dicurahkan, kepimpinan yang ditunjukkan dan jasa yang ditaburkan menjadi legasi yang terus dikenang oleh warga pendidikan dan anak-anak didik.

Selamat menikmati hari-hari persaraan dengan penuh ketenangan, kesihatan yang baik, kebahagiaan dan masa yang berkualiti bersama keluarga tercinta.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Jasa Puan tetap terpahat dalam lipatan sejarah pendidikan Daerah Baram.

Semoga terus diberkati dan dipermudahkan dalam setiap langkah kehidupan.

Ikhlas daripada:
Pejabat Pendidikan Daerah Baram
serta seluruh warga pendidikan Daerah Baram.



Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Baram merakamkan ucapan takziah kepada seluruh kelua...
18/08/2026

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Baram merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang Allahyarham Zainudin bin Edit, Pembantu Khidmat Am (Operasi Asrama), SK Sungai Arang, yang telah kembali ke rahmatullah pada Selasa, 18 Ogos 2026.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Salam takziah daripada
Pegawai Pendidikan Daerah Baram dan seluruh warga PPD Baram.

SELAMAT BERSARA, PUAN GABRIELE T’NG 🌹Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah  Baram merakamkan setinggi-tinggi pengharga...
10/08/2026

SELAMAT BERSARA, PUAN GABRIELE T’NG 🌹

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Baram merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara kepada Puan Gabriele T’ng, Pengetua SMK Temenggong Datuk Lawai Jau.

Terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti, komitmen dan kepimpinan yang telah dicurahkan dalam mendidik serta membimbing warga sekolah sepanjang tempoh perkhidmatan. Sumbangan dan legasi yang ditinggalkan pastinya akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada warga pendidikan.

Semoga persaraan ini menjadi permulaan kepada lembaran kehidupan yang lebih tenang, bahagia dan bermakna bersama keluarga serta insan tersayang.

Selamat bersara, Puan Gabriele T’ng.




Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Pejabat Pendidikan Daerah Baram

πŸ“’ EKSPO PENDIDIKAN FTES YAYASAN SARAWAK 2026 PERINGKAT PPD BARAMSatu inisiatif murni dalam memperkasakan pendidikan anak...
06/08/2026

πŸ“’ EKSPO PENDIDIKAN FTES YAYASAN SARAWAK 2026 PERINGKAT PPD BARAM

Satu inisiatif murni dalam memperkasakan pendidikan anak bangsa telah berjaya dilaksanakan pada 1 Ogos 2026 melalui Ekspo Pendidikan FTES Yayasan Sarawak bertempat di Dewan Suarah Baram. Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap ADUN N.76 Marudi.

Ekspo ini merupakan platform strategik yang menyatukan pelajar, ibu bapa, dan institusi pendidikan bagi memastikan akses maklumat pendidikan yang tepat sampai ke seluruh pelosok daerah Baram.

✨ RINGKASAN AKTIVITI & OBJEKTIF
Akses Pendidikan: Menyediakan maklumat sahih mengenai laluan pendidikan tinggi dan penajaan kepada pelajar dan ibu bapa di kawasan luar bandar dan pedalaman Baram.
Pameran Strategik: Melibatkan institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, dan industri bagi mendedahkan murid kepada ekosistem pendidikan yang menyeluruh.
Jangkauan Komuniti: Memastikan tiada anak Sarawak yang tercicir daripada peluang pengajian melalui pendekatan "bringing education closer to the people".

🎀 INTIPATI UCAPAN: YB DATUK DR PENGUANG MANGGIL (Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak)
Strategi Pembangunan Pasca COVID-19, PCDS 2030: Pendidikan adalah pelaburan strategik untuk memacu ekonomi Sarawak ke arah negeri maju berpendapatan tinggi melalui ekonomi digital, tenaga hijau, dan AI.
Inisiatif Pendidikan Percuma: Komitmen Kerajaan Sarawak menyediakan pengajian tinggi percuma di institusi milik negeri bagi meringankan beban kewangan keluarga.
Seruan Bidang Baharu: Menggalakkan pelajar meneroka bidang STEM dan TVET untuk menjadi pencipta peluang masa hadapan.
Mesej Utama: "Anak-anak Sarawak hari ini ialah arkitek kepada Sarawak esok."

🎀 INTIPATI UCAPAN: ENCIK MATTHEW LAING NGAU (Pegawai Pendidikan Daerah Baram)
Aspirasi Reformasi Pendidikan: Menekankan pelaksanaan Reformasi Pendidikan Malaysia 2026–2035 yang berpaksikan kualiti, inklusiviti, dan pembangunan karakter murid.
Sinergi Komuniti: Kecemerlangan pendidikan adalah tanggungjawab bersama antara sekolah, keluarga, dan komuniti untuk memastikan setiap anak mempunyai peluang yang adil.
Bimbingan Profesional: Menyarankan agar setiap keputusan pendidikan dibuat berdasarkan maklumat yang sahih dan bimbingan pakar.
Mesej Utama: "Pendidikan bukan sekadar membuka pintu ke universiti, tetapi membuka pintu kepada kehidupan yang lebih bermaruah."

Penghargaan dirakamkan kepada Yayasan Sarawak, warga PPD Baram, dan semua rakan strategik atas komitmen tinggi dalam menjayakan agenda pendidikan ini.

TAHNIAH & SELAMAT DATANGSeluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Baram mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat da...
30/07/2026

TAHNIAH & SELAMAT DATANG

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Baram mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Puan Kam Mui Mui atas pelantikan sebagai Guru Besar SJK (C) Kee Tee.

Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, berintegriti dan berwibawa dalam menerajui kecemerlangan sekolah. Semoga kepimpinan puan terus membawa inspirasi, memperkukuh kecemerlangan pendidikan serta memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah dan komuniti.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang dalam memimpin warga SJK (C) Kee Tee ke arah kejayaan yang lebih gemilang.

Ikhlas daripadaWarga Pejabat Pendidikan Daerah Baram

28/07/2026

πŸ“’ PENGUMUMAN

Semakan keputusan calon guru secara dalam talian (eUKCG) bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan (BPP) ambilan Tahun 2026 untuk pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) boleh dibuat mulai:

πŸ—“οΈ 28 Julai 2026 (Selasa)
⏰ 10.00 pagi

Sila layari pautan berikut untuk semakan keputusan:

πŸ”— https://ukcg.moe.gov.my/isp

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"







EKSKLUSIF UNTUK KOMUNITI BARAM πŸ“’Ekspo Pendidikan Yayasan Sarawak FTES 2026 kini hadir ke MARUDI πŸ“πŸ“… Tarikh: 01 Ogos 2026 ...
28/07/2026

EKSKLUSIF UNTUK KOMUNITI BARAM πŸ“’

Ekspo Pendidikan Yayasan Sarawak FTES 2026 kini hadir ke MARUDI πŸ“
πŸ“… Tarikh: 01 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•’ Masa: 7:30 pagi – 1:00 petang
πŸ› Tempat: Dewan Suarah Baram, Marudi
---
AKTIVITI-AKTIVITI YANG MENANTI ANDA πŸŽ’πŸ“š
βœ… Sesi Kaunseling
βœ… Taklimat Pendidikan
βœ… Pendaftaran kemasukan ke institusi
βœ… Pameran pendidikan yang menarik
βœ… Penyampaian hadiah pelajar cemerlang SPM & STPM 2025 πŸŽπŸ†
---
Institusi Terlibat:
Swinburne | Curtin University | i-CATS | Technology College Sarawak | Kolej Laila Taib | Centre for Technology Excellence Sarawak | Sarawak Skills & banyak lagi! 🏫
---
MASUK SECARA PERCUMA! πŸ’Έ
Terbuka untuk pelajar, ibu bapa, guru & komuniti πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦

JOM, bawa rakan & keluarga bersama! 🀝
---
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI! ⏳
Rancang masa depan anda, mulakan langkah hari ini! πŸš€

🌟 BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA BARAM! 🌟Jom meriahkan Karnival Pendidikan MADANI 2026: Sehari Bersama Rakyat yang bakal dia...
28/07/2026

🌟 BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA BARAM! 🌟

Jom meriahkan Karnival Pendidikan MADANI 2026: Sehari Bersama Rakyat yang bakal diadakan πŸŽ‰
πŸ“… Tarikh: 31 Julai 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 7:30 pagi hingga 5:00 petang
πŸ“ Lokasi: Dewan Suarah Baram, Marudi

Apa yang Menarik? πŸ€”
✨ Pameran Pendidikan MADANI
πŸ‘©πŸΌβ€πŸ’Ό Jualan Keusahawanan MADANI
πŸ’Ό Ceramah Yayasan Sarawak Internationl School (YSIS)
πŸ“š Program TEKAD Pendidikan Malaysia
🎨 Gen Cilik MADANI
♻️ Cabaran Upcycle MADANI: Dari sisa ke Seni
🧠 Kuiz Pendidikan MADANI
πŸ‘¨β€πŸ’» Pemimpin Digital MADANI
🎭 Persembahan Istimewa
🎁 Cabutan Bertuah
dan pelbagai lagi aktiviti menarik untuk semua! πŸŽͺ

MASUK SECARA PERCUMA! πŸ’Έ
Terbuka untuk pelajar, ibu bapa, guru & komuniti πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦

JOM, bawa rakan & keluarga bersama! 🀝

https://www.facebook.com/share/p/1Jcc7yvdCx/
24/07/2026

https://www.facebook.com/share/p/1Jcc7yvdCx/

πŸ“’ Warga Sarawak, jom singgah!
Ekspo Pendidikan Yayasan Sarawak FTES 2026 πŸŽ“
Banyak pilihan kursus, peluang tajaan & info sambung belajar semua ada di sini!

πŸ“ Cek tarikh & lokasi masing-masing & datang, tanya, explore masa depan anda. Jangan lepaskan peluangβ€”bawa kawan sekali!

Bersama kami IPTS milik Kerajaan Sarawak di bawah Yayasan Sarawak Education Group (YSEG):
Curtin University Malaysia, Swinburne University of Technology Sarawak, University of Technology Sarawak - UTS, Kolej Laila Taib - KLT, ICATS University College, Centre for Technology Excellence Sarawak & Yayasan Sarawak International Secondary School

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSS SARAWAK 2026 | 13-17 JULAI 2026Salam Sejahtera,Salam Menjulang Pendidikan Sarawak,Salam Fly K...
19/07/2026

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSS SARAWAK 2026 | 13-17 JULAI 2026

Salam Sejahtera,
Salam Menjulang Pendidikan Sarawak,
Salam Fly Kenyalang Fly, Fly High

Dengan penuh rasa syukur, Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSS Sarawak) Tahun 2026 telah melabuhkan tirainya setelah berlangsung dengan jayanya pada 13 hingga 17 Julai 2026 di Kelab Rekreasi Petroleum (KRP) Lutong, Miri, Sarawak.

Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram dengan kerjasama SMK Marudi dan SK Dato' Sharif Hamid selaku Sekolah Pengelola.

Bersama-sama ini disertakan Keputusan Rasmi Kejohanan Sepak Takraw MSS Sarawak Tahun 2026 untuk makluman dan rujukan semua pihak.

Pihak Pengelola merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama serta sokongan yang tidak berbelah bahagi, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, sepanjang penganjuran kejohanan ini.

Penghargaan turut dirakamkan kepada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSS Sarawak), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram, sekolah-sekolah pengelola, jawatankuasa pelaksana, pegawai teknikal, pengadil, pengurus pasukan, jurulatih, atlet, urus setia serta semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, kepakaran dan komitmen sehingga kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Sesungguhnya, semangat kebersamaan, profesionalisme, integriti dan kerjasama yang dipamerkan sepanjang kejohanan ini merupakan manifestasi komitmen yang tinggi dalam memperkasakan pembangunan sukan sekolah di Sarawak.

Semoga jalinan kerjasama yang telah terjalin akan terus diperkukuh demi melahirkan lebih ramai atlet berpotensi serta menyokong kecemerlangan sukan pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Akhir kata, sekali lagi diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, kerjasama serta sokongan yang telah diberikan.

Salam "Giving My Best"

Sekian, terima kasih.



Address

Lot 2241, Jalan Marudi/Ulu Linei
Marudi
98050

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6085755808

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Baram posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Baram:

Shortcuts

Share