SK Jenang Marang_Jepris

SK Jenang Marang_Jepris LAMAN RASMI PAGE FACEBOOK
SK JENANG
MARANG
TERENGGANU
♥️
New account since 2023

**MAJLIS PERSARAAN CIKGU NORLIANA BINTI SHAMSHUDDIN** Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Cikgu Norliana b...
10/08/2026

**MAJLIS PERSARAAN CIKGU NORLIANA BINTI SHAMSHUDDIN**

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Cikgu Norliana binti Shamshuddin,
Guru Besar SK Jenang,
atas segala jasa, bakti, kepimpinan, bimbingan dan pengorbanan sepanjang menerajui SK Jenang.

Segala usaha dan dedikasi yang dicurahkan dalam mendidik, membimbing serta memimpin warga sekolah akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi buat kami semua.

Warga JePriS mendoakan agar Cikgu Norliana sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta menikmati kehidupan selepas persaraan dengan penuh ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan.

📅 10 Ogos 2026
📍 Dewan Al-Falah SK Jenang

Pautan Gambar & Rakaman 10 Ogos 2026:
https://drive.google.com/drive/folders/1XN8eDQV9QVuWcLT3CBwe_Bpy0aiqAUdH?usp=sharing

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepadaCikgu Norliana binti ShamshuddinGuru BesarSekolah Ke...
10/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada

Cikgu Norliana binti Shamshuddin
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jenang

atas segala jasa, bakti dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam dunia pendidikan.

Semoga segala kebaikan dan pengorbanan yang telah dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Didoakan agar Cikgu Norliana binti Shamshuddin sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dilimpahi kebahagiaan bersama keluarga tersayang.

Selamat Bersara dan terima kasih Cikgu.

Pautan Gambar dan Rakaman:
https://drive.google.com/drive/folders/1VxAwAO0fUNnX_M5L_4VHuLIpJtyE-ixL?usp=sharing

9 Ogos 2026

KARNIVAL FUTURASTEM SK GONG BADAK 2026📆 30 Julai 2026 (Khamis)⏱️ 9.00 pagi 📍Makmal Komputer, SK Gong Badak🔖Aktiviti: Per...
30/07/2026

KARNIVAL FUTURASTEM SK GONG BADAK 2026
📆 30 Julai 2026 (Khamis)
⏱️ 9.00 pagi
📍Makmal Komputer, SK Gong Badak
🔖Aktiviti: Pertandingan Poster AI & Pertandingan Video AI Peringkat Negeri Terengganu

Tahniah diucapkan kepada
Nor Fathia Khalisya & Yusreen Shadreena (Tempat ke-3🥉 Pertandingan Video AI),
Muhammad Rafiuddin Haikal & Mohamad Aqib Iqram (Penyertaan Poster AI)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menyertai pertandingan. Keberanian, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan amat membanggakan.

Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, tetapi pengalaman, usaha dan keyakinan yang diperoleh sepanjang pertandingan merupakan satu kejayaan yang sangat bermakna.

Semoga terus berusaha, berani mencuba dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Penghargaan Murid Mewakili Sekolah Tahun 2026 bersama Guru Besar Liana Shamsuddin📆 29 Julai 2026 (Rabu)⏱️ 2.00 petang📍KF...
30/07/2026

Penghargaan Murid Mewakili Sekolah Tahun 2026 bersama Guru Besar Liana Shamsuddin
📆 29 Julai 2026 (Rabu)
⏱️ 2.00 petang
📍KFC Marang

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah sudi mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan dan program sepanjang tahun.

Walaupun bilangan murid tidak ramai, semangat, keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan amat membanggakan. Setiap penyertaan adalah satu kebanggaan buat sekolah dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

Sebagai tanda penghargaan, Guru Besar Liana Shamsuddin telah meraikan murid-murid ini atas komitmen dan usaha yang diberikan. Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, menimba pengalaman dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Terima kasih juga kepada semua guru dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan kepada anak-anak.

💙 Sekecil mana sekolah kita, sebesar itulah semangat warganya. Tahniah dan syabas kepada semua murid wakil sekolah & semua guru-guru pembimbing!

⚽ KARNIVAL BOLA SEPAK SEKOLAH KURANG MURID (SKM) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 ⚽📅 Tarikh: 26 Julai 2026🏅 Keputusan: P...
25/07/2026

⚽ KARNIVAL BOLA SEPAK SEKOLAH KURANG MURID (SKM) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 ⚽
📅 Tarikh: 26 Julai 2026
🏅 Keputusan: Penyertaan
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pemain, warga sekolah yang telah memberikan komitmen dan semangat juang sepanjang Karnival Bola Sepak Sekolah Kurang Murid (SKM) Peringkat Negeri Terengganu 2026.
Walaupun kali ini sekadar penyertaan, pengalaman yang diperoleh amat berharga dan menjadi pemangkin untuk terus memperbaiki prestasi pada masa akan datang. Setiap langkah di padang adalah satu proses pembelajaran menuju kejayaan.
Terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan semua penyokong atas doa serta sokongan yang tidak pernah putus.
Terus berusaha, terus melangkah, dan terus menggapai kejayaan. 💪⚽

Alhamdulillah.Program Al Quran Dihatiku21.7.2026(Selasa)7.30 pagiMussolla Ar RahmanSemoga ia terus menjadi amalan kepada...
21/07/2026

Alhamdulillah.
Program Al Quran Dihatiku
21.7.2026(Selasa)
7.30 pagi
Mussolla Ar Rahman
Semoga ia terus menjadi amalan kepada anak-anak Jepris.

🏐 PERTANDINGAN BOLA BALING MSSD MARANG 2026 🏐📅 Tarikh: 12 & 13 Julai 2026Tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang te...
19/07/2026

🏐 PERTANDINGAN BOLA BALING MSSD MARANG 2026 🏐

📅 Tarikh: 12 & 13 Julai 2026

Tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang telah menyertai Pertandingan Bola Baling MSSD Marang 2026 bagi kategori Lelaki Bawah 12 Tahun dan Perempuan Bawah 12 Tahun.

Terima kasih kepada semua guru, jurulatih, pegawai pertandingan, ibu bapa serta para penyokong yang telah memberikan komitmen dan sokongan sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang dipamerkan menjadi inspirasi kepada semua peserta untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah kepada semua! 💪🏆





Minggu STEM Jepris23 Jun 2026Guru PenyelarasCg Nurul QamariahCg Siti Aesah
15/07/2026

Minggu STEM Jepris
23 Jun 2026
Guru Penyelaras
Cg Nurul Qamariah
Cg Siti Aesah

15.08.2026 (Rabu)Pertandingan Roket Air (STEM)Tempat: SK Bukit JejulongPenyertaan:1. Awais2.Amin3.KhairuddinGuru Pembimb...
15/07/2026

15.08.2026 (Rabu)
Pertandingan Roket Air (STEM)
Tempat: SK Bukit Jejulong
Penyertaan:
1. Awais
2.Amin
3.Khairuddin
Guru Pembimbing
1.Cg Nurul Qamariah
1.Cg Siti Aesah
3.Cg Faris

Address

Marang
Marang

Telephone

+6096188980

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Jenang Marang_Jepris posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Jenang Marang_Jepris:

Share