SK Jengka 5

SK Jengka 5 "Berusaha Untuk Kejayaan"

Selamat Datang ke SK LKTP Jengka 5!Warga sekolah dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran guru baharu, Encik Barko...
26/04/2026

Selamat Datang ke SK LKTP Jengka 5!
Warga sekolah dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran guru baharu, Encik Barkorie bin Abdullah, yang bertukar dari SK (LKTP) Jengka 6.
Semoga kehadiran cikgu membawa semangat baharu, idea yang segar serta terus menyumbang kepada kecemerlangan akademik, sukan, dan sahsiah murid. Diharapkan juga cikgu dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah ini dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar SK LKTP Jengka 5.
Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya!

20/04/2026

Ujian SEGAK murid Tahap 2. Khamis, 16 April 2026.
A moment from our SEGAK fitness evaluation—showcasing determination, resilience, and the importance of maintaining physical fitness. Where perseverance, teamwork, and healthy habits come together. Small steps today lead to greater achievements tomorrow.
Satu detik daripada penilaian kecergasan SEGAK kami—menampilkan keazaman, ketahanan, dan kepentingan mengekalkan kecergasan fizikal. Di sinilah ketekunan, semangat berpasukan, dan amalan hidup sihat disatukan. Satu langkah kecil hari ini akan membawa kepada pencapaian yang lebih besar pada masa hadapan.



09/04/2026

SELAMAT BERSARA PN. ROHAYA BINTI ABDUL RAHMAN, GURU PPKI SK LKTP JENGKA 5 | 9 April 2026
"Setiap orang ada masanya, Setiap masa ada orangnya." Sekarang adalah masa untuk kita mengenang semuanya. Selepas 37 tahun menabur, mencurah ilmu dan menyentuh hati anak-anak PPKI dan 3 tahun di SK LKTP Jengka 5 kini tibalah masanya cikgu Rohaya melabuhkan tirainya dalam bidang perguruan yang tercinta. Terima kasih cikgu Rohaya binti Abdul Rahman. Selamat Hari Jadi dan Selamat Bersara cikgu. Jasamu sentiasa kami kenang.



Promosi Program Jom Baca 2026 Jumaat | 03 April 2026Telah menerima kunjungan dari Perpustakaan Desa Kuala Sentul untuk m...
05/04/2026

Promosi Program Jom Baca 2026
Jumaat | 03 April 2026
Telah menerima kunjungan dari Perpustakaan Desa Kuala Sentul untuk mempromosikan Program Jom Baca 2026 yang bakal dilaksanakan pada 23 April 2026 nanti.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2026Jumaat | 03 April 2026 | 2.30 petangDewan Panglima Muda Jempol, SK LKTP Jengka 5Dirasmi...
05/04/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2026

Jumaat | 03 April 2026 | 2.30 petang
Dewan Panglima Muda Jempol, SK LKTP Jengka 5
Dirasmikan oleh, En Ahmad Izham bin Ahmad Suhaili wakil rasmi YH Dato' Mukaram Shah bin Zainuddin

04/04/2026

Berbeza bukannya bermaksud kurang. "Austime bukan kekurangan, tapi keunikkan. Mari kita sebarkan kasih, bukan stigma." Pada 3 April 2026, warga sekolah dan PIBG SK LKTP Jengka 5 raikan keunikkan mereka. SELAMAT MENYAMBUT HARI KESEDARAN AUSTISME SEDUNIA.





02/04/2026

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI Ke-50
Jumaat | 03 April 2026
2.30 petang
Dewan Panglima Muda Jempul, SK LKTP Jengka 5

Semua ibu bapa dan penjaga murid SK Jengka 5 dijemput hadir.

Jom pakai baju BIRU.
01/04/2026

Jom pakai baju BIRU.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PEREMPUAN MSS ZON JEMPUL 2026 01 APRIL 2026 | RABU8.00 PAGIDEWAN FUTSAL KUALA SENTULSetinggi-tingg...
01/04/2026

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PEREMPUAN MSS ZON JEMPUL 2026
01 APRIL 2026 | RABU
8.00 PAGI
DEWAN FUTSAL KUALA SENTUL

Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola tampar perempuan yang telah mendapat tempat Pertama dalam Kejohanan Bola Tampar MSS Zon Jempul.
Juga syabas diucapkan kepada guru pembimbing dan ibu bapa yang hebat dan komited.
Semoga pasukan Bola Tampar (P) SK LKTP Jengka 5 terus cemerlang dan menjadi pencetus semangat kepada murid-murid yang lain.

inshaAllah

Selamat datang.Warga sekolah mengalu-alukan kehadiran Cik Hidayati Izzati binti Osman sebagai Guru Penolong Kanan Pentad...
31/03/2026

Selamat datang.
Warga sekolah mengalu-alukan kehadiran Cik Hidayati Izzati binti Osman sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran baharu, SK LKTP Jengka 5.

Semoga kehadiran beliau membawa idea bernas dan semangat baharu dalam meningkatkan kecemerlangan akademik serta sahsiah murid.

Berkuat kuasa 31 Mac 2026.
Selamat bertugas dan maju jaya.

Address

Maran
26500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Jengka 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category