Pusat Sumber Kemas Kg Sentosa

Pusat Sumber Kemas Kg Sentosa Pusat Sumber KEMAS Kg. Sentosa, Maran, Pahang.

' ๐•€๐•๐•ž๐•ฆ ๐•„๐•–๐•Ÿ๐•ช๐•–๐•ž๐•’๐•š ๐•๐•’๐•ค๐•’ '

16/05/2026
Terima kasih Institut Latihan Kemas Kuantan kerana sudi menjemput sebagai fasilitator multimedia. Insha-Allah jika ada r...
15/05/2026

Terima kasih Institut Latihan Kemas Kuantan kerana sudi menjemput sebagai fasilitator multimedia. Insha-Allah jika ada rezeki, kita berjumpa lagi ๐Ÿซก๐Ÿ™

๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐๐€๐†๐ˆ ๐’๐‹๐Ž๐“ ๐Œ๐”๐‹๐“๐ˆ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐Š๐€๐๐€๐Š-๐Š๐€๐๐€๐ŠTarikh: 2 Mei 2025 (Sabtu)Tempat: PKM K...
05/05/2026

๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐๐€๐†๐ˆ ๐’๐‹๐Ž๐“ ๐Œ๐”๐‹๐“๐ˆ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹ ๐Š๐€๐๐€๐Š-๐Š๐€๐๐€๐Š

Tarikh: 2 Mei 2025 (Sabtu)
Tempat: PKM Kg. Gali, Raub
Rakan Kerjasama: PM e-Read Pusat Sumber Desa Murni

Kursus Multimedia Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) telah dilaksanakan dengan jayanya sebagai satu inisiatif untuk memperkukuh kemahiran penggunaan teknologi kini dalam kalangan pendidik kanak-kanak. Kursus ini melibatkan seramai 48 orang bakal guru yang terdiri daripada negeri Pahang & negeri Johor.

Sepanjang kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai asas multimedia seperti penghasilan bahan pengajaran interaktif, penggunaan aplikasi digital serta teknik menggunakan 'Ai tools'. Penglibatan aktif peserta jelas menunjukkan minat yang tinggi dalam mengintegrasikan elemen multimedia ke dalam PdP, selaras dengan keperluan pendidikan masa kini.

Sebagai fasilitator, saya mendapati kursus ini memberi impak positif bukan sahaja dari segi peningkatan pengetahuan, malah keyakinan peserta dalam mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari. Interaksi dua hala yang berlaku sepanjang sesi turut membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan. Diharapkan segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran harian bagi menarik minat murid serta meningkatkan keberkesanan penyampaian. Kursus sebegini wajar diteruskan pada masa hadapan dengan penambahbaikan agar lebih relevan dan berimpak tinggi.

๐Ÿ“ฑMEMASYARAKATKAN KEMAS, MERAKYATKAN ASPIRASI PIMPINAN๐Ÿ“ฑ

Unit Pembangunan Komuniti KEMAS Pahang Bahagian Pembangunan Komuniti - PKOM Kemas Malaysia Institut Latihan Kemas Kuantan

๐‰๐Ž๐Œ ๐Œ๐„๐Œ๐๐€๐‚๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ๐“Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)Masa: 11 pagi - 11.10 pagiTempat: Pusat Sumber Kemas Kg Sentosa Progra...
23/04/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐Œ๐„๐Œ๐๐€๐‚๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ๐“

Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)
Masa: 11 pagi - 11.10 pagi
Tempat: Pusat Sumber Kemas Kg Sentosa

Program Jom Membaca 10 Minit bersama murid Tabika KEMAS Kg. Sentosa merupakan satu aktiviti santai yang memberi pendedahan awal kepada dunia pembacaan. Melalui aktiviti ini, murid bukan sahaja diperkenalkan kepada buku sebagai bahan ilmu, malah mereka juga dididik tentang adab ketika membaca seperti memegang buku dengan betul dan menjaga keadaan buku. Selain itu, murid berpeluang melihat pelbagai gambar menarik dalam buku yang membantu mereka mengenal objek, warna dan situasi sekeliling dengan lebih mudah. Secara tidak langsung, aktiviti ini mampu merangsang minat membaca sejak usia kecil dalam suasana yang menyeronokkan dan interaktif.

๐Ÿ“š MEMASYARAKATKAN KEMAS, MERAKYATKAN ASPIRASI PIMPINAN ๐Ÿ“š

22/04/2026

๐‚๐จ๐ซ๐ž๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐กโœ๏ธ

Insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah baru-baru ini benar-benar menyentuh hati kita semua. Dalam setiap musibah, keselamatan dan kebajikan warga KEMAS serta anak-anak didik kita adalah perkara pertama yang saya khuatiri.

Alhamdulillah, kita memanjatkan kesyukuran kerana bangunan TABIKA KEMAS di sana berada di luar lingkungan kawasan kebakaran dan terselamat daripada amukan api. Namun dalam rasa syukur itu, terselit duka yang amat mendalam apabila saya dimaklumkan bahawa empat orang Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela (PPMS) kita telah kehilangan kediaman dan harta benda dalam kejadian tersebut.

Selain itu, seramai 83 orang anak-anak di 4 buah TABIKA di sini turut terkesan secara emosi akibat kemusnahan kediaman mereka dalam kemalangan ini. Bagi saya kesusahan yang menimpa mereka adalah kesusahan kita semua. Kita tidak akan membiarkan mereka berjuang sendirian.

๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ต๐—น๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ถ๐—ป๐—ถ, ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿฌ,๐Ÿฑ๐Ÿฏ๐Ÿฐ ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—” , ๐Ÿฎ,๐Ÿญ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿด๐Ÿด ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ถ๐—ป๐˜€๐—ฎ๐—ป. ๐—œ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ต๐—น๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—บ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜.

Kutipan akan diselaraskan oleh Kelab Badan Kebajikan dan Sukan KEMAS dan laporan hasil kutipan akan diumumkan secara terbuka bagi memenuhi prinsip ketelusan.

Semoga usaha yang digerakkan ini akan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang terlibat. Lebih penting kutipan derma ini adalah tanda solidariti dan kebersamaan kita semua terhadap nasib malang yang menimpa mereka yang menjadi sebahagian keluarga besar KEMAS. Bersama kita menyumbang demi nilai kasih sayang sesama insan.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Solidariti KEMAS.. Di sini Bermula...

๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐‡๐š๐ง๐š๐Ÿ๐ข๐š๐ก ๐Œ๐š๐ง
Ketua Pengarah KEMAS

๐Œ๐š๐ค๐š๐ง-๐Œ๐š๐ค๐š๐ง ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Tarikh: 17 April 2026 (Jumaat)Masa: 10 pagi bermulaMajlis Makan-Makan Aidilfitri 2026 telah b...
21/04/2026

๐Œ๐š๐ค๐š๐ง-๐Œ๐š๐ค๐š๐ง ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Tarikh: 17 April 2026 (Jumaat)
Masa: 10 pagi bermula

Majlis Makan-Makan Aidilfitri 2026 telah berlangsung dengan meriah dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan. Program ini menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara warga yang terlibat di samping memupuk nilai kerjasama dalam menjayakan sambutan majlis ini. Pelbagai juadah tradisional turut disediakan dan dinikmati bersama dalam suasana yang ceria dan harmoni.

Secara keseluruhannya, majlis ini berjaya mencapai objektifnya dalam mewujudkan suasana mesra serta menghidupkan budaya saling menghargai antara AJK dan peserta. Aktiviti seperti ini bukan sahaja memberi peluang untuk berkumpul, malah dapat memperkukuhkan peranan Pusat Sumber Kemas Kg Sentosa sebagai tempat yang menyatukan komuniti melalui penganjuran program yang bermanfaat dan bermakna.

๐Ÿฅ˜ MEMASYARAKATKAN KEMAS, MERAKYATKAN ASPIRASI PIMPINAN ๐Ÿฅ˜

๐—–๐—จ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› @ ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐Œ๐”๐™๐ˆ๐ŠTarikh: 30 Disember 2025 (Selasa)Masa: 9.00 pagi - 12 tengah hariAktiviti Bengkel Muzik...
30/12/2025

๐—–๐—จ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› @ ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐Œ๐”๐™๐ˆ๐Š

Tarikh: 30 Disember 2025 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi - 12 tengah hari

Aktiviti Bengkel Muzik telah dilaksanakan dengan jayanya melalui pembuatan alat muzik D.I.Y iaitu gitar dan marakas. Bengkel ini memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan alat muzik sendiri menggunakan bahan ringkas dan kitar semula, sekali gus memupuk kreativiti serta kesedaran terhadap amalan guna semula.

Bengkel Muzik ini berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan ekspresi seni, malah meningkatkan keyakinan diri dan kerjasama dalam kalangan peserta.

๐ŸŽธ MEMASYARAKATKAN KEMAS, MERAKYATKAN ASPIRASI PIMPINAN ๐Ÿช‡

Unit Pembangunan Komuniti KEMAS Pahang Bahagian Pembangunan Komuniti - PKOM Kemas Malaysia

Address

Maran

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber Kemas Kg Sentosa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category