22/04/2026
Setitis Kasih, Sejuta Memori
Warga SK FELDA Jengka 16 dengan penuh rasa berat hati namun bangga, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti, dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh:
🌹 Pn. Amani binti Ahmad
🌹 Cik Nur Emirra Farzana binti Zulkepli
Sepanjang perkhidmatan di sekolah ini, jasa dan didikan murni kalian telah meninggalkan kesan mendalam di hati warga sekolah, khususnya para pelajar. Moga segala ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berterusan.
Untaian doa dikirimkan agar Pn. Amani dan Cik Nur Emirra sentiasa diberkati, diberikan kesihatan yang baik, dan terus cemerlang di tempat baharu kelak.
"Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung."
We❤️SeSENA