UBK SMK Malim

UBK SMK Malim

Share

UBK SMK Malim ialah wadah perkongsian maklumat tentang aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling.

24/05/2026

V**e

23/05/2026

Selamat Bercuti

[๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐“๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐๐ƒ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡]

Sesi persekolahan berehat seketika! Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid, guru, barisan pentadbir, dan seluruh warga sekolah di daerah Melaka Tengah.

Semoga cuti persekolahan ini menjadi ruang terbaik untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tercinta, menyegarkan minda, dan kembali semula nanti dengan semangat baharu demi kecemerlangan pendidikan anak-anak bangsa.

๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚:
๐‘ด๐‘ถ๐‘ฏ๐‘ซ ๐’€๐‘ผ๐‘บ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘ต
๐‘ท๐’†๐’ˆ๐’‚๐’˜๐’‚๐’Š ๐‘ท๐’†๐’๐’…๐’Š๐’…๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ซ๐’‚๐’†๐’“๐’‚๐’‰,
๐‘ท๐‘ท๐‘ซ ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚ ๐‘ป๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’‰.

Pesanan ikhlas: Pandu cermat, tingkatkan keselamatan di jalan raya dan di mana jua anda berada. ๐Ÿš—โœจ



23/05/2026

Berhati-Hati dengan Jerat Dadah!

Dadah hari ini tidak lagi hadir dalam bentuk yang mudah dikenali.
Ada yang diselindungkan dengan nama moden, rupa menarik dan gaya hidup yang nampak โ€œnormalโ€.

โ€œIceโ€, โ€œCandyโ€, โ€œHappy Waterโ€ dan โ€œZombie V**eโ€ bukan sekadar istilah trend โ€” tetapi antara nama jalanan yang dikaitkan dengan bahan terlarang dan dadah sintetik yang mampu merosakkan masa depan generasi muda.

Ambil tahu. Ambil peduli.
Jangan biarkan rasa ingin tahu membawa padah.

Kalau dengar nama-nama iniโ€ฆ
๐Ÿšซ Jangan anggap gurauan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa AADK Negeri Johor, Sila Like Page :

โฃFB AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

Tik Tok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

LIKE | COMMENT | SHAREโฃ



Photos from UBK SMK Malim's post 20/05/2026

Terima kasih, SMK Malim atas penghargaan!

19/05/2026

Ubat atau Asap?

UBAT TAK JALAN?
ATAU ASAP TAK BERHENTI?

1 ibu.
5 anak lelaki.
Seorang suami.

Semuanya perokok. Ada yang merokok dalam rumah. Ada yang merokok luar rumah. Ada yang kononnya โ€œjauh sikitโ€, tapi bau rokok tetap masuk, melekat pada baju, rambut, langsir, sofa dan ruang rumah.

Akhirnya ibu masuk wad sebab asma. Ubat diberi, nebulizer diberi, rawatan diberi.

Tapi ibu masih semput.

Kadang-kadang masalahnya bukan ubat tak kuat. Masalahnya paru-paru ibu tak pernah diberi peluang untuk berehat.


Asap rokok bukan sekadar bau busuk. Ia boleh mencetuskan serangan asma, buat saluran pernafasan makin sensitif, dan menyebabkan batuk, semput serta wheezing jadi lebih kerap.

Yang paling sedih, orang yang sakit itu bukan perokok pun. Tapi dialah yang menanggung akibat setiap sedutan orang lain.

Kalau sayang ibu, jangan cuma risau bila dia sudah tercungap-cungap di katil wad. Sayang itu bukan sekadar hantar ke klinik. Sayang itu juga berani ubah tabiat sendiri supaya rumah tidak lagi jadi tempat yang membuatkan dia sesak nafas.

Sebab untuk pesakit asma, rumah yang penuh asap bukan tempat berehat.

Ia pencetus serangan yang berulang-ulang.

17/05/2026

V**e di Luar Negara

Semalam tular kisah pasangan yang didakwa berdepan masalah di imigresen luar negara selepas membawa cecair v**e ketika bercuti.

Percutian yang sepatutnya tenang, tiba-tiba bertukar jadi debaran. Bukan lagi fikir tempat makan, hotel atau itinerary. Tapi fikir sama ada barang itu akan dirampas, didenda, atau perlu melalui proses siasatan.

Ramai masih anggap v**e ini macam barang biasa. Masuk poket, masuk beg, bawa naik flight, habis cerita.

Tapi di sesetengah negara, rokok elektronik, pod dan cecair nikotin bukan sekadar โ€œtak boleh hisap di tempat awamโ€. Ia boleh dianggap barang larangan di kastam.

Thailand, Singapore, Brunei, India, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, Maldives, Qatar, Oman, Cambodia dan Laos antara negara yang sangat ketat terhadap v**e dan produk berkaitan.

Ada negara boleh rampas. Ada boleh denda. Ada boleh bawa ke proses mahkamah, tahanan atau deportasi, bergantung kepada undang-undang negara tersebut.

Sebelum terbang, ambil tahu dulu. Semak undang-undang negara destinasi dan negara transit. Jangan rosakkan percutian hanya kerana satu botol kecil cecair v**e dalam beg.

Bila ragu-ragu, pilihan paling selamat ialah jangan bawa langsung.



**eAwareness

16/05/2026

Selamat Hari Guru

15/05/2026

Tahniah, Tuan!

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

Ketua Polis Melaka, DCP Datoโ€™ Dzulkhairi Mukhtar bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka, Datin Diana Aini Mokter serta seluruh warga PDRM Melaka menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada SAC Christopher Patit atas kenaikan pangkat ke Senior Assistant Commissioner (SAC).

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi simbol penghargaan atas dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan, seterusnya terus menjadi inspirasi dalam memperkukuhkan kepimpinan, meningkatkan mutu perkhidmatan serta menabur bakti dengan penuh integriti demi kesejahteraan masyarakat dan kecemerlangan organisasi PDRM.








โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€
้ฉฌๅ…ญ็”ฒ่ญฆๆ–นๅฎ˜ๆ–น็คพไบคๅช’ไฝ“
๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐‚๐„ เฎ…เฎคเฎฟเฎ•เฎพเฎฐเฎชเฏเฎชเฏ‚เฎฐเฏเฎต เฎšเฎฎเฏ‚เฎ• เฎŠเฎŸเฎ•เฎฎเฏ
#๐‹๐ข๐ค๐ž #๐…๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ #๐’๐ก๐š๐ซ๐ž
https://www.facebook.com/IPKMelaka
https://www.tiktok.com/
https://instagram.com/polis_melaka_official

13/05/2026

Markah PAJSK

Want your school to be the top-listed School/college in Malim?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

SMK Malim
Malim
75250