Centre for Inclusive Research on Community and Disability

Contact the school

Centre for Inclusive Research on Community and Disability Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Centre for Inclusive Research on Community and Disability, Educational Research Center, Aras 2, Blok 9 Kampus Sultan Azlan Shah Fakulti Pembangunan Manusia UPSI Proton City Tg Malim, Malim.

CIRCLE ⭕, Faculty of Human Development, UPSI |
Pusat Kajian Inklusif bagi Komuniti dan Orang Kurang Upaya, Pusat Kajian Termaju bagi Pembangunan Orang Kurang Upaya melalui penyelidikan dan perkhidmatan berkualiti di UPSI Tg Malim Perak.

REPORT@CIRCLE | Beyond the 3,016: Apakah Selepas Mereka Berjaya Memasuki Universiti?Data terkini MyMoheS, Kementerian Pe...
05/09/2026

REPORT@CIRCLE | Beyond the 3,016: Apakah Selepas Mereka Berjaya Memasuki Universiti?

Data terkini MyMoheS, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menunjukkan seramai 3,016 pelajar OKU sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 1,152 ialah pelajar kategori penglihatan, 752 pendengaran, 492 fizikal, 284 pelbagai, 228 pembelajaran, 84 pertuturan dan 24 mental. Data ini dijana pada 4 September 2026.

Bagi CIRCLE, angka 3,016 ini bukan sekadar statistik. Ia membawa kita kepada persoalan yang lebih besar:

Apabila pelajar OKU telah berjaya memasuki universiti, apakah yang perlu kita fikirkan seterusnya?

Perbincangan tentang pendidikan tinggi inklusif tidak seharusnya hanya tertumpu kepada kemasukan ke universiti, kemudahan fizikal atau pengalaman mereka di kolej kediaman. Kita juga perlu melihat bagaimana pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran diadaptasi, bagaimana pensyarah memahami keperluan pelajar, bagaimana teknologi bantuan digunakan, dan sejauh mana mereka mempunyai peluang untuk terlibat dalam aktiviti akademik, sosial, kepimpinan dan kehidupan kampus.

Pada masa yang sama, terdapat satu lagi kelompok yang perlu diberikan perhatian — mahasiswa yang mungkin hanya menerima diagnosis pada usia lewat (late diagnosis), mereka yang mempunyai ciri neurodivergen tetapi belum mendapatkan diagnosis formal, serta mahasiswa yang mengalami cabaran kesihatan mental semasa berada di universiti.

Ini penting kerana tidak semua ketidakupayaan dapat dilihat, dan tidak semua keperluan sokongan semestinya tercermin melalui angka pendaftaran OKU. Oleh itu, universiti perlu bergerak daripada pendekatan yang hanya bertindak apabila seseorang pelajar telah dikenal pasti kepada ekosistem yang lebih proaktif, inklusif dan responsif terhadap kepelbagaian keperluan mahasiswa.

Namun bagi CIRCLE, perbincangan ini perlu pergi lebih jauh lagi.

Kita perlu melihat individu OKU melalui perspektif merentas kehidupan:

Awal kanak-kanak → Sekolah → Transisi → Pengajian Tinggi → Graduasi → Pekerjaan → Kehidupan Berdikari & Penyertaan Komuniti.

Sebelum universiti, apakah persediaan yang diterima melalui pendidikan khas, PPKI dan Program Pendidikan Inklusif untuk menyediakan mereka menghadapi kehidupan selepas sekolah?

Semasa di universiti, adakah mereka sekadar hadir, atau benar-benar dapat belajar, mengambil bahagian, membina hubungan, mempunyai rasa kebersamaan (belonging) dan berkembang sebagai individu dewasa?

Dan selepas memperoleh ijazah, adakah mereka mempunyai laluan yang jelas kepada pekerjaan, kehidupan berdikari, hubungan sosial dan penyertaan bermakna dalam komuniti?

Inilah antara ruang yang ingin terus diteroka oleh CIRCLE sebagai pusat penyelidikan inklusif merentas umur.

Kita perlu bergerak daripada persoalan:

“Berapa ramai pelajar OKU berjaya masuk universiti?”

kepada persoalan yang lebih besar:

“Apakah ekosistem yang kita bina supaya mereka boleh berjaya sebelum, semasa dan selepas universiti?”

Kerana matlamat pendidikan inklusif bukan sekadar ACCESS.

Ia perlu bergerak kepada:

ACCESS → PARTICIPATION → BELONGING → WELL-BEING → TRANSITION → EMPLOYMENT → INDEPENDENT LIVING

3,016 bukan sekadar angka.
Setiap angka mewakili seorang individu, sebuah keluarga, satu perjalanan dan satu masa depan.

REPORT@CIRCLE
People • Research • Inclusion • Impact

LENSA CIRCLE | Refleksi dari British Museum, London 🇬🇧“Sebuah bangunan bukan sekadar tempat. Ia boleh menjadi ruang yang...
05/09/2026

LENSA CIRCLE | Refleksi dari British Museum, London 🇬🇧

“Sebuah bangunan bukan sekadar tempat. Ia boleh menjadi ruang yang menyimpan ilmu, menceritakan perjalanan manusia dan mencetuskan pembelajaran.”

Pada hari pertama di London, saya mengambil kesempatan mengunjungi British Museum. Lawatan ini bukan sekadar untuk melihat koleksi sejarah dunia, tetapi menjadi satu ruang refleksi kepada saya sebagai Pengarah CIRCLE, UPSI, khususnya ketika kami sedang memikirkan pembangunan Kompleks CIRCLE pada masa hadapan.

Melangkah ke ruang Great Court, melihat bagaimana galeri disusun, bagaimana pengunjung dibimbing melalui wayfinding, bagaimana artifak diberikan konteks dan cerita, serta bagaimana sebuah bangunan bersejarah diadaptasi menjadi ruang pembelajaran yang hidup, memberikan beberapa perspektif yang sangat menarik.

Antara yang paling memberi kesan ialah melihat Rosetta Stone—sebuah objek yang bukan sahaja mempunyai nilai sejarah, tetapi menjadi jambatan kepada pemahaman bahasa, tamadun dan pengetahuan manusia. Ia mengingatkan saya bahawa nilai sebuah galeri bukan terletak kepada apa yang dipamerkan semata-mata, tetapi kepada cerita, ilmu dan pengalaman pembelajaran yang dibina di sekelilingnya.

Daripada perspektif CIRCLE, saya membayangkan Kompleks CIRCLE kelak bukan hanya terdiri daripada pejabat, bilik latihan atau makmal penyelidikan. Kita perlu memikirkan sebuah living lab yang benar-benar hidup—tempat penyelidikan, pendidikan, intervensi, inovasi dan pengalaman komuniti bertemu dalam satu ekosistem.

Saya tertarik untuk membawa beberapa prinsip daripada pemerhatian ini ke dalam perancangan CIRCLE: galeri yang menceritakan perjalanan pendidikan khas, ketidakupayaan dan inklusi; ruang demonstrasi teknologi dan inovasi; pengalaman pembelajaran yang interaktif; wayfinding dan reka bentuk sejagat yang mesra semua pengguna; serta ruang yang membolehkan suara individu berkeperluan khas, keluarga, pendidik, penyelidik dan komuniti didengar.

Lebih daripada itu, saya mahu Kompleks CIRCLE mempunyai “ceritanya sendiri” — apabila seseorang masuk ke dalamnya, mereka bukan sekadar melihat sebuah bangunan universiti, tetapi memahami perjalanan daripada penyelidikan → ilmu → intervensi → inovasi → impak kepada kehidupan manusia.

British Museum memperlihatkan bagaimana ruang, koleksi, seni bina dan penceritaan boleh bergabung untuk menghasilkan pengalaman pembelajaran yang kekal dalam ingatan.

Itulah antara refleksi penting yang saya bawa pulang untuk CIRCLE.

Kita tidak hanya mahu membina sebuah kompleks.
Kita mahu membina sebuah ruang ilmu yang hidup, inklusif dan mempunyai makna kepada masyarakat.

Dr. Hasrul Hosshan
Pengarah
Centre for Inclusive Research on Community and Disability (CIRCLE)
Universiti Pendidikan Sultan Idris

📍 The British Museum, London
📅 September 2026

BULAN KESEDARAN OKU NEGERI PERAK 2026💙💛*1 OKTOBER- 6 NOVEMBER 2026*Bersama kita menyemarakkan kesedaran, memperkukuh kef...
05/09/2026

BULAN KESEDARAN OKU NEGERI PERAK 2026💙💛
*1 OKTOBER- 6 NOVEMBER 2026*

Bersama kita menyemarakkan kesedaran, memperkukuh kefahaman dan membina masyarakat yang lebih inklusif, prihatin serta menghargai potensi setiap individu.

Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti menarik bakal dilaksanakan melibatkan komuniti OKU, mahasiswa, ibu bapa, masyarakat serta sukarelawan.

✨ Nantikan pengisian dan aktiviti yang telah disediakan sepanjang Bulan Kesedaran OKU Negeri Perak 2026!

Ayuh bersama-sama kita menjadi sebahagian daripada usaha membina ruang yang lebih mesra dan inklusif untuk semua. ♿🤝

🤟📖 PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA ISYARATAda bakat bercerita menggunakan bahasa isyarat? Inilah peluang untuk adik-adik s...
05/09/2026

🤟📖 PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA ISYARAT

Ada bakat bercerita menggunakan bahasa isyarat? Inilah peluang untuk adik-adik sekolah rendah menyerlahkan bakat sambil memperkenalkan keindahan Kod Tangan Bahasa Melayu melalui penceritaan kreatif!

📅 06 September – 24 Oktober 2026
👧🏻👦🏻 Terbuka kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di seluruh Malaysia secara individu.
🎥 Pilih salah satu buku cerita yang disenaraikan dan hasilkan video penceritaan bahasa isyarat anda!

Jadikan cerita lebih bermakna apabila ia dapat disampaikan dan dinikmati oleh semua. 💙

🔗 Pautan Pendaftaran & Maklumat Lanjut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSey6VcSWZMUxUWdNNwTsRayHGEM2jH7Jje6wgRMHTeLZNY5zw/viewform

📩 Pertanyaan: [email protected]

📱💡 PERTANDINGAN TIKTOK KESEDARANGunakan kreativiti anda untuk menyampaikan mesej yang mampu membuka mata, mengubah perse...
05/09/2026

📱💡 PERTANDINGAN TIKTOK KESEDARAN

Gunakan kreativiti anda untuk menyampaikan mesej yang mampu membuka mata, mengubah persepsi dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai OKU.

Hasilkan video TikTok bertemakan kemudahan untuk OKU sama ada di sekolah/institusi pengajian atau tempat awam.

📅 06 September – 24 Oktober 2026
👥 Terbuka kepada individu 16 tahun ke atas di seluruh Malaysia.
🎬 Penyertaan secara individu atau berkumpulan sehingga 4 orang.
⏱️ Durasi video: 3–5 minit

Satu video mungkin ringkas, tetapi mesej yang dibawa mampu mencetuskan perubahan. ✨

🔗 Pautan Pendaftaran & Maklumat Lanjut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScqWHq1SBEUjw_8kEOpQRoJMQu94zLGvYUkDecbuZzBWxPXvw/viewform

📩 Pertanyaan: [email protected]

🏃‍♂️🧠💬🤝 PERTANDINGAN OKU-THONBersedia untuk mencabar kemampuan fizikal, bahasa, sosial dan kognitif dalam satu pertandin...
05/09/2026

🏃‍♂️🧠💬🤝 PERTANDINGAN OKU-THON

Bersedia untuk mencabar kemampuan fizikal, bahasa, sosial dan kognitif dalam satu pertandingan yang penuh pengalaman bermakna?

OKU-THON bakal menghimpunkan peserta dalam empat peringkat aktiviti yang menguji pelbagai domain perkembangan:

💪 Peringkat 1: Fizikal
💬 Peringkat 2: Bahasa
🤝 Peringkat 3: Sosial
💡 Peringkat 4: Kognitif

📅 03 Oktober 2026 | 08 Oktober 2026
♿ Terbuka kepada pemegang kad OKU berumur 12–17 tahun di Negeri Perak.
👥 Penyertaan secara kumpulan seramai 5 orang.

Bukan sekadar pertandingan — ini ruang untuk mencabar diri, bekerjasama dan meraikan kebolehan setiap individu! 💙💛

🔗 Pautan Pendaftaran & Maklumat Lanjut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeP-8p1cUUaknzhjwfdA1nrHjthS1C52pVUkNhWM0CiheTMwQ/viewform

📩 Pertanyaan: [email protected]

🇲🇾🌍 CATATAN DARI LONDON | Refleksi Pengarah CIRCLEMalam td, saya berpeluang berada di The PIEoneer Awards 2026, Guildhal...
05/09/2026

🇲🇾🌍 CATATAN DARI LONDON | Refleksi Pengarah CIRCLE

Malam td, saya berpeluang berada di The PIEoneer Awards 2026, Guildhall, London, mewakili CIRCLE, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama komuniti pendidikan antarabangsa dari pelbagai negara.

Lebih membanggakan, UPSI hadir dengan DUA pencalonan finalis di pentas antarabangsa ini:

🏅 Prof. Dr. Suriani Abu Bakar
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPSI
Finalis – The Charlene Allen Award for Inspirational Leadership

🏅 CIRCLE – Centre for Inclusive Research on Community and Disability, UPSI
Finalis – Championing Diversity, Equity and Inclusion Award

Sebagai antara wakil Universiti Awam Malaysia dalam senarai finalis, UPSI berbangga dapat berdiri bersama komuniti international education dan melihat sejauh mana kita, sebagai universiti pendidikan ulung negara, mampu membawa kepimpinan, inovasi dan impak pendidikan Malaysia untuk dinilai serta dikenali di peringkat antarabangsa.

Selepas 10 edisi penganjurannya, saya melihat PIEoneer Awards sebagai antara pentas pengiktirafan berprestij dalam pendidikan antarabangsa — ibarat sebuah “Oscar” yang meraikan kepimpinan, inovasi, kolaborasi dan impak pendidikan dari seluruh dunia.

Namun, pengalaman ini bukan semata-mata tentang menang atau tidak. Ia tentang keberanian membawa hasil kerja kita keluar, melihat benchmark antarabangsa, belajar daripada mereka yang terbaik dan membina jaringan baharu.

🇲🇾 Lebih membanggakan Malaysia, Education Malaysia Global Services (EMGS) turut mencatat sejarah sebagai pemenang Student Support Award. Pencapaian ini menunjukkan bahawa inisiatif dari Malaysia mempunyai kemampuan untuk berdiri dan mendapat pengiktirafan bersama pemain pendidikan antarabangsa.

Bagi CIRCLE, pengalaman ini menguatkan satu refleksi penting — agenda disability, diversity dan inclusion di universiti perlu terus diperkasakan. Impaknya tidak seharusnya berhenti di Malaysia, tetapi perlu berkembang sehingga mampu menyokong individu kurang upaya, keluarga dan komuniti merentasi sempadan negara.

Saya juga percaya hubungan yang lebih rapat bersama The PIE team sepanjang tahun ini dan tahun hadapan boleh membuka lebih banyak ruang untuk mereka mengenali UPSI — bukan sahaja sebagai sebuah universiti pendidikan, tetapi sebagai institusi yang memberikan sokongan, pengalaman dan impak terbaik kepada pelajarnya.

Dua finalis UPSI pada tahun ini adalah satu permulaan.

Bukan sekadar membawa nama UPSI dan Malaysia ke dunia, tetapi memastikan impak yang kita bina di Malaysia turut dirasai dan diiktiraf oleh dunia. 🇲🇾🌏

Sekali lagi, terima kasih UPSI atas kepercayaan dan peluang sehingga kami mampu melangkah ke tahap ini.

From local action to global impact.
UPSI — Peneraju Kebitaraan Pendidikan.

🏆 Lihat juga pengumuman dan perkongsian pemenang The PIEoneer Awards 2026:
• https://www.instagram.com/p/Dc4UTKADevp/
• https://www.instagram.com/p/Dc4VSSwjh34/
• https://www.instagram.com/p/Dc4W-cOjd6Y/

03/09/2026
Ank istimewa.Tidak perlu pandang rendah, mereka ada kelebihan yang kte sendiri belum tahu.
03/09/2026

Ank istimewa.
Tidak perlu pandang rendah, mereka ada kelebihan yang kte sendiri belum tahu.

Menekan-nekan anak minta dibawa jalan-jalan sempena cuti sekolah. Jadi hari ini terpaksa mummy ambil cuti sekejap, bawa mereka ke Zoo Negara.

Baru nampak ayam, ayat pertama Anwar:

“Sedap ini mummy buat lauk.” 🤣

Orang lain tengok haiwan di zoo. Dia dah fikir menu di rumah.

Begitulah Anwar, anak istimewa saya. Kadang-kadang keluar ayat rawak yang buat kita tergelak tapi ada sahaja logik dalam kepala dia.

Hari ini mummy ikut sahaja dunia Anwar. ❤️

Selamat bercuti sekolah buat semua anak dan para guru. Kembali dengan lebih sakti!

Address

Aras 2, Blok 9 Kampus Sultan Azlan Shah Fakulti Pembangunan Manusia UPSI Proton City Tg Malim
Malim
35900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Centre for Inclusive Research on Community and Disability posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Centre for Inclusive Research on Community and Disability:

Shortcuts

Share