A231MPU1022B Kumpulan 16

A231MPU1022B Kumpulan 16 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from A231MPU1022B Kumpulan 16, Education Website, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.

NAMA: MUHAMMAD AFIF SHAHABUDINNOMBOR MATRIK: 302032TEMA: DADAHTAJUK: KESAN-KESAN PENGAMBILAN NIKOTIN DALAM KALANGAN PERO...
23/12/2023

NAMA: MUHAMMAD AFIF SHAHABUDIN
NOMBOR MATRIK: 302032
TEMA: DADAH
TAJUK: KESAN-KESAN PENGAMBILAN NIKOTIN DALAM KALANGAN PEROKOK

1.KURANG SELERA MAKAN SERTA PENURUNAN BERAT BADAN
Pengambilan nikotin oleh perokok boleh mengakibatkan penurunan tekanan jantung, sekaligus menyebabkan kekurangan selera makan.

2.MUAL-MUAL & MUNTAH YANG TIDAK DISANGKA
Apabila otak kita menerima nikotin-nikotin, otot di otak kita mengalami tempoh penyesuaian yang menyebabkan badan pening pada bila-bila masa.

3.PENYAKIT BRONKITIS, SALURAN DARAH & JANTUNG
Nikotin memounya impak yang bahaya terutamanya di kawasan saluran darah, yang melaksanakan pembawaan oksigen ke seluruh badan. Pencampuran darah dengan nikotin mengakibatkan tisu-tisu gagal berfungsi dan membengkakkan saluran darah dan terhasilnya penyakit Bronkitis.

NAMA: NURUL HUSNA BINTI ISMAILNOMBOR MATRIK: 302225TEMA: DADAHTAJUK: PUNCA REMAJA TERJEBAK DENGAN DADAH1. TEKANAN ATAU D...
23/12/2023

NAMA: NURUL HUSNA BINTI ISMAIL
NOMBOR MATRIK: 302225
TEMA: DADAH
TAJUK: PUNCA REMAJA TERJEBAK DENGAN DADAH

1. TEKANAN ATAU DEPRESI
Remaja sering menghadapi berbagai cabaran ketika sedang membesar. Sebagai seorang pelajar, remaja akan berasa tertekan dengan cabaran belajar di sekolah dan berusaha memenuhi harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka juga terpaksa menghadiri kelas-kelas lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Kesannya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirehat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah untuk mencari ketenangan jiwa.

2. PENGARUH RAKAN
Remaja mudah terpengaruh dengan rakan. Perkara ini menjadi musibah sekiranya mereka berkawan dengan golongan yang memberi kemudaratan kepada mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai di antara mereka yang telah terjebak cuba untuk mempengaruhi rakan-rakan untuk melakukan perkara tersebut bersama-sama. Terdapat stigma yang menyatakan seorang remaja itu tidak seronok untuk dibuat kawan kerana tidak menyertai rakan-rakannya yang lain melakukan aktiviti tersebut.

3. PENGARUH MEDIA MASSA
Media massa kini boleh diakses oleh sesiapa sahaja tanpa batasan. Oleh itu, golongan remaja ini dapat melihat budaya dan masyarakat luar yang berhibur dengan menggunakan dadah. Pengaruh daripada filem atau darama televisyen yang banyak menonjolkan aksi-aksi ganas dan negatif juga dapat mendorong remaja terikut-ikut dengan adegan tersebut. Di media-media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram juga telah menjadi medan kepada peniaga-peniaga dadah secara atas talian, bahkan terdapat juga 'fanpage' yang digunakan untuk menghalalkan dadah di sisi undang-undang.

4. SIKAP INGIN TAHU
Seperti yang kita sedia maklum, golongan remaja mempunyai sifat ingin tahu yang kuat. Apabila menjelang keremajaan , mereka melalui fasa dimana ingin mencuba pelbagai benda baru kerana semakin banyak perkara yang mereka hendak dipelajari. Sifat ingin tahu ini ada banyak kebaikan dan keburukannya. Hal ini menyebabkan segelintir remaja terdedah dengan penyalahgunaan dadah akibat sikap ingin tahu yang kuat. Justeru itu, ibu bapa perlulah memantau tingkah laku anak-anak dan membimbing mereka supaya tidak terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

5. LATAR BELAKANG KELUARGA
Kefungsian keluarga memberi kesan yang besar dalam proses pendidikan kepada remaja. Keluarga yang berfungsi dengan harmoni dalam menjaga, memberi kasih sayang, perhatian dan pendidikan kepada anak-anak akan melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia. Namun perkara ini boleh berlaku sebaliknya kepada keluarga yang datang daripada golongan yang kurang berkemampuan. Kekurangan wang menyebabkan ibu bapa perlu bekerja sehingga tiada masa untuk bertemu dengan anak-anak. Kesannya, golongan remaja daripada keluarga tersebut banyak menghabiskan masa lapang mereka dengan melepak dan melakukan perkara yang sia-sia untuk mendapatkan keseronokan dan akhirnya terjebak dengan najis dadah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

NAMA:NUR ALLYSHA NOR AZIZINO MATRIK:302275TEMA:DADAHTAJUK:KESAN-KESAN KETAGIHAN DADAH1.Kesan Fizikal Kesannya   terhadap...
23/12/2023

NAMA:NUR ALLYSHA NOR AZIZI
NO MATRIK:302275
TEMA:DADAH
TAJUK:KESAN-KESAN KETAGIHAN DADAH

1.Kesan Fizikal
Kesannya terhadap fizikal sesorang penagih ialah akanmenyebabkan seseorang penagih itu kehilangan selera makan, tidak mempunyaitenaga, malas dan tidak bermaya serta akan sentiasa kelihatan dalam khayalan. Sipenagih juga akan kehilangan tenaga seks, pitam dan pengsan, berperasaan ganas,ketagihan yang berlebihan akan sentiasa tidak senang duduk jika tidak mengambildadah sintetik. Tetapi, jika diambil secara berlebihan p**a boleh menyebabkan sipenagih kehilangan nyawa. Pengambilan dadah juga akan menjejaskan maruah diriseseorang penagih. Hal ini kerana mereka akan dianggap sebagai sampahmasyarakat oleh masyarakat di sekitar mereka kerana mereka telah melacuri segalanilai masyarakat yang bertamadun tinggi.

2.Kesan Sosial
Selain itu, apabila seseorang itu merupakan seorang penagih, sosial dan rumah tangga yang dibina olehnya juga akan goyah dan roboh. Kebiasaannya, penagih adalah seorang yang baran dan mudah melenting, ini akan sentiasa menimbulkan perselisihan dan pergaduhan antara ahli keluarganya khususnya dengan isterinya yang akhirnya akan menyebabkan perceraian.

3.Kesan Psikologi
Kesan dan akibat pengaruh dadah pada otak dan minda ialah kesan psikologi.Ini termasuk rasa seronok dan khayal.Pada masa yang sama seseorang itu akan hilanh kawalan diri dan pemikiran.Sekiranya bekalan dadah tidak diperolehi,mereka akan berasa keluh-kesah,gian dan amat derita.Matanya akan berair,hidung berhingus,perut berasa sakit dan perit,kadang kala muntah dan cirit-birit.

NAMA:INDRESH PILLAINO MATRIK:302435TEMA:DADAHTAJUK:PENGENALAN DADAHDadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis baha...
23/12/2023

NAMA:INDRESH PILLAI
NO MATRIK:302435
TEMA:DADAH
TAJUK:PENGENALAN DADAH

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkankemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mentaldan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila menggunakan bahan tersebut. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menggunakan dadah akan terusbergantung hidup kepada dadah seterusnya akan menyebabkan ketagihan.

Dadah adalah bahan kimia, biasanya struktur yang diketahui, yang, apabila diberikan kepada organisma hidup, menghasilkan kesan biologi. Dadah farmasi, juga disebut ubat, adalah bahan kimia yang digunakan untuk merawat, menyembuhkan, mencegah, atau mendiagnosis penyakit atau untuk mempromosikan kesejahteraan. Secara tradisional dadah-dadah diperoleh melalui pengekstrakan dari tanaman perubatan, tetapi baru-baru ini juga melalui sintesis organik. Dadah farmaseutikal boleh digunakan untuk jangka masa yang terhad, atau secara berkala untuk gangguan kronik.

Pelbagai jenis dadah dikenali sebagai he**in, morfin, dan g***a pada hakikatnyamerangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan.Tembakau dan arak juga merupakan dadah. Pengambilan yang berlebihanmendatangkan kesan yang mudarat.

Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi olehnegara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kinimasih tidak menampakkan perubahan positif

NAMA:NUR HAKIMAH BINTI KAMARUDINNO MATRIK:302289TEMA:DADAHTAJUK:KESAN PENGAMBILAN SYABU   Syabu atau nama saintifiknya “...
23/12/2023

NAMA:NUR HAKIMAH BINTI KAMARUDIN
NO MATRIK:302289
TEMA:DADAH
TAJUK:KESAN PENGAMBILAN SYABU

Syabu atau nama saintifiknya “Methaphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kump**an stimulan yang berbentuk kaca pecah ataupun tawas.Di Malaysia,contoh “methaphetamine hydrochloride” yang biasa didapati ialah syabu atau juga dikenali dengan nama Ice.

Dari aspek perubatan,dadah jenis syabu didapati tidak mempunyai kegunaan perubatan.Syabu membawa kesan yang buruk seperti penagih tidak mempunyai rasa takut dan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah termasuk membunuh.Selain itu,penagih juga mengalami masalah kesihatan dan mental seperti khayal,mabuk,insomia atau sakit mental.

Selain itu, kandungan syabu mempengaruhi tindak balas dalam badan kerana ia menyebabkan euphoria,atau keseronokan yang disebabkan oleh pengambilan syabu. Akibatnya, individu yang mengambil dadah itu akan mengambilnya secara berterusan untuk mengekalkan kesannya sehingga menyebabkan ketagihan.

Tambahan lagi,penggunaan syambu juga menyebabkan pengguna mengalami gejala seperti halusinasi,paranoid,isolasi,kecenderungan bunuh diri dan mood yang tidak menentu.

NAMA:NURDIYA HUSNA BINTI MOHD ZAKINO MATRIK:302284TEMA:DADAHTAJUK:GANJA DALAM PERUBATAN     Dadah merupakan sesuatu yang...
23/12/2023

NAMA:NURDIYA HUSNA BINTI MOHD ZAKI
NO MATRIK:302284
TEMA:DADAH
TAJUK:GANJA DALAM PERUBATAN

Dadah merupakan sesuatu yang tidak asing lagi dalam dunia masa ini. Begitu juga dalam dunia perubatan. Dadah dapat digunakan dalam perubatan untuk merawat pesakit. Contoh dadah yang digunakan seperti morfin, he**in dan g***a. Dadah juga mempunyai kebaikan yang tersendiri. Antara dadah yang digunakan untuk merawat pesakit adalah g***a. G***a mempunyai manfaat yang tersendiri dalam dunia perubatan.

Antara kebaikan g***a dalam perubatan adalah g***a dapat mengurangkan loya serta muntah semasa kimoterapi. G***a berpotensi untuk meredakan sakit kronik yang dialami oleh pesakit kanser. Semasa kimoterapi, pesakit akan mangalami rasa loya. Ubat yang berisi g***a dapat membantu pesakit megurangkan rasa loya.

Selain itu, g***a juga berpotensi untuk membangkitkan selera makan pesakit. Kebanyakkan pesakit tidak mempunyai selera makan yang akan menyebabkan mereka kekurangan tenaga. Penyakit yang dialami juga sukar untuk disembuhkan.

G***a juga mampu membantu penghidap HIV/AIDS. G***a dapat membantu penyakit HIV dalam beberapa keadaan seperti melambatkan bakteria merebak dalam badan. Ianya dapat membantu untuk mendapatkan tindak balas imun yang sihat. Fungsi imun dapat ditingkatkan serta mampu melawan bakteria dari merebak ke seluruh badan.

16/12/2023

Address

Universiti Utara Malaysia
Malaysia
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A231MPU1022B Kumpulan 16 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to A231MPU1022B Kumpulan 16:

Shortcuts

Share