Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah Unimas

Website Contact the school

Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah Unimas Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) UNIMAS

AMAR UNIMAS adalah satu organisasi mahasiswa UNIMAS dalam membanteras jenayah rasuah yang semakin menular dalam masyarakat dari peringkat akar umbi. Objektif penubuhan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah adalah sebagai medium perantaraan dalam menyebarkan maklumat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan meningkatkan kesedaran BENCI RASUAH dalam kalangan mahasiswa khasnya dan masyarakat umumnya.

𝑲𝑨𝑴𝑨𝑹 2026 𝑯𝑰𝑴𝑷𝑼𝑡𝑨𝑡 120 𝑷𝑬𝑴𝑰𝑴𝑷𝑰𝑡 𝑷𝑬𝑳𝑨𝑱𝑨𝑹, 𝑻𝑬𝑲𝑨𝑫 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑨𝑺𝑨 𝑨𝑴𝑨𝑹 𝑫𝑰 𝑰𝑷𝑻Penganjuran kali ke-10 ini membawa tema besar: β€œMempe...
11/08/2026

𝑲𝑨𝑴𝑨𝑹 2026 𝑯𝑰𝑴𝑷𝑼𝑡𝑨𝑡 120 𝑷𝑬𝑴𝑰𝑴𝑷𝑰𝑡 𝑷𝑬𝑳𝑨𝑱𝑨𝑹, 𝑻𝑬𝑲𝑨𝑫 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑨𝑺𝑨 𝑨𝑴𝑨𝑹 𝑫𝑰 𝑰𝑷𝑻

Penganjuran kali ke-10 ini membawa tema besar: β€œMemperkukuhkan Penginstitusian AMAR, Memangkin Kelestarian Literasi Mahasiswa”, sebagai wadah mempererat kerjasama antara AMAR dan SPRM dalam memperkasa pendidikan serta aktiviti kesedaran antirasuah di IPT seluruh negara β€” merangkumi UA, IPTS, IPGM dan IPMa.

Sorotan utama konvensyen ialah forum intelektual β€œPengaruh Media Sosial Terhadap Persepsi Rasuah: Impulsif atau Reflektif?” bersama Hilal Azmi (Astro Awani), Dr. Wardatul Hayat Adnan (UiTM), serta KPKPJ Samsul Bin Salip (SPRM). Malam kemuncak turut diserikan dengan majlis makan malam bertema Denim & White, dihadiri tokoh kepimpinan akademik dan SPRM.

KAMAR 2026 bukan sekadar perhimpunan, tetapi sebuah gerakan tekad mahasiswa untuk memperkasa integriti, melahirkan generasi celik rasuah, dan membina masa depan negara yang bebas daripada budaya korupsi.

unimas

π‘«π’†π’•π’Šπ’Œ π’‘π’†π’“π’Žπ’–π’π’‚π’‚π’ π’Œπ’π’π’‚π’ƒπ’π’“π’‚π’”π’Š 𝑨𝑴𝑨𝑹 𝑼𝑡𝑰𝑴𝑨𝑺 π’ƒπ’†π’“π’”π’‚π’Žπ’‚ π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ π‘°π’π’•π’†π’ˆπ’“π’Šπ’•π’Š π‘Όπ‘΅π‘°π‘΄π‘¨π‘ΊπŸ€Pada 24 Jun 2026 (Rabu), satu sesi perbincangan...
24/06/2026

π‘«π’†π’•π’Šπ’Œ π’‘π’†π’“π’Žπ’–π’π’‚π’‚π’ π’Œπ’π’π’‚π’ƒπ’π’“π’‚π’”π’Š 𝑨𝑴𝑨𝑹 𝑼𝑡𝑰𝑴𝑨𝑺 π’ƒπ’†π’“π’”π’‚π’Žπ’‚ π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ π‘°π’π’•π’†π’ˆπ’“π’Šπ’•π’Š π‘Όπ‘΅π‘°π‘΄π‘¨π‘ΊπŸ€

Pada 24 Jun 2026 (Rabu), satu sesi perbincangan telah diadakan antara AMAR UNIMAS dan Bahagian Integriti UNIMAS bagi membincangkan hala tuju kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak. Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan serta merancang pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti yang berfokus kepada pemerkasaan nilai integriti, kepimpinan, dan kesedaran dalam kalangan warga universiti dan orang luar. Selain itu, kolaborasi ini turut membuka ruang kepada penganjuran program yang melibatkan komuniti luar, termasuk institusi pendidikan seperti sekolah-sekolah, bagi menyebarluaskan kesedaran mengenai kepentingan integriti, etika, dan tanggungjawab sosial. Melalui gabungan kepakaran serta komitmen kedua-dua pihak, AMAR UNIMAS berharap dapat memperluaskan impaknya kepada masyarakat, sekali gus memperkasakan peranan organisasi serta meningkatkan nama dan kredibiliti AMAR UNIMAS di peringkat universiti dan komuniti. Semoga perbincangan ini menjadi titik permulaan kepada pelbagai inisiatif yang memberi manfaat dan impak positif kepada semua pihak pada masa akan datang.

Salam Sejahtera dan Salam UNIMASku sayang✨ Memperkenalkan barisan Kepimpinan Majlis Tertinggi dan Exco-exco kelab Angkat...
20/05/2026

Salam Sejahtera dan Salam UNIMASku sayang✨

Memperkenalkan barisan Kepimpinan Majlis Tertinggi dan Exco-exco kelab Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) yang Baharu bagi sesi 2025/2026.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada barisan Kepimpinan Kelab AMAR yang Baharu bagi sesi 2025/2026 atas perlantikan ini.

Sekian Terima Kasih

PERANGI RASUAH DAN AMALKAN NILAI INTERGITI

Kelab Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah Universiti Malaysia Sarawak sesi 2025/2026

Done and dusted! πŸ’₯Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan, Program Angkatan Mahasiswa Anti-Rasuah (AMAR): Leadership &...
19/05/2026

Done and dusted! πŸ’₯

Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan, Program Angkatan Mahasiswa Anti-Rasuah (AMAR): Leadership & Cultural Exchange Youth Leadership kolaborasi antara AMAR UMS dan AMAR UNIMAS yang bermula pada 14 Mei 2026 sehingga 17 Mei 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya 🀝🌍

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang program ini berlangsung. Pelbagai aktiviti, perkongsian ilmu, dan pengalaman bermakna berjaya dilalui bersama. Semoga hubungan yang terjalin dan kerjasama antara AMAR UMS dan AMAR UNIMAS terus berkekalan serta memberi manfaat kepada semua yang terlibat✨

Rasuah dihina, Maruah dibina

*JOM SERTAI PROGRAM AMAR: LEADERSHIP & CULTURAL EXCHANGE UNIMAS 2026*Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani, Sukacita...
12/05/2026

*JOM SERTAI PROGRAM AMAR: LEADERSHIP & CULTURAL EXCHANGE UNIMAS 2026*

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani,

Sukacita dimaklumkan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) UNIMAS kolaboratif dengan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) UMS akan menganjurkan Program AMAR: LEADERSHIP & CULTURAL EXCHANGE

Objektif program:
1. Meningkatkan pengetahuan serta memperkukuh kemahiran insaniah mahasiswa seperti komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan bagi melahirkan graduan yang berkeyakinan dan berdaya saing. (SDG 4 & SDG 17)
2. Memupuk penglibatan yang adil dalam kalangan mahasiswa serta menggalakkan budaya saling menghormati, kesaksamaan dan keadilan tanpa mengira latar belakang. (SDG 5 & SDG 10)
3. Membentuk mahasiswa yang berintegriti, bertanggungjawab dan beretika melalui perkongsian idea dan pengalaman yang meningkatkan kefahaman serta kesedaran terhadap kepentingan tadbir urus yang baik. (SDG 16)

Semua pelajar adalah dijemput hadir seperti ketetapan berikut:
πŸ—“οΈ Tarikh: 16Mei 2026. (Sabtu)
⏰ Masa: 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dewan Kristal, HEPA UNIMAS
πŸ“² Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/snBBixqvTRmC4Kt19

Atas sokongan dan kehadiran saudara/saudari didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

*”Mahasiswa Berintegriti, Hidup Sejahtera”*

*Jawatankuasa AMAR UNIMAS*
*Sesi 25/26*

πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°Assalamualaikum w.b.t., Salam Integriti, dan Salam Mahasiswa Terbilang*[11 MEI 2026]**[PENDAFTARAN PROGRAM AM...
11/05/2026

πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°
Assalamualaikum w.b.t., Salam Integriti, dan Salam Mahasiswa Terbilang

*[11 MEI 2026]*

*[PENDAFTARAN PROGRAM AMAR: _LEADERSHIP & CULTURAL EXCHANGE_ ]*

Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa bagi Program AMAR: _Leadership & Cultural Exchange_ akan mengadakan slot *Ceramah Budaya 'Duit Kopi' vs Budaya Integriti* yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh : 16 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ•° Masa : 9.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
🏬 Tempat : Secara Dalam Talian

*Kelebihan Program:*
βœ… SDP Peringkat Kebangsaan
βœ… E-Sijil Peserta Disediakan

πŸ“ *Pautan Pendaftaran:*
https://forms.gle/DiLrxLGKYWPtoKQX7

Pendaftaran bagi sesi slot ini terbuka kepada 200 orang pelajar

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
πŸ‘€Sila - 0143245581
πŸ‘€ Amiera - 01151809054

Rasuah dan Radikal Perangi Rasuah.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,
Timbalan Setiausaha
AMAR: _Leadership & Cultural Exchange_
Kelab Angkatan Mahasiswa Anti-Rasuah (AMAR),
Sesi 2025/2026
Universiti Malaysia Sabah
πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°πŸ”°

Kota Samarahan, 09 May 2026- Pada 09 may 2026 telah berlangsung Program Forum Integriti Mahasiswa 2026: Suara Mahasiswa ...
10/05/2026

Kota Samarahan, 09 May 2026- Pada 09 may 2026 telah berlangsung Program Forum Integriti Mahasiswa 2026: Suara Mahasiswa Menentang Rasuah yang dianjurkan oleh Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama SPRM cawangan Sarawak dan MPP UNIMAS bertempat di Student Pavilion, UNIMAS. Program ini melibatkan seramai lebih kurang 80 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa & staf UNIMAS serta staf SPRM Sarawak.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa mengenai kepentingan integriti dan amalan anti rasuah dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga bertujuan melahirkan generasi mahasiswa yang beretika, bertanggungjawab, serta berani menyuarakan penolakan terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan gejala rasuah.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zambari bin Haji Baijuri, Pengarah Pusat Khidmat Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak. Turut hadir ucapan wakil Pengarah SPRM Sarawak, YBrs. Tuan Wan Ahmad Nidzam bin Wan Omar. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengarah Program AMAR, iaitu saudara Mohammad Syamil Hakimi bin Yusof. Turut bersama YBrs. Puan Norhamimah bt Buang, Pengarah Bahagian Integriti UNIMAS serta YBrs, Encik Lawrence S Henry selaku Penasihat AMAR UNIMAS.

Program ini diteruskan lagi dengan forum yang bertajuk β€œForum Integriti Mahasiswa 2026: Suara Mahasiswa Menentang Rasuah” bersama panel jemputan iaitu panel pertama YBrs Tuan Wan Ahmad Nidzam Bin Wan Omar dan panel kedua YBrs Puan Norhamimah binti Buang yang membincangkan isu berkaitan integriti, peranan mahasiswa dalam memerangi rasuah, serta kepentingan membentuk budaya yang berlandaskan nilai amanah dan ketelusan. Forum tersebut turut mendapat sambutan yang baik daripada para peserta melalui sesi perkongsian pandangan dan soal jawab bersama panel jemputan.

Akhir sekali, diharapkan program ini dapat memberikan kesedaran dan impak positif kepada mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS dalam memperkukuhkan nilai integriti serta semangat menentang rasuah. Program seperti ini juga diharap mampu melahirkan generasi mahasiswa yang berani bersuara, dan berfikiran kritis.

Kota Samarahan, 09 May 2026- Pada 09 may 2026 telah berlangsung Program Forum Integriti Mahasiswa 2026: Suara Mahasiswa ...
10/05/2026

Kota Samarahan, 09 May 2026- Pada 09 may 2026 telah berlangsung Program Forum Integriti Mahasiswa 2026: Suara Mahasiswa Menentang Rasuah yang dianjurkan oleh Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama SPRM cawangan Sarawak bertempat di Student Pavilion, UNIMAS. Program ini melibatkan seramai lebih kurang 80 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa & staf UNIMAS serta staf SPRM Sarawak.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa mengenai kepentingan integriti dan amalan anti rasuah dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga bertujuan melahirkan generasi mahasiswa yang beretika, bertanggungjawab, serta berani menyuarakan penolakan terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan gejala rasuah.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zambari bin Haji Baijuri, Pengarah Pusat Khidmat Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak. Turut hadir ucapan wakil Pengarah SPRM Sarawak, YBrs. Tuan Wan Ahmad Nidzam bin Wan Omar. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengarah Program AMAR, iaitu saudara Mohammad Syamil Hakimi bin Yusof. Turut bersama YBrs. Puan Norhamimah bt Buang, Pengarah Bahagian Integriti UNIMAS serta YBrs, Encik Lawrence S Henry selaku Penasihat AMAR UNIMAS.

Program ini diteruskan lagi dengan forum yang bertajuk β€œForum Integriti Mahasiswa 2026: Suara Mahasiswa Menentang Rasuah” bersama panel jemputan iaitu panel pertama YBrs Tuan Wan Ahmad Nidzam Bin Wan Omar dan panel kedua YBrs Puan Norhamimah binti Buang yang membincangkan isu berkaitan integriti, peranan mahasiswa dalam memerangi rasuah, serta kepentingan membentuk budaya yang berlandaskan nilai amanah dan ketelusan. Forum tersebut turut mendapat sambutan yang baik daripada para peserta melalui sesi perkongsian pandangan dan soal jawab bersama panel jemputan.

Akhir sekali, diharapkan program ini dapat memberikan kesedaran dan impak positif kepada mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS dalam memperkukuhkan nilai integriti serta semangat menentang rasuah. Program seperti ini juga diharap mampu melahirkan generasi mahasiswa yang berani bersuara, dan berfikiran kritis.

Address

Universiti Malaysia
Malaysia
93400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah Unimas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah Unimas:

Shortcuts

Share