A222 Penghayatan Etika dan Peradaban- AD Kumpulan 4

A222 Penghayatan Etika dan Peradaban- AD Kumpulan 4 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from A222 Penghayatan Etika dan Peradaban- AD Kumpulan 4, Education Website, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia.

Kesimp**anKesimp**annya, bunuh diri adalah isu yang kompleks dan pelbagai rupa yang mendatangkan bahaya besar kepada mas...
22/05/2023

Kesimp**an

Kesimp**annya, bunuh diri adalah isu yang kompleks dan pelbagai rupa yang mendatangkan bahaya besar kepada masyarakat. Kesan bunuh diri menjangkau jauh melebihi individu yang mengambil nyawa mereka sendiri, kerana ia boleh memberi kesan emosi yang mendalam kepada orang sekeliling seperti ahli keluarga, rakan rakan terdekat dan masyarakat. Pencegahan bunuh diri memerlukan pendekatan komprehensif yang menangani faktor sosial seperti ekonomi dan psikologi yang menyumbang kepada idea dan tingkah laku bunuh diri. Dengan saling bekerjasama sesama anggota masyarakat, kita boleh mengurangkan risiko bunuh diri dengan sentiasa peka terhadap ahli keluarga atau rakan rakan yang mempunyai tanda tanda yang bole membawa kepada perbuatan membunuh diri. Individu yang mmpunyai perasaan hendak bunuh diri haruslah tidak meluangkan masa berseorangan dan segera mendapatkan bantuan sama ada dari ahli keluarga atau rakan rakan yang memahami supaya dapat memadamkan perasaan tersebut.

Disediakan oleh : Muhammad Syakir Bin Kasim
No matrik : 292442

Nama : Nur Alissa Badihah Binti AyobNo. Matrik : 292471Tajuk : Langkah mengatasi kes bunuh diri ( pihak majikan) Selain ...
21/05/2023

Nama : Nur Alissa Badihah Binti Ayob
No. Matrik : 292471

Tajuk : Langkah mengatasi kes bunuh diri ( pihak majikan)

Selain daripada peranan ibu bapa, rakan-rakan mahupun diri sendiri, pihak majikan juga memainkan peranan yang penting kepada pekerja untuk mengatasi kes bunuh diri ini. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap majikan bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang positif dan kondusif terhadap pekerja. Pihak majikan perlu memberikan ruang terhadap pekerja untuk membincangkan tentang keperluan yang mereka perlukan.

Di samping itu, pihak majikan perlu perhatikan setiap kelakuan pekerja dengan teliti. Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah pekerja sering menyimpan rasa dendam atau perasaan yang tidak baik terhadap rakan sekerja ataupun majikan mereka sendiri. Pihak majikan haruslah tidak terlalu menekankan dalam hal kerja sehingga menganggu di luar waktu kerja. Hal ini boleh menyebabkan pekerja akan rasa tidak puas hati ataupun tekanan dengan kerja yang banyak.

Pihak majikan juga perlu mengetahui keadaan pekerja sekiranya mereka mampu atau tidak untuk melakukan sesuatu kerja tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak majikan tidak perlu untuk menekankan ataupun memarahi mereka jika pekerja tidak dapat melakukan yang terbaik dalam hal kerja yang telah diberikan. Oleh yang demikian, pihak majikan perlulah memberikan persekitaran yang kondusif dan baik terhadap pekerja untuk mereka dapat melakukan kerja dengan baik.

Tuntasnya, pihak majikan juga memainkan peranan yang penting kepada pekerja untuk mengelakkan daripada berlakunya kes bunuh diri mahupun menyimpan rasa dendam dan ingin melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Nama : Muhammad Sufi Aiman Bin RoslanNo. Matrik : 292432Tajuk : Langkah mengatasi bunuh diri (Pihak Kerajaan)Kerajaan ha...
20/05/2023

Nama : Muhammad Sufi Aiman Bin Roslan
No. Matrik : 292432

Tajuk : Langkah mengatasi bunuh diri (Pihak Kerajaan)

Kerajaan harus melibatkan ahli psikologi untuk membantu dan menasihati. Ahli psikologi lebih pakar dalam menenangkan seseorang yang mempunyai niat untuk bunuh diri. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka mempunyai teknik yang lebih baik dan berkesan untuk mengelakkan seseorang untuk meneruskan niat bunuh diri. Pakar ekonomi diperlukan untuk memberikan idea kreatif mengenai ekonomi tempatan.

Pakar ekonomi amatlah diperlukan pada zaman sekarang kerana peningkatan harga barang yang mendadak akan menjejaskan pendapatan isi rumah. Pakar ekonomi yang bijak akan memastikan ekonomi negara stabil dan masyarakat tidak akan tertekan dengan masalah wang yang akan mendorong mereka untuk bunuh diri. Pemilihan pakar ekonomi amatlah penting dalam memastikan kes bunuh diri semakin berkurang.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengundang pengamal kesihatan mental untuk mengadakan lawatan dari rumah ke rumah. Tindakan ini amatlah digalakkan kerana bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh setiap masyarakat. Pihak kesihatan jugak boleh membantu kepada sesiapa yang mengalami masalah mental. Kes bunuh diri jugak dapat dielakkan dalam kalangan pesakit mental.

Tajuk: Langkah Mengatasi Bunuh Diri (Masyarakat)Melaporkan kegiatan jenayah bunuh diri dengan segera- melaporkan setiap ...
20/05/2023

Tajuk: Langkah Mengatasi Bunuh Diri (Masyarakat)

Melaporkan kegiatan jenayah bunuh diri dengan segera

- melaporkan setiap perlakuan yang mencurigakan dan mempunyai unsur jenayah kepada pihak berkuasa seperti polis dan sebagainya bagi membendung masalah ini

Menunjukkan teladan yang baik kepada jiran-jiran

- Bertanyakan khabar kepada jiran-jiran supaya mereka berasa tidak keseorangan jika menghadapi masalah

Menganjurkan acara kemasyarakatan

- Aktiviti sukan seperti futsal, larian maraton dan gotong-royong dapat mengurangkan stress dan menyihatkan tubuh badan

Disediakan oleh : MUHAMMAD NUR AQIL IZZUDDIN BIN ALIAS (292421)

LANGKAH MENGATASI GEJALA BUNUH DIRI PERANAN IBU BAPA1.  Ibu bapa pelu menjadi pendengar atau penasihat yang baikIbu bapa...
18/05/2023

LANGKAH MENGATASI GEJALA BUNUH DIRI PERANAN IBU BAPA
1. Ibu bapa pelu menjadi pendengar atau penasihat yang baik

Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak. Hal ini ini telah mendorong agar ibu bapa memainkan peranan mereka dalam mengatasi gejala bunuh diri ini daripada terus berleluasa. Ibu bapa perlu menjadi pendengar atau penasihat yang baik agar mereka berasa selesa untuk berkongsi atau bercerita mengenai masalah dan kegiatan harian mereka. Ibu bapa perlu menjadi penasihat yang baik dengan memberikan kata-kata semangat agar dapat mendorong diri anak-anak supaya bangkit untuk menghadapi segala rintangan dan masalah yang mereka hadapi. Ibu bapa perlu cakna dalam hal ini agar anak-anak tidak memendam perasaan mereka dan bertindak untuk membunuh diri.

1. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama.

Ibu bapa perlu mencari masa agar dapat meluangkan masa mereka bersama bagi mengelakkan anak-anak merasa kesunyian atau merasa diabaikan oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu merancang masa mereka dengan bijak iaitu membahagikan masa diantara kerja dengan masa bersama keluarga. Contohnya, Ibu bapa boleh melakukan aktiviti riadah atau bercuti pada hujung minggu atau pada masa lapang. Hal ini dapat membantu untuk mengurangkan anak-anak merasa terabai di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga.

2. Ibu bapa perlu mendapatkan khidmat bantuan Profesional atau NGO

Ibu bapa perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak yang professional atau NGO yang berkaitan seperti Befrienders bagi mendapatkan jalan penyelesaian dan nasihat dalam menangani gejala bunuh diri ini. Ibu bapa perlu cakna dalam mengambil tahu mengenai pertubuhan yang menawarkan khidmat nasihat agar tidak menyesal sekiranya anak-anak mereka mengalami masalah yang mendorong mereka untuk membunuh diri. Bak kata pepatah “Mencegah lebih baik daripada merawat”

3. Ibu bapa perlu peka terhadap tingkah laku anak-anak

Ibu bapa perlu peka dengan keadaan dan sikap anak-anak mereka supaya dapat mengesan masalah ini daripada terus berlanjutan yang boleh menyebabkan anak-anak bertindak luar kawalan diri mereka. Ibu bapa juga perlu memehati segala perubahan yang berlaku agar boleh bertindak awal dalam mengatasi gejala bunuh diri dalam kalangan anak-anak. Oleh itu, Ibu bapa amat digalakkan agar peka terhadap diri anak-anak mereka supaya gejala ini dapat diatasi daripada terus berleluasa.

Disediakan oleh: Nurul Ain Najwa Binti Shamsuddin (292487)

TAJUK :CABARAN MENGATASI KES BUNUH DIRI DALAM KALANGAN MASYARAKATPerbuatan membunuh diri kini telah dianggap sebagai sat...
18/05/2023

TAJUK :CABARAN MENGATASI KES BUNUH DIRI DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Perbuatan membunuh diri kini telah dianggap sebagai satu gejala kesihatan di seluruh dunia. Ia berpotensi untuk menjadi satu epidemik secara senyap dan tersembunyi. Setiap kejadian bunuh diri yang berlaku, ia sudah pasti akan menjejaskan kestabilan ahli keluarga, keharmonian masyarakat dan kekuatan ekonomi kerana kehilangan sumber kebergantungan terhadap tenaga manusia. Terdapat beberapa cabaran bunuh diri dalam kalangan masyarakat yang perlu kita semai dalam diri.
1. Pengaruh rakan sebaya
Dalam mengatasi perbuatan bunuh diri, terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi antaranya ialah pengaruh rakan sebaya dalam kalangan masyarakat. Rakan sebaya ialah pengaruh langsung atau tidak langsung dalam kalangan rakan sebaya, iaitu ahli kump**an sosial yang mempunyai minat, pengalaman, atau status sosial yang serupa. Ahli kump**an rakan sebaya lebih cenderung untuk mempengaruhi kepercayaan, nilai dan tingkah laku seseorang. Oleh itu, mereka mudah memberikan pengaruh kepada semua orang sama ada dari segi positif atau negatif. Rakan yang tidak baik akan memberi tekanan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan yang tidak elok bermula dari kes kecil sehingga boleh membawa kepada kes berat seperti kes membunuh. Gejala ini bertambah dari tahun ke tahun dengan begitu drastik.

2. Hilang keyakinan diri
Seterusnya, cabaran yang dihadapi ialah hilang keyakinan diri untuk melakukan sesuatu perbuatan. Hal ini dikatakan demikian kerana, seseorang yang mempunyai perasaan trauma kerana pernah terlibat ataupun pernah melihat sendiri kejadian bunuh diri akan hilang keyakinan untuk berinteraksi diri dalam sesuatu hal. Mereka cenderung memikirkan diri mereka dari ancaman bahaya yang boleh datang dari mana-mana sahaja. Hal ini mengakibatkan pihak yang terlibat berasa takut untuk berinteraksi orang sekeliling. Tambahan p**a, kes bunuh diri yang selalu diwar-warkan di media sosial menyebabkan masyarat berasa kurang yakin terhadap diri untuk menjalani kehidupan seperti sedia kala.

3. Hilang keinginan mencuba
Akhir sekali, cabaran mengatasi kes bunuh diri ialah hilang keinginan untuk mencuba. Ramai masyarakat berasa takut dan tidak yakin untuk mencuba sesuatu perkara seperti pekerjaan baru. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat di Malaysia takut mencuba pekerjaan baru yang melibatkan tekanan kerana ia boleh mengakibatkan perbuatan yang bahaya. Contohnya, pekerjaan seperti kerani di pejabat yang sentiasa dipaksa oleh majikan untuk melakukan kerja yang berat. Hal ini, mengakibatkan kerani berasa tertekan sehingga dia melakukan tindakan yang tak sewajarnya seperti bunuh diri tanpa berfikir sewarasnya. Situasi ini juga mengundang kepada pertambahan kadar pengangguran di Malaysia kerana perasaan takut untuk menceburi diri dalam bidang pekerjaan kerana mereka bimbang akan perbuatan bunuh diri yang semakin membimbangkan.
Kesimp**annya, perbuatan bunuh diri mempunyai pelbagai jenis cabaran yang perlu kita haling dari semasa kecsemasa. Ia boleh dicegah pada peringkat awal. Pemantauan oleh ahli keluarga dan golongan masyarakat boleh menghalang kejadian bunuh diri dan mampu menyelamatkan nyawa.

Disediakan oleh : Nurul anis adriana bt shahrizal (292359)

Tajuk : Statistik bunuh diriStatistik kes bunuh diri di negara Malaysia meningkat 81 peratus dengan 1,142 kes dilaporkan...
15/05/2023

Tajuk : Statistik bunuh diri

Statistik kes bunuh diri di negara Malaysia meningkat 81 peratus dengan 1,142 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 631 kes pada 2020.
Jumlah itu adalah berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang turut melaporkan 467 kes bunuh diri dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang melaporkan lebih daripada 703,000 kematian akibat bunuh diri dicatatkan setiap tahun di seluruh dunia, atau purata satu kematian bagi setiap 40 saat.Bunuh diri adalah satu daripada 10 penyebab utama kematian di dunia dan penyebab keempat kematian bagi mereka yang berusia 15 tahun hingga 29 tahun.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan sebanyak 10 hingga 13 kes bunuh diri bagi setiap 100,000 orang. Bilangan cubaan bunuh diri p**a adalah sekurang-kurangnya 15 kali ganda berbanding kes bunuh diri yang berlaku. Antara kategori yang mempunyai risiko tinggi bagi bunuh diri adalah individu lelaki, berumur kurang 40 tahun dan individu berbangsa India.

Disediakan oleh : Ahmad Mukhriz bin A Rashid (292439)

TAJUK : KESAN NEGATIF BUNUH DIRI.Terdapat banyak kesan negatif bunuh diri yang dapat kita dan dapat dikategorikan kepada...
13/05/2023

TAJUK : KESAN NEGATIF BUNUH DIRI.

Terdapat banyak kesan negatif bunuh diri yang dapat kita dan dapat dikategorikan kepada
kesan kepada individu, kesan kepada keluarga, serta kesan kepada
negara.

Tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai kesan bunuh diri apabila ia datang kepada individu itu sendiri, bunuh diri akan menjadi punca kehilangan peluang individu itu untuk menjadi pemimpin yang hebat, ahli keluarga yang berdikari atau ahli masyarakat yang berguna. Dengan bertindak kepada bunuh diri, individu itu telah mengakhiri kehidupan mereka secara tiba-tiba dan akibatnya, tidak akan mengetahui nasib baiknya pada masa akan datang.

Bagi kesan kepada keluarga, kematian mengejut seseorang ahli keluarga akan menyebabkan ahli keluarga yang lain menyesal dan sedih. Mereka akan sentiasa dipenuhi dengan rasa bersalah dan
menyalahkan diri sendiri kerana mereka tidak dapat menghentikan kematian ahli keluarga mereka. Sesetengah mungkin akan kemurungan dan juga boleh menjadi mangsa bunuh diri
akibat mereka tidak dapat mengawal rasa bersalah mereka.

Kesan kepada masyarakat ialah apabila sebilangan besar orang membunuh diri, ia mula menjadi faktor kebimbangan dalam masyarakat dan sekaligus merennggut nama baik negara.

Kesimp**annya, Ia adalah fakta yang terkenal bahawa tingkah laku keseluruhan rakyat mentadbir kesejahteraan sesebuah negara, dan sebab itulah ia begitu penting untuk
mengekalkan imej yang baik di negara ini.

Disediakan oleh : NURAINA ELLIANA BT IBROLMIZAN
292547

TAJUK : PUNCA UTAMA BUNUH DIRI1. KEMURUNGAN- Kemurungan antara masalah kesihatan mental yang biasa dihadapi oleh kebanya...
11/05/2023

TAJUK : PUNCA UTAMA BUNUH DIRI

1. KEMURUNGAN

- Kemurungan antara masalah kesihatan mental yang biasa dihadapi oleh kebanyakkan individu sehingga menjejaskan aktiviti seharian tanpa disedari.Beberapa simptom biasa kesihatan mental termasuk berasa sedih ,kosong dan kurang seronok dalam aktiviti yang biasanya anda suka.Ramai orang mengalami apabila anda tertekan , anda juga mungkin merasa gelisah dan sukar untuk makan dan tidur apabila mengalami kemurungan.

2. MASALAH PERHUBUNGAN

- Masalah perhubungan juga antara punca bunuh diri contohnya seseorang itu mempunyai masalah dan konflik dengan orang terdekat seperti ibu bapa , adik beradik, ahli keluarga atau kekasih akan membuatkan gangguan jiwa untuk seseorang. Konflik dengan bos dan rakan sekerja juga boleh menjadi antara punca tekanan perasaan untuk seserang.

3.MASALAH KEWANGAN

- Di zaman yang serba moden ini kita tidak boleh hidup tanpa duit. Masalah wang yang kritikal seperti menaggung hutang dan terilibat dengan judi juga menjadi sebab mengapa seseorang itu memilih untuk mengambil nyawa sendiri kerana kesukaran untuk hidup dan makan .

4. DADAH DAN ALKOHOL

- Ketagihan dadah dan alkohol membuatkan seseorang yang mengambilnya tidak sedar dan melakukan perbuatan yang diluar kendali diri .Kerana tidak sedar kan diri dan mudah berubah emosi membuatkan seseorang itu tidak dalam kendali dan mampu untuk mencederakan diri atau membunuh diri.

5. MASALAH MENTAL

-Niat atau kelakuan untuk membunuh diri bukanlah satu penyakit otak tetapi ia adalah kesan akibat gangguan mental yang berlaku pada otak individu tersebut.Beberapa perubahan pada otak mungkin membezakan antara otak individu yang membunuh diri dengan mereka yang lain, namun ia bukan penyebab utama kejadian bunuh diri.Banyak kajian yang perlu dilakukan untuk menguatkan ia sebagai satu penyakit otak.

6. MASALAH AKADEMIK

-Sering dilihat kes bunuh diri dikalangan pelajar sekolah terutamanya di kalangan pelajar IPT dan pelajar sekolah menegah . Ia mungkin kerana beban subjek atau tugasan yang banyak membuatkan seseorang pelajar itu tertekan.Keputusan peperiksaan dan tekanan ibu bapa yang inginkan anak mereka mendapat cemerlang dalam subjek yang diambil juga membebankan pelajar itu sendiri yang membuatkan pelajar yang tidak cukup matang ini mengabil keputusan yang singkat untuk membunuh diri .

7. GANGGUAN SEKSUAL

- Mangsa gangguan seksual memberikan kesan yang buruk terhadap emosi mangsa,kerjaya, rumah tangga, serta kehidupan mereka secara keseluruhan. Kerana perasaan takut dan malu untuk berhadapan dengan orang membuatkan seseorang mangsa seksual yang tidak mendapat pembelaan atau perlindungan ini memilih jalan menamatkan nyawa sendiri.

DISEDIAKAN OLEH : ISMAHANI BINTI ISMAIL ( 292350)

Tema: Gejala Bunuh Diri dan Ancamannya Terhadap MasyarakatTajuk: Apakah itu bunuh diri?Bunuh diri dapat didefinisikan se...
10/05/2023

Tema: Gejala Bunuh Diri dan Ancamannya Terhadap Masyarakat

Tajuk: Apakah itu bunuh diri?

Bunuh diri dapat didefinisikan sebagai individu yang mengambil nyawanya sendiri dengan sengaja, secara sedar, dan berniat untuk mati. Perbuatan membunuh diri dapat dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara luaran, dalaman atau kedua-duanya sekali. Contohnya, minum racun, mengelar tangan, terjun daripada tempat yang tinggi, dan sebagainya. Individu terbabit akan menganggap bahawa bunuh diri merupakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk dirinya.

Berdasarkan definisi diatas, dapatlah dirumuskan bahawa tingkah laku bunuh diri secara umum merupakan perbuatan yang dilakukan bagi membunuh diri dengan harapan kematian dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Perbuatan membunuh diri ini tidak akan terjadi sekiranya tiada idea untuk melakukannya. Jadi, idea membunuh diri p**a merupakan keinginan seseorang untuk menamatkan nyawanya sendiri. Dalam erti kata lain, idea bunuh diri juga dapat ditafsirkan sebagai pemikiran dan perasaan untuk membunuh diri tanpa mengambil tindakan bunuh diri. Walaupun idea bunuh diri dianggap kurang serius berbanding dengan cubaan membunuh diri namun jika dibiarkan idea ini akan membawa kepada perlakuan bunuh diri.

Disediakan oleh : Nur Izzatul Syamimie Bt Saroji (292447)

Assalamualaikum & salam biru warna💙🤍.Kami merupakan student yang mengambil kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (AD) M...
10/05/2023

Assalamualaikum & salam biru warna💙🤍.

Kami merupakan student yang mengambil kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (AD) MPU1013.
Kami dari kump**an 4 telah membuka satu halaman Facebook untuk berkongsi isu tentang "GEJALA BUNUH DIRI DAN ANCAMAN KEPADA MASYARAKAT ".

Kami ingin memohon jasa baik anda semua untuk *LIKE & FOLLOW* fb page kami. Segala jasa kalian amat mempengaruhi markah tugasan kami. Terima kasih😊

Address

Universiti Utara Malaysia (UUM)
Malaysia
06010

Telephone

+60175342294

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A222 Penghayatan Etika dan Peradaban- AD Kumpulan 4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to A222 Penghayatan Etika dan Peradaban- AD Kumpulan 4:

Shortcuts

Share