Faculty of Mechanical Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis

  • Home
  • Faculty of Mechanical Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis

Faculty of Mechanical Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis Faculty of Mechanical Engineering & Technology, University Malaysia Perlis

03/06/2026
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha ...
31/05/2026

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga KDYMM Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan terus memayungi rakyat serta negara dengan penuh kebijaksanaan dan kedaulatan.

Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada
Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

🌿 Aidiladha mengajar kita erti reda dan pengorbanan.Semoga hari mulia ini membawa keberkatan dan ketenangan buat anda se...
26/05/2026

🌿 Aidiladha mengajar kita erti reda dan pengorbanan.
Semoga hari mulia ini membawa keberkatan dan ketenangan buat anda sekeluarga. ✨
🐐 Selamat Hari Raya Korban
Semoga Aidiladha kali ini dipenuhi kebahagiaan, keberkatan dan kasih sayang bersama insan tersayang.

Ikhlas daripada
FKTM

📍FKTM: KEPERLUAN AKTA📎Pihak COSHE UniMAP telah melaksanakan penyelarasan Permohonan semula berkaitan Sistem Pengudaraan ...
22/05/2026

📍FKTM: KEPERLUAN AKTA

📎Pihak COSHE UniMAP telah melaksanakan penyelarasan Permohonan semula berkaitan Sistem Pengudaraan Selamat selaras dengan keperluan JKKP & JAS di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) serta Akta Kilang dan Jentera 1967 bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di makmal FKTM sentiasa berada pada tahap terbaik.

📎Penyelarasan ini melibatkan pemeriksaan dan cadangan penambahbaikan sistem Local Exhaust Ventilation (LEV) serta sistem kawalan pencemaran udara di beberapa fasiliti makmal FKTM antaranya:

✔️ LEV Welding Bay
✔️ Fume Hood
✔️ LEV Spray Booth

📎Langkah ini amat penting bagi memastikan sistem pengudaraan berfungsi secara optimum dalam mengawal pendedahan asap, habuk, wap kimia dan bahan pencemar berbahaya kepada pengguna makmal serta mematuhi garis panduan keselamatan industri yang telah ditetapkan.

📎Sistem LEV dan fume hood memainkan peranan penting dalam menangkap dan menyingkirkan bahan cemar terus dari punca bagi menjamin persekitaran kerja yang lebih selamat dan kondusif.

📎Usaha berterusan ini membuktikan komitmen FKTM bersama pihak COSHE UniMAP dalam memperkukuhkan budaya kerja selamat, pematuhan perundangan serta meningkatkan tahap keselamatan makmal untuk manfaat staf dan mahasiswa.

TERIMA KASIH Pusat Pengurusan Keselamatan Kesihatan & Persekitaran Pekerjaan Unimap

📍 FKTM: BENGKEL PENULISAN📎Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Buku Il...
22/05/2026

📍 FKTM: BENGKEL PENULISAN

📎Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Buku Ilmiah & Jurnal Menggunakan Softwaretheses berbantu Google Colab yang berlangsung dengan jayanya serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan warga akademik dan mahasiswa.

📎Bengkel berimpak tinggi ini telah disampaikan oleh tokoh terkenal dalam dunia penulisan tesis dan akademik iaitu PM Dr Ahmad Humaizi Helmi yang berkongsi pelbagai teknik serta pendekatan moden dalam menghasilkan penulisan ilmiah berkualiti menggunakan teknologi kecerdasan digital dan aplikasi terkini Secara pantas.

📎Program ini dilihat amat penting dalam memperkasakan budaya penulisan akademik serta meningkatkan kecekapan penyelidikan dan penerbitan ilmiah khususnya dalam kalangan pensyarah dan mahasiswa FKTM.

📎Penggunaan Softwaretheses bersama bantuan Google Colab turut membuka dimensi baharu dalam memudahkan proses penulisan, penyusunan data dan penghasilan jurnal yang lebih sistematik serta profesional.

📎Bengkel ini telah dikelolakan oleh PM Dr Suhaimi Illias selaku Ketua Strategik Penerbitan FKTM yang menyatakan rasa amat berpuas hati terhadap komitmen peserta serta kejayaan penganjuran program tersebut dalam memperkukuhkan ekosistem penerbitan ilmiah di FKTM.

📎Penganjuran bengkel seumpama ini diharap dapat terus melahirkan lebih ramai penulis akademik yang berdaya saing serta menyumbang kepada peningkatan penerbitan berkualiti di peringkat universiti dan antarabangsa.

FKTM: AMALAN LESTARI 🌿Jom semua warga FKTM jadikan amalan‼️Center of Sustainable Campus and Energy Management UniMAPInfo...
21/05/2026

FKTM: AMALAN LESTARI

🌿Jom semua warga FKTM jadikan amalan‼️

Center of Sustainable Campus and Energy Management

UniMAPInfo

Faculty of Mechanical Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis

Universiti Malaysia Perlis

📍FKTM:MAHASISWA JALANI UJIAN AMALI 📎Mahasiswa menjalani ujian amali yang dilaksanakan sepenuhnya secara praktikal bagi m...
21/05/2026

📍FKTM:MAHASISWA JALANI UJIAN AMALI

📎Mahasiswa menjalani ujian amali yang dilaksanakan sepenuhnya secara praktikal bagi menilai tahap kefahaman, kemahiran teknikal serta kompetensi pelajar dalam sistem pemindahan kuasa automotif.

📎Peperiksaan amali ini memberi penekanan kepada aspek pengendalian peralatan, diagnosis sistem, pemasangan komponen serta kaedah penyelenggaraan mengikut prosedur dan standard industri automotif semasa.

📎Melalui pelaksanaan penilaian berbentuk praktikal 100% ini, mahasiswa berpeluang mengaplikasikan pengetahuan teori secara terus dalam situasi sebenar di makmal dan bengkel automotif.

📎Kaedah ini juga membantu meningkatkan tahap keyakinan, kemahiran hands-on serta kesiapsiagaan pelajar sebelum melangkah ke alam industri.

📎Pensyarah dan tenaga pengajar turut memantau pelaksanaan peperiksaan bagi memastikan setiap pelajar mematuhi prosedur keselamatan bengkel serta melaksanakan tugasan dengan sistematik dan profesional.

📍FKTM:KEJAYAAN 💜📎Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Nor Hazwani atas kejayaan mencapai keputusan minor pembetu...
20/05/2026

📍FKTM:KEJAYAAN 💜

📎Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Nor Hazwani atas kejayaan mencapai keputusan minor pembetulan dalam pengajian Doktor Falsafah (PhD).

📎Pencapaian ini merupakan satu langkah besar menuju kejayaan pengijazahan yang dijangka pada tahun 2026.

📎Sekalung penghargaan dan tahniah turut dirakamkan kepada penyelia utama, Prof. Dr. Matsyuk Majid atas bimbingan, sokongan serta komitmen sepanjang proses penyelidikan dijalankan.

📎Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa

📍 FKTM:Lawatan Tapak Naik Taraf Tandas FKTM📎Satu lawatan tapak melibatkan pihak kontraktor bersama Jabatan Pembangunan U...
20/05/2026

📍 FKTM:Lawatan Tapak Naik Taraf Tandas FKTM

📎Satu lawatan tapak melibatkan pihak kontraktor bersama Jabatan Pembangunan Universiti Malaysia Perlis telah diadakan bagi menyelaras prosedur asas kerja-kerja menaik taraf tandas di premis FKTM.

📎Pelaksanaan projek ini bertujuan meningkatkan keselesaan, kebersihan dan kemudahan fasiliti kepada staf serta mahasiswa selaras dengan komitmen UniMAP dalam menyediakan persekitaran kampus yang kondusif, selamat dan berkualiti.

Address

Universiti Malaysia Perlis

02600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Mechanical Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Faculty of Mechanical Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share