07/12/2022
PENCEMARAN BUNYI DIMALAYSIA
Pencemaran bunyi antara pencemaran yang selalu tidak diendahkan oleh masyarakat Malaysia kerana pencemaran ini tidak menjejaskan fizikal terhadap bumi .Namun sedarkah , dunia sekarang semakin tenat . Banyak pencemaran alam yang telah berlaku , antaranya pencemaran air , udara , tanah , sungai dan sebagainya . Disini saya tekankan tentang penceramaran bunyi.
Pencemaran ini berlaku apabila terlalu banyak bunyi yang kuat. Bunyi diukur dalam desibel (db) dengan bunyi paling rendah diukur pada 0 db dan bunyi paling kuat diukur pada 194 db. Sebagai contoh, bunyi guruh selalunya akan berukur pada 120db, suara kicauan burung selalunya akan berukur pada 44 dB dan bunyi dari satu konsert rock berukur antara 110 ke 120 dB. Antara pencemar bunyi yang terbesar ialah di Kuala Lumpur . Bunyi daripada kereta api, daripada orang berjalan sini sana dan bercakap antara satu sama lain, sekali dengan trafik yang sentiasa ada di bandaraya Kuala Lumpur telah menyebabkan pencemaran bunyi yang tinggi.
KESAN PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik . Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120db , selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85db dalam masa 8 jam sehari ia akan merosakkan koklia dan meneyebabkan pendengaran jadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan.
Selain kesan pencemaran bunyi terhadap manusia, ia juga memberi kesan yang bahaya terhadap haiwan liar, dan terutamanya spesis haiwan yang menggunakan bunyi untuk berkomunikasi dan untuk mencari makanan seperti kelawar dan ikan lumba-lumba.Terdapat banyak kajian di luar negara yang menunjukkan bahawa pencemaran bunyi memberi kesan buruk terhadap hidup spesis-spesis tersebut, malah di Malaysia ada satu kajian baru,” Indo-Pacific humpback dolphin” dan “Irrawaddy dolphin” yang bertujuan untuk mengkaji kesan-kesan buruk pencemaran bunyi terhadap ikan lumba-lumba. Antara kesan yang terdapat dalam kajian itu adalah hilang pendengaran dan juga akan menyebabkan mereka berada di tepi pantai.
NURUL FATIHAH BINTI ABU HASSAN (292815)