26/05/2026
Selamat Hari Raya AidilAdha.
Hati-hati melapah daging korban 💞
Madrasah Tahfiz AlQuran Wal Ulum Li Ahli Sunnah Wal Jamaah, Melaka Malaysia. Sekolah Agama Swasta No.Pendaftaran : JAIM/SAS(M)123, Aliran Tahfiz & Turath.
26/05/2026
Selamat Hari Raya AidilAdha.
Hati-hati melapah daging korban 💞
21/05/2026
Pagi Khamis 21 Mei 2026 - Alhamdullilah sebelum pelajar balik untuk cuti sempena AidilAdha, Madrasah Darul Tauhid mengadakan perjumpaan ibu bapa bagi penyerahan Kad Laporan setiap pelajar.
Dengan sistem yang betul, ibu bapa dapat memantau prestasi pelajaran anak-anak baik dari hafalan AlQuran mahupun pengajian Fardhu Ain. Juga tentang akhlak, pergaulan, khidmat dan lain-lain.
Semoga setiap usaha kita semua, Allah memberikan sebaik-baik ganjaran dan kejayaan.
16/05/2026
لَوْلَا الْمُرَبِّي مَا عَرَفّْتُ رَبِّي
“laula murobbi, ma araftu robbi”
Sekiranya tidak ada murobbiku, aku tidak akan mengenal Tuhanku.
Selamat Hari Guru 💞
Madrasah Darul Tauhid Melaka
12/05/2026
Perjumpaan Bulanan bersama para pelajar Madrasah Darul Tauhid.
YA RAB, TERANGILAH HATI-HATI MEREKA.
MADRASAH DARUL TAUHID MELAKA
27/04/2026
Alhamdulillah pagi isnin, Madrasah Darul Tauhid kedatangan tetamu iaitu Sheikh Abdul Khaleq bin Muhammad Hussien AlYamani. Semoga nasihat dan doa beliau menjadi pendoman bagi semua
21/04/2026
Alhamdulillah, Kuliah mingguan yang dipimpin oleh AlFadhil Ustaz Abdul Halim telah kembali bermula setelah cuti sempena Ramadhan & Syawal
06/04/2026
Alhamdulillah setelah hampir 3 minggu cuti sempena AidilFitri, para pelajar Madrasah Darul Tauhid sudah mulakan sesi pembelajarannya.
Semoga para pelajar lebih bersemangat belajar selepas puas makan ketupat, lemang & rendang sewaktu hari raya.
Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin daripada Madrasah Darul Tauhid
Semoga segala amal kita diterima Allah, dan direzekikan berjumpa lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan
06/02/2026
REHLAH PELAJAR MADRASAH DARUL TAUHID
Alhamdulillah, selesai sudah program Rehlah Pelajar Madrasah Darul Tauhid 2 hari 1 malam yang penuh dengan kenangan indah, ukhuwah dan pengalaman bermakna.
Antara aktiviti yang sempat dijalankan:
✨ Ziarah makam para ulama sekitar Bandar Melaka
✨ Aktiviti rehlah dan pengisian santai di homestay
✨ Sukaneka yang meriah dan mengeratkan persahabatan
✨ Jamuan BBQ bersama para pelajar
✨ Jamuan makan tajaan dari Abang Aidil Janggut sebelum pulang ke madrasah
Semoga program ini memberi manfaat, menambahkan semangat para pelajar dalam menuntut ilmu serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga, masa dan rezeki dalam menjayakan program ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.