Page Rasmi SK Bandar Hilir

Page Rasmi SK Bandar Hilir Page rasmi SK Bandar Hilir. Segala maklumat dan aktiviti bergambar akan disalurkan di page ini.

AINS 2.0 dibuka! Beberapa info penting untuk ibu bapa dan murid-murid.Selamat membaca dan merekod dalam AINS semula!
24/08/2026

AINS 2.0 dibuka!

Beberapa info penting untuk ibu bapa dan murid-murid.

Selamat membaca dan merekod dalam AINS semula!

Yeay cuti panjang! Nanti Rabu (26 Ogos 2026) sampai Jumaat(28 Ogos 2026) semua hadir penuh okay? ๐Ÿ˜
21/08/2026

Yeay cuti panjang! Nanti Rabu (26 Ogos 2026) sampai Jumaat(28 Ogos 2026) semua hadir penuh okay? ๐Ÿ˜

Tahniah GPK Kokurikulum, Pn Siti Nor Rashidah binti Ahmad!
21/08/2026

Tahniah GPK Kokurikulum, Pn Siti Nor Rashidah binti Ahmad!

๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š ๐‰๐๐ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐‹๐€๐Š๐€๐‘ ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐, ๐‘๐€๐ˆ๐‡ ๐‰๐Ž๐‡๐€๐ ๐Š๐€๐“๐„๐†๐Ž๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐‚๐ˆ๐๐“๐€๐€๐ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐

Oleh: Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD JPN Melaka 20 Ogos 2026

BANDAR ENSTEK โ€“ Pasukan inovasi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka yang dikenali sebagai Kumpulan EduCheck Pro telah berjaya melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Penciptaan di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam, Institut Aminuddin Baki (IAB) 2026.

Majlis yang penuh berprestij ini telah berlangsung di Auditorium Perdana, Institut Aminuddin Baki pada 20 Ogos 2026, bermula dari jam 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Kemenangan cemerlang ini melayakkan pasukan tersebut membawa pulang hadiah berupa medal, sijil penghargaan, serta wang tunai berjumlah RM2,000. Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan warga pendidik JPN Melaka dalam membudayakan inovasi dan penciptaan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Sinergi Pasukan Pendidik Merentas Negeri
Kumpulan EduCheck Pro merupakan sebuah pasukan mantap yang menampilkan sinergi antara kepakaran pegawai pendidikan dan guru. Inovasi yang dihasilkan adalah Sistem Pematuhan Standard Kelas (SPSK). Pasukan ini dipelopori oleh guru-guru Melaka serta seorang Pegawai JPN Melaka, iaitu

Encik Mohd Faizal bin Ramlan (Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD JPNM)
Encik Ahmad Zhafir Bin Mairop (SMK Malim Melaka)
Puan Suhaila Binti Mad Jin (SMK Malim Melaka)
Puan Nur Thahirah Binti Ibrahim (SK Bukit Baru Melaka)
Puan Siti Nor Rashidah Binti Ahmad (SK Bandar Hilir)
Puan Maznah Binti Md Yasin (SK Limbongan Melaka)

Menariknya, pasukan ini turut menjalin kerjasama strategik bersama dua orang guru dari negeri Selangor, iaitu Puan Harlaila Binti Haris dan Puan Siti Hajar Binti Abd Razak, kedua-duanya dari SMA Persekutuan Kajang.

Pembentangan Tunggal Berteraskan Kecerdasan Buatan (AI)
Kemuncak majlis tersebut adalah sesi pembentangan yang menyaksikan Encik Mohd Faizal Bin Ramlan (SPPPPD) dijemput sebagai pembentang inovasi. Beliau telah membentangkan sebuah projek sistem berintegrasikan Kecerdasan Buatan (AI) yang diberi nama EDUโ€ขAIM (Education Diagnostic Utility Artificial Intelligence of Melaka).
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli pasukan atas pencapaian yang membanggakan ini. Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama jabatan di peringkat kebangsaan, malah menyokong penuh aspirasi "TEAMjpnmelaka"

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—บ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚ ๐—ถ๐—ป๐—ถ (๐Ÿญ๐Ÿณ - ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ)1. Minggu ini Koku Sukan Permainan, datang jangan tak datang, anak-anak...
16/08/2026

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—บ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚ ๐—ถ๐—ป๐—ถ (๐Ÿญ๐Ÿณ - ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ)

1. Minggu ini Koku Sukan Permainan, datang jangan tak datang, anak-anak. ๐Ÿ˜œ
2. Ada Pertandingan mewarna tau, bawa medium warna yang betul.
3. Festival Senandung Merdeka pun ada.

Jadi minggu ni kita pakat ramai-ramai hadir ke sekolah SETIAP HARI!

๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข  ๐ˆ๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐€๐ค๐ก๐ข๐ซTarikh: 6 Ogos 2026Tempat: MMU Melaka.SKBH telah mengha...
16/08/2026

๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ

Tarikh: 6 Ogos 2026
Tempat: MMU Melaka.

SKBH telah menghantar 2 pasukan

1. Team Pra Sekolah
2. Team Tahap 2

๐™๐™–๐™๐™ฃ๐™ž๐™–๐™ ๐™–๐™ฉ๐™–๐™จ ๐™ ๐™š๐™Ÿ๐™–๐™ฎ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™™๐™ช๐™–-๐™™๐™ช๐™– ๐™ฅ๐™–๐™จ๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ž๐™ฃ๐™ž:

1. ๐™‹๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฉ ๐™€๐™ข๐™–๐™จ (๐™‚๐™ค๐™ก๐™™ ๐™ˆ๐™š๐™™๐™–๐™ก) ๐™—๐™–๐™œ๐™ž ๐™ ๐™–๐™ฉ๐™š๐™œ๐™ค๐™ง๐™ž ๐™‹๐™ง๐™– ๐™Ž๐™š๐™ ๐™ค๐™ก๐™–๐™
2. ๐™‹๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฉ ๐™‹๐™š๐™ง๐™–๐™  (๐™Ž๐™ž๐™ก๐™ซ๐™š๐™ง ๐™ˆ๐™š๐™™๐™–๐™ก) ๐™—๐™–๐™œ๐™ž ๐™ ๐™–๐™ฉ๐™š๐™œ๐™ค๐™ง๐™ž ๐™Ž๐™š๐™ ๐™ค๐™ก๐™–๐™ ๐™๐™š๐™ฃ๐™™๐™–๐™

Sekalung penghargaan kepada team PIBG atas inisiatif menghantar wakil sekolah dan kepada pentadbir, guru-guru pembimbing, Cikgu Umi, Cikgu Rose dan ibu bapa yang sangat supportive dan komited.

Jangan lupa anak-anak Tahap 2 SKBH, esok, 8 Ogos 2026, kita ada perkhemahan!Walaupun sehari saja, cikgu-cikgu semua dah ...
07/08/2026

Jangan lupa anak-anak Tahap 2 SKBH, esok, 8 Ogos 2026, kita ada perkhemahan!

Walaupun sehari saja, cikgu-cikgu semua dah sediakan aktiviti-aktiviti yang best untuk awak!

Pasukan Kriket SKBH ke Separuh Akhir Kejohanan Kriket MSSM 2026!! ๐Ÿ”ฅ Ayuh kita sama-sama menyokong Team Kriket dan mendoa...
05/08/2026

Pasukan Kriket SKBH ke Separuh Akhir Kejohanan Kriket MSSM 2026!! ๐Ÿ”ฅ

Ayuh kita sama-sama menyokong Team Kriket dan mendoakan kemenangan anak-anak Kriket SKBH pada hari esok (6 Ogos 2026). ๐Ÿ’ช

Semoga kita ke Finals! ๐Ÿ†

Pasukan Kriket SKBH Juara Kumpulan Pusingan Awal yang berlangsung pada 4 Ogos 2026 di Padang SMK Malim. Wira-wira cilik ...
04/08/2026

Pasukan Kriket SKBH Juara Kumpulan Pusingan Awal yang berlangsung pada 4 Ogos 2026 di Padang SMK Malim.

Wira-wira cilik kita mara ke Suku Akhir, akan bertembung SK Padang Temu & SK Kampung Gelam pada 5 Ogos 2026.

Ramai-ramai kita doakan kejayaan Team Kriket SKBH!

31/07/2026
BAHAS BAHASA INGGERIS ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026First ever English Debate Competition f...
31/07/2026

BAHAS BAHASA INGGERIS ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

First ever English Debate Competition for Primary School Level is won by the Melaka team this year.

We're super proud of each and every debater in this team from
1. SK TUN SAS
2. SK CIJ2
3. SK BACHANG
4. SK BANDAR HILIR

We congratulate Shaheel a/l Laxman from our own school, SK Bandar Hilir who played the role of the First Speaker in this team. He's shown such a great performance and achievement, especially when he's named as best debater in the Quarter Finals.

Heartfelt appreciation to Shaheel's parents, PIBG, teachers of SK Bandar Hilir, our dear administrators, En. Amran bin Yusop, the headmaster, Pn Nornaliza binti Omar, GPK 1, Pn Mastura Diyana binti Mustafa, GPK HEM, and especially Pn Siti Nor Rashidah binti Ahmad, GPK Koku, for all the support, advice and the prayers have been given out to the national team and to Shaheel.

Job well done too for the English panel, Teacher Mufidah, Miss Jessica Tay, and Teacher Asyhikin for their hardwork and guidance since Day 1 of the journey in the Debate Competition this year.

We'd like to thank everyone who has helped us to grow and learn throughout this journey, we truly appreciate your help.

May this excellence be a start to something even greater in the future!

Address

NO 17, Jalan PARAMESWARA
Malacca City
75000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Page Rasmi SK Bandar Hilir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Page Rasmi SK Bandar Hilir:

Shortcuts

Share