Antara Gelak & Doa

Antara Gelak & Doa

Share

Cerita kecil yang buat kita tersenyum, dan kadang buat kita termenung. Cerita tentang hidup, rezeki, dan sisi lucu yang kadang lebih jujur daripada nasihat.

06/11/2025

Semalam student aku hantar satu gambar.
Sekali tengok — terus meremang bulu roma.
Macam ada hantu besar berdiri kat belakang.

Aku pun hampir nak tulis, “Padam cepat gambar tu!” 😅

Tapi bila tengok betul-betul…
rupa-rupanya bukan hantu pun.
Cuma refleks dari orang yang berdiri depan cermin.

Aku tergelak.
Tapi dalam masa yang sama,
aku terfikir —
macam tu lah kadang rasa aku dengan kerja ni.

Dah 15 tahun jadi cikgu di universiti.
Hari-hari dengan rutin yang hampir sama —
ajar, semak, meeting, urus program, siapkan laporan.
Kadang rasa bosan.
Kadang rasa nak berhenti.

Tapi bila fikir balik,
mungkin rasa seram dan penat tu datang sebab aku tengok dari sudut yang salah.
Macam tengok bayang dalam cermin —
nampak menakutkan, padahal realitinya tak macam tu pun.

Hakikatnya, ramai yang masih berjuang nak dapat peluang kerja macam ni.
Ramai yang sanggup lalui susah payah untuk berada di tempat aku sekarang.

Kadang bukan kerja tu yang berubah,
tapi cara kita memandangnya.

Dan mungkin,
setiap kali rasa “bosan” tu datang,
itu tanda masa untuk tengok semula cermin —
bukan untuk cari hantu,
tapi untuk cari semula semangat yang dulu pernah buat kita jatuh cinta dengan kerjaya ni.

06/11/2025

Semalam masa aku tengah scroll media sosial,
terbaca satu kisah pasal rumah tangga orang.

Kat ruangan komen, ada yang siap bagi “nasihat” pada si isteri —
“Kalau dia tak pandai layan awak, tinggalkan je lah.”
“Awak berhak dapat yang lebih baik.”

Aku terdiam.

Dalam hati aku terlintas —
eh, ni bukan nasihat dah ni…
ni dah mula jadi takhbib.

Takhbib ni, kalau nak faham cara mudah,
macam orang datang korek lubang kat tembok rumah orang lain,
kononnya nak bantu,
padahal akhirnya rumah tu roboh.

Dalam Islam, benda ni bukan hal kecil.
Bukan sekadar “tergurau” atau “terbagi pandangan.”
Takhbib ni dosa besar —
sebab dia pisahkan dua hati yang dah bersatu dengan akad yang suci.

Kadang orang buat “macam tak sengaja”.
Mula dengan ayat simpati, lama-lama jadi hasutan.
“Kalau saya jadi awak, saya pun tak sanggup.”
Lepas tu mula tanya hal peribadi,
lama-lama hati yang setia pun goyah.

Nauzubillahiminzalik.

Kita mungkin nampak benda tu kecil —
tapi kata-kata boleh jadi racun.
Sikit-sikit, dia hancurkan kepercayaan,
runtuhkan rumah tangga,
padahal dulu ia dibina atas kasih, doa dan janji.

Kadang aku tengok anak-anak sendiri tengah main kat ruang tamu,
berebut mainan, pastu baik semula, ketawa balik.
Aku terfikir —
kalau budak pun tahu macam mana nak baiki apa yang rosak,
kenapa orang dewasa p**a sibuk merosakkan apa yang bahagia?

06/11/2025

"Kadang yang kita tinggal, itulah yang paling banyak bercerita.”

Tadi lepas makan, aku pandang pinggan sendiri.
Nasi masih berbaki — bukan banyak pun, tapi cukup buat rasa bersalah.

Entah kenapa, rasa sayu.
Macam ada bisikan halus,
“Bukan semua orang dapat tinggal sisa macam ni…”

Terus aku teringat ayat Allah dalam Surah Al-Furqan, ayat 67:

“Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak melampaui batas dan tidak p**a kedekut, sebaliknya sederhana di antara kedua-duanya.”

Ayat tu bukan cuma tentang duit.
Tentang makanan pun sama.
Tentang cara kita guna nikmat Allah setiap hari.

Kadang kita lupa,
rezeki tu bukan sekadar yang kita makan,
tapi juga yang kita hargai.

Mungkin sebab tu Allah ajar kita untuk sederhana —
dalam berbelanja,
dalam makan,
dalam hidup.

Aku pandang nasi yang tinggal tu lama-lama.
Dan aku doa perlahan,
“Ya Allah, jangan jadikan aku hamba yang kenyang, tapi lupa bersyukur.
Ajarkan aku rasa cukup, sebelum Kau tarik nikmat cukup itu.”

12/05/2022

Shopping emas tulen

tiktok.com/

Account Login 22/04/2022

*REKOD HARGA HARIAN EMAS PUBLIC GOLD DI GAP PER GRAM - APRIL 2022*

01/4 - RM282
02/4 - RM280
03/4 - RM279
04/4 - RM279
05/4 - RM280
06/4 - RM280
07/4 - RM281
08/4 - RM282
09/4 - RM283
10/4 - RM284
11/4 - RM284
12/4 - RM285
13/4 - RM287
14/4 - RM289
15/4 - RM287
16/4 - RM288
17/4 - RM288
18/4 - RM290
19/4 - RM290
20/4 - RM285
21/4 - RM286

Nampak hasil?? Yg penting teruskan konsisten menabung.

Cara untuk menabung emas melalui platform GAP hanya
di hujung jari sahaja :

Login : https://publicgold.com.my/index.php?route=account/login
Klik *MyAccount*
Klik *MyGAP*
Klik *Purchase* atau Klik *Buy GAP Now*
Klik *FPX*
Klik *Gold - GAP (Au 999.9)*
Masukkan *Purchase Amount*
Klik kotak *I agree and understand term & condition*
Klik kotak hijau *Place Order*
Proceed sehingga transaksi lengkap

Account Login

12/04/2022
Want your school to be the top-listed School/college in Melaka?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Melaka
76100