Pibg Sk Convent Infant Jesus 2 Melaka

Pibg Sk Convent Infant Jesus 2 Melaka

Share

Laman rasmi Persatuan Ibubapa dan Guru Sk Cij 2 Melaka 2018/2019.Informasi dan aktiviti dikongsi disini.

27/05/2022

🌹MESYUARAT AGUNG PIBG SKCIJ2 KALI
KE-49
🌹28 MEI 2022 (SABTU)
🌹8:30 pagi

Dijemput ibubapa Murid SK CIJ 2 hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SKCIJ2 kali ke 49.

16/05/2020

Am nya kepada seluruh guru di Malaysia,khususnya guru² CIJ2,

SELAMAT HARI GURU..!!! Anda memang hebat..!!!👍🏿👍🏿👍🏿

20 April 2020 20/04/2020

Terbaik guru-guru Cij 2!! 👍🏿👍🏿💪🏿💪🏿

Inisiatif 'kelas atas talian mudah' telah dimulakan secara berperingkat-peringkat sepanjang PKP ini.

Video oleh Puan Foo untuk kelas murid darjah 1




20 April 2020

Tutorial Log in portal google classroom untuk murid 20/04/2020

Video tutorial oleh Cikgu Ariff, cara-cara untuk murid-murid log in ke portal MOE menggunakan ID yang telah diberikan pada murid.




Tutorial Log in portal google classroom untuk murid Video ini akan menerangkan tentang cara-cara untuk MURID log in dan log out akaun gmail mereka dengan selamat.

16/04/2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Berdasarkan pengumuman kementerian tempoh hari tentang sistem persekolahan untuk tahun ini sewaktu PKP berjalan, kami pibg merasakan sekolah tidak akan dibuka dalam tempoh masa terdekat.

Kami telah mengambil inisiatif ini yang mana kami telah berbincang dengan pihak pengurusan sekolah untuk mencadangkan pihak sekolah menjalankan sistem persekolahan "dalam talian mudah" supaya PDPC (pengajaran dan pembelajaran dalam kelas) berjalan.

Sistem persekolahan ini tidak memerlukan capaian internet yang tinggi dan sistem ini memudahkan semua pihak,guru, murid dan ibubapa.

Harus di ingat inisiatif ini bukan untuk membebankan mana² pihak dan bukan 100% subjek dan topik di ajar,inisiatif ini adalah untuk memastikan proses pembelajaran anak² kita berjalan secara berterusan dan bersistematik walaupun berada di rumah dengan capaian internet yang rendah.

Beberapa langkah tambahan juga telah dicadangkan bagi murid yang tiada capaian langsung kepada internet atau telefon pintar.Pibg akan mengambil inisiatif membantu murid² ini menyediakan sebaik mungkin peranti dan capaian untuk mereka sama² belajar.

Insyaallah,jika cadangan dan perbincangan ini berjaya,sesi persekolahan atas talian mudah ini akan dimulakan secepat mungkin.

Kami PIBG komited memastikan murid² sekolah ini sentiasa menerima ilmu dan pembelajaran dalam apa keadaan sekali pun demi masa depan semua.Diharapkan semua ibubapa dapat bersama² kami di dalam merialisasikan inisiatif ini demi masa depan anak² kita.

Sekian terima kasih.



Yang Dipertua
Syed Imran Syed Ariffin

01/04/2020

Seiring dengan arahan kerajaan untuk kita kekal berada di rumah,Pibg mengambil inisiatif tambahan mengadakan kelas tambahan secara online untuk murid-murid selain daripada latihan yang diberikan oleh guru-guru secara online melalui whatsapp.

Kelas ini dijalankan menggunakan aplikasi Zoom yang mana murid dan guru menjalankan proses pembelajaran seperti di dalam kelas sebenar.Sesi penerangan oleh guru, menyemak jalan kerja,membuat contoh soalan oleh murid,semua dilakukan secara langsung,seperti di dalam kelas sebenar cuma bezanya tiada interaksi secara fizikal.

Terima kasih kepada teknologi,segalanya tidak mustahil sekarang😁💪🏿

Pandai Video 24/03/2020

Kat rumah pun anak boleh belajar. 😷📚 *PANDAI* dah kumpul beribu video cikgu-cikgu di YouTube, kemudian susun ikut silibus sekolah KPM.

_Sek. Rendah_
*Y* 1⃣ : video.pandai.org/year1
*Y* 2⃣ : video.pandai.org/year2
*Y* 3⃣ : video.pandai.org/year3
*Y* 4⃣ : video.pandai.org/year4
*Y* 5⃣ : video.pandai.org/year5
*Y* 6⃣ : video.pandai.org/year6

_Sek. Menengah_
*F* 1⃣ : video.pandai.org/form1
*F* 2⃣ : video.pandai.org/form2
*F* 3⃣ : video.pandai.org/form3
*F* 4⃣ : video.pandai.org/form4
*F* 5⃣ : video.pandai.org/form5

Mohon disebarkan supaya anak-anak dapat terus belajar dirumah

Pandai Video Video Percuma untuk Pelajar

Photos from Pibg Sk Convent Infant Jesus 2 Melaka's post 24/03/2020

Walaupun dalam situasi PKP, guru-guru kami tetap menjalankan tugas mereka dengan memberi maklumat dan latihan kepada murid melalui whatsapp.

Syabas cikgu..!!!




04/03/2020

Aktiviti hari Rabu bersama PIBG SK CIJ2.Program "You are My Sunshine" ..anak-anak melakukan aktiviti ringan dan permainan "Simon says" .

Want your school to be the top-listed School/college in Malacca City?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Jalan Parameswara, Bandar Hilir
Malacca City
75000