15/08/2026
*SIRI BICARA BUKU WARISAN MELAKA : SIRI 1*๐ธ
Alhamdulillah, selesai sudah Siri Bicara Buku Warisan Melaka anjuran Unit Koleksi Melaka dengan kerjasama Persatuan Sahabat Muzium Melaka yang berlangsung dengan penuh pengisian ilmu dan maklumat hari ini.
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan panel jemputan iaitu:
โ๏ธ En. Shaukani bin Abbas โ Berkongsi kisah inspirasi di sebalik buku "The Road Ends... But The Story Continues".
โ๏ธ En. Martin Theseira โ Membawa kita menyelami coretan berharga buku "The Story of Pedro Theseira, The Fisherman".
๐๏ธ En. Johari bin Hashim โ Moderator sesi perbincangan dengan begitu santai dan penuh input.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pencinta buku dan warisan sejarah Melaka yang hadir memeriahkan siri pertama ini.
Segala perkongsian dan sokongan anda amat kami hargai!
Segala ilmu, inspirasi, dan kefahaman tentang warisan sejarah budaya Melaka yang diperolehi pada hari ini akan memberi manfaat kepada semua
Semoga berjumpa lagi di program yang akan datang! ๐