25/06/2024
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Yang Berbahagia Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput Yang Berbahagia Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai majlis Jamuan Hi-Tea Amal Sempena Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu)
Masa: 2.30 petang - 5.00 petang
Tempat: Dewan Utama, Sekolah Menengah Teknik Melaka
Harga: RM100 per pax (500 tiket terawal)
(Sekolah Terbuka : 10.00 pagi-12.30 tgh hari
Santai Bersama Mantan Guru : 11.00pagi -12.30 tgh
Bacaan Yassin & Tahlil : 12.30 tgh hari)
Majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan ulang tahun ke-50 penubuhan SM Teknik Melaka, tetapi juga sebagai usaha untuk mengumpul dana pemasangan rangkaian internet di seluruh kawasan sekolah dan penyediaan Smart TV di setiap bilik darjah bagi memacu persekitaran digital di SMT Melaka.
Sokongan Yang Berbahagia Dato'/Datin/Tuan/Puan amatlah penting dalam memastikan kejayaan program ini serta memberikan impak yang besar kepada sekolah dan para pelajar kami.
Kami amat berharap Yang Berbahagia Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat meluangkan masa untuk bersama-sama kami dalam majlis amal ini. Kehadiran dan sumbangan ikhlas daripada semua pihak sangat kami hargai dan akan memberikan makna yang besar dalam menjayakan visi dan misi sekolah.
Untuk makluman, tempat adalah terhad kepada 500 tempat terawal sahaja. Oleh itu, kami memohon agar Yang Berbahagia Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat membuat pengesahan kehadiran dan pembayaran sebelum 15 Julai 2024.
Sumbangan dan pembelian kerusi Hi-Tea SM Teknik Melaka boleh dibuat di:
https://prim.my/koperasi/selectedItemCart/85/Kerusi_Hi-tea_Sekolah_Menengah_Teknik_Melaka
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn.Hajah Nik Salida Harlina Bt. Nik Saleh di 019-7756652
Kami berbesar hati dan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kehadiran Yang Berbahagia Dato'/Datin/Tuan/Puan. Semoga majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara kita serta membangkitkan semangat untuk terus mencipta kecemerlangan pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.