🌸 Selamat bercuti buat semua warga SK Belimbing Dalam!
Manfaatkan masa cuti bersama keluarga dan jaga diri sepanjang cuti sekolah. Jumpa kembali pada 8 Jun dengan semangat baru 😊📚✨
SK Belimbing Dalam
Official Facebook for SK Belimbing Dalam, Durian Tunggal Melaka
22/05/2026
📌 PROGRAM : MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS
🗓️ TARIKH : 20 MEI 2026
🍃 HARI : RABU
🏠 TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
💐 Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas telah berlangsung dengan lancar pada 20 Mei 2026 bertempat di Makmal Komputer. Semoga segala perancangan dan perbincangan dapat membantu meningkatkan lagi pengurusan serta kebajikan murid pendidikan khas di sekolah 🌟
18/05/2026
Tq YB Zahari Abd Kalil..
16/05/2026
📌 PROGRAM : SAMBUTAN HARI GURU SKBD 2026
🗓️ TARIKH : 15 MEI 2026
🍃 HARI : JUMAAT
🏠 TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKBD
💐 SELAMAT HARI GURU 2026: TERIMA KASIH CIKGU! 💐
Alhamdulillah, telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru SKBD 2026 dengan penuh warna-warni dan kemeriahan! Dataran Perhimpunan SKBD bertukar ceria menyaksikan penghargaan ikhlas daripada para murid buat guru-guru tercinta.
Terima kasih cikgu atas segala pengorbanan, kesabaran, dan ilmu yang dicurahkan tanpa jemu. Anda adalah pelita yang menerangi masa depan kami ✨
14/05/2026
📌 PROGRAM : PERJUMPAAN MENTO MENTI KALI KE-5
🗓️ TARIKH : 14 MEI 2026
🍃 HARI : KHAMIS
🏠 TEMPAT : KELAS MASING-MASING
🌟 Perjumpaan Mento Menti kali ke-5 berlangsung dengan penuh ceria dan bermakna. Pelbagai perkongsian, bimbingan serta aktiviti santai dijalankan bagi mengeratkan hubungan antara mentor dan mentee 💖
Semoga program ini terus menjadi ruang membina sahsiah, keyakinan diri dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah ✨
14/05/2026
📌 PROGRAM : KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSS NEGERI MELAKA 2026
🗓️ TARIKH : 12 & 13 MEI 2026
🍃 HARI : SELASA & RABU
🏠 TEMPAT : SK PULAI
🏉✨ Tahniah dan syabas kepada BD Hawks yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin serta kerjasama yang hebat sepanjang menyertai Kejohanan Ragbi Bawah 12 Tahun MSS Negeri Melaka 2026 di SK Pulai.
Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi pengalaman, keberanian dan semangat berpasukan menjadi kejayaan sebenar. Terus melangkah lebih jauh dan comeback stronger! 💪
13/05/2026
📌 PROGRAM : KUIZ PERINGKAT KELAYAKAN ROOKIE : MY CYBER HERO 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN
🗓️ TARIKH : 12 MEI 2026
🍃 HARI : SELASA
🏠 TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SKBD
💻✨ Tahniah dan syabas kepada murid-murid SKBD yang telah menyertai Kuiz Peringkat Kelayakan Rookie : My Cyber Hero 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Makmal Komputer SKBD.
Semoga penyertaan ini dapat memupuk kesedaran keselamatan siber serta melahirkan generasi celik teknologi dan bijak digital. 🌐🛡️
13/05/2026
📌 PROGRAM : MISI PENCARIAN KRU TVPSS SKBD
🗓️ TARIKH : 12 MEI 2026
🍃 HARI : SELASA
🏠 TEMPAT : PERPUSTAKAAN SKBD
🎥✨ MISI PENCARIAN KRU TVPSS telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Mei 2026 bertempat di Perpustakaan SKBD.
Program ini bertujuan mencungkil bakat murid dalam bidang pengacaraan, penyiaran dan media kreatif bagi memperkasakan lagi TVPSS sekolah 🌟📹
Tahniah kepada semua murid yang berani tampil menunjukkan bakat dan potensi masing-masing. Semoga lahir lebih ramai kru TVPSS yang kreatif, berkeyakinan dan berwibawa! 💫
11/05/2026
📌 PROGRAM : SEMAT SCRABBLE CHALLENGE PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2026
🗓️ TARIKH : 9 MEI 2026
🏠 TEMPAT : SK MASJID TANAH
Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil sekolah yang telah menyertai Scrabble Challenge Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 🍃
Penyertaan ini bukan sahaja menguji kemahiran bahasa dan pemikiran kreatif murid, malah membina keyakinan diri serta semangat daya saing yang tinggi. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan 💪📚
09/05/2026
📌 PROGRAM : MAJLIS PERPISAHAN GURU-GURU PRAKTIKUM
🍃 HARI : JUMAAT
🗓️ TARIKH : 8 MEI 2026
🏠 TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKBD
Datang membawa semangat, pulang membawa pengalaman. Terima kasih atas segala jasa, bantuan dan komitmen sepanjang menjalani praktikum di SK Belimbing Dalam. Semoga segala ilmu dan pengalaman menjadi langkah awal menuju kejayaan sebagai pendidik yang hebat. Selamat melangkah ke dunia pendidikan yang sebenar 💐
Telephone
Website
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 17:00 |
| Tuesday | 07:00 - 17:00 |
| Wednesday | 07:00 - 17:00 |
| Thursday | 07:00 - 17:00 |
| Friday | 07:00 - 17:00 |