Love Quran Think Quran

Love Quran Think Quran Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Love Quran Think Quran, Educational consultant, Malacca City.

Belajar faham Al-Quran dengan mudah & berperingkat 🌱
Dari hati → ke tindakan → ke perubahan hidup

👉 Sertai kelas Think Quran:
https://app.thinkquran.com?r=TQ8848&l=ms&act=register Love Quran | Think Quran adalah ruang pembelajaran Al-Quran yang membantu anda:

Faham maksud ayat, bukan sekadar baca

Rasa dekat dengan Al-Quran dalam kehidupan harian

Ubah cara berfikir, merasa dan bertindak berasas

kan Quran


Kami percaya: ✨ Al-Quran bukan untuk dibaca semata-mata, tetapi untuk difahami dan dihidupkan. Sesuai untuk: ✔️ Orang sibuk ✔️ Beginner ✔️ Yang ingin istiqamah belajar Quran

➡️ Sertai kami dan mulakan perjalanan hidup bersama Al-Quran.
👉 Sertai kelas Think Quran:
https://app.thinkquran.com?r=TQ8848&l=ms&act=register

Hari ini saya benar-benar merasai sendiri bagaimana satu ayat Al-Quran boleh menjadi tempat hati berpaut ketika menerima...
13/08/2026

Hari ini saya benar-benar merasai sendiri bagaimana satu ayat Al-Quran boleh menjadi tempat hati berpaut ketika menerima berita orang yang kita sayang sedang sakit.

Apabila mendapat berita cucu sakit dan melihat keadaannya di hospital, hati seorang nenek tentu ada rasa takut, sedih dan risau.

Dulu mungkin saya hanya akan terus berdoa, ‘Ya Allah, sembuhkanlah.’

Tetapi setelah belajar untuk membuat Reflection melalui Think Quran, saya cuba berhenti seketika dan melihat ayat Allah dengan lebih dekat.

Saya teringat Surah Al-Anbiya’ ayat 83, ketika Nabi Ayyub عليه السلام berkata:

‘Sesungguhnya aku telah ditimpa kesusahan, dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua yang penyayang.’

Saya mula bertanya kepada diri sendiri:

Dalam keadaan saya tidak mampu mengawal apa yang sedang berlaku, kepada siapa hati saya benar-benar bersandar?

Ayat ini mengajar saya bahawa saya boleh mengakui rasa takut dan sedih itu, tetapi saya tidak perlu membiarkan hati saya tenggelam dalam kebimbangan.

Saya serahkan cucu saya kepada Allah — Tuhan Yang Maha Mengetahui, Maha Penyayang dan Maha Menyembuhkan.

Inilah yang saya sedang belajar melalui Reflection — bukan sekadar membaca Al-Quran, tetapi membiarkan ayat Allah berbicara dengan keadaan hidup saya.

Ya Allah, angkatlah kesakitan cucuku, sembuhkanlah dia dengan kesembuhan yang sempurna dan jadikan ujian ini jalan untuk kami semakin dekat kepada-Mu.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻🤍

11/08/2026

🌷 ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI RABU 🌷

Alhamdulillah, hari ini kita telah mencapai 10,000 Refleksi di Think Quran. 🤍Kami sangat bersyukur diberi peluang untuk ...
11/08/2026

Alhamdulillah, hari ini kita telah mencapai 10,000 Refleksi di Think Quran. 🤍

Kami sangat bersyukur diberi peluang untuk membantu umat Islam berhenti seketika, merenung, dan menghubungkan kehidupan seharian dengan Al-Quran. 🌿

Semoga setiap refleksi yang ditulis menjadi satu langkah kecil untuk mendekatkan hati kita kepada Allah dan petunjuk-Nya. 🌙

Kerana Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, direnungi dan dihayati dalam kehidupan. 🤍

✨ The Quran is Speaking to Me.

Untuk menggunakan REFLECTION, layari thinkquran.com

Discount Code: TQ8848

10/08/2026

Kadang-kadang kita rasa semuanya berat. Bukan sebab anak itu beban. Kita cuma terlalu penat.

Dalam Surah Al-Anfal 8:28, Allah mengingatkan bahawa anak-anak juga adalah satu ujian buat kita. Mungkin ujian itu sedang mengajar kita untuk lebih sabar, minta bantuan bila perlu, dan melihat keluarga dengan hati yang lebih tenang.

Reflection Surah Al-Anfal 8:28

Kalau Allah melihat cara kita melayan anak hari ini, apa yang kita mahu perbaiki?

🌿 Kembali kepada Quran.
🌿 Faham apa yang Allah sampaikan.
🌿 Berhenti seketika dan refleksi bagaimana ayat itu hadir dalam kehidupan kita.

Kerana apabila kita mula memahami Al-Quran, kita bukan sekadar membaca ayat-Nya… kita mula melihat bagaimana Allah sedang berbicara dengan kehidupan kita.

07/08/2026

Hari ini hari Jumaat. Seperti kebiasaan, saya membaca Surah Al-Kahfi.

Mula pada ayat 1 dan 2 je pun, Robot Soleh dalam Think Quran bertanya:

"Sudahkah saya mula mengambil berat mesej Allah dalam al-Quran?"

Ya Allah... soalan yang begitu menyentuh hati.

Selama ini, adakah saya hanya membaca al-Quran untuk menghabiskan ayat? Atau saya benar-benar berhenti, mendengar dan mengambil berat apa yang Allah sedang sampaikan kepada saya?

Hari ini saya sedar, al-Quran bukan sekadar untuk dibaca. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk hidup.

Semoga Allah melembutkan hati saya untuk terus memahami, menghayati dan mengamalkan setiap mesej-Nya.

Ya Allah, jadikanlah aku daripada hamba-Mu yang bukan sekadar membaca al-Quran, tetapi benar-benar mengambil berat setiap kalam-Mu. Aamiin. 🤲🌿

Semalam Allah pertemukan saya semula dengan sahabat lama, Kak Eshah. Sudah 37 tahun kami tidak bersua.Dalam pertemuan it...
07/08/2026

Semalam Allah pertemukan saya semula dengan sahabat lama, Kak Eshah. Sudah 37 tahun kami tidak bersua.

Dalam pertemuan itu, kami berbual tentang kehidupan... dan Al-Quran.

Apabila saya berkongsi bagaimana Think Quran membantu kita memahami ayat demi ayat, saya melihat mata beliau mula berkaca.

Saat itu hati saya berkata...

"Saya percaya, ramai orang sebenarnya cintakan Al-Quran. Mereka cuma belum menemui cara yang mudah untuk memahaminya." 🌿

Semoga Allah memilih kita semua untuk lebih dekat dengan kalam-Nya. Aamiin. 🤲

Semoga Allah memudahkan langkah kita untuk lebih dekat dengan Al-Quran. Aamiin. 🤲🌿

Masya-Allah...Semakin saya belajar memahami Al-Quran, semakin saya sedar...Al-Quran bukan sekadar untuk dikhatamkan, tet...
06/08/2026

Masya-Allah...

Semakin saya belajar memahami Al-Quran, semakin saya sedar...

Al-Quran bukan sekadar untuk dikhatamkan, tetapi untuk difahami, direnungi dan dijadikan panduan hidup.
Think Quran membawa saya melalui satu perjalanan yang indah:

🌱 Word Quest – Kenal perkataan Al-Quran.

📖 Surah Quest – Fahami maksud ayat demi ayat.

💙 Reflection – Muhasabah diri dan melihat hidup melalui panduan Al-Quran.

Benarlah, apabila kita mula memahami apa yang Allah sampaikan, hubungan kita dengan Al-Quran menjadi lebih dekat.

Moga Allah jadikan kita dalam kalangan hamba yang bukan sekadar membaca Al-Quran, tetapi benar-benar hidup dengan petunjuk-Nya. Aamiin.

Jika anda juga ingin memulakan perjalanan ini, saya sedia membantu. 🌸

Ramai orang ingat...Nak tambah pendapatan mesti ada modal besar. Nak berjaya mesti pandai berniaga. Nak buat bisnes onli...
06/08/2026

Ramai orang ingat...

Nak tambah pendapatan mesti ada modal besar. Nak berjaya mesti pandai berniaga. Nak buat bisnes online mesti reti buat video.

Saya p**a percaya perkara yang berbeza.

Saya percaya, bila kita ada ilmu, sistem, mentor dan konsisten bertindak, orang biasa pun boleh berjaya.
Sebab itu saya masih berkongsi setiap hari.

Bukan kerana saya paling hebat.

Tetapi kerana saya tahu, satu perkongsian hari ini mungkin menjadi titik perubahan hidup seseorang.

Saya juga percaya...

Rezeki yang paling indah ialah apabila kita membantu orang lebih dekat dengan Al-Quran, dan dalam masa yang sama Allah membuka pintu rezeki untuk kita.

06/08/2026

Hari ini saya benar-benar teruja untuk membuka Think Quran Reflection. 🌿

Hari ini saya memilih Surah Al-Ikhlas.

Reflection ayat pertama mengajukan satu soalan yang sangat mendalam:

"Apabila kamu berkata Allah Maha Esa, apakah yang kamu rasa?"

Subhanallah... saya terus diam seketika.

Rupanya satu ayat yang pendek mampu membuat kita berhenti, bermuhasabah dan melihat semula hubungan kita dengan Allah.

Inilah yang saya s**a tentang Think Quran Reflection. Ia bukan sekadar membantu kita membaca Al-Quran, tetapi mengajak kita merenung dan membiarkan ayat-ayat Allah berbicara kepada hati.

Bagaimana p**a dengan anda?

Apabila anda berkata, "Allah Maha Esa", apakah yang anda rasa? 💚

Hari ni saya baca  Surah Al-Falaq ... bila saya renung Ayat 5, apa sebenarnya yang Allah nak aku tahu Dari ayat ini?Robo...
05/08/2026

Hari ni saya baca Surah Al-Falaq ... bila saya renung Ayat 5, apa sebenarnya yang Allah nak aku tahu Dari ayat ini?

Robot Soleh tanya ni..
Adakah aku banyak membandingkan hidupku dengan orang lain?

Ya Allah, kadang-kadang tanpa sedar aku membandingkan rezeki, pencapaian dan kehidupan diriku dengan orang lain. Perbandingan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati, sedangkan setiap orang menerima ketentuan yang berbeza daripada-Mu.

Hari ini aku memilih untuk mensyukuri nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan berusaha membersihkan hati daripada hasad dengki. Bantulah aku agar lebih fokus memperbaiki diriku sendiri, sentiasa reda dengan takdir-Mu, dan mendoakan kebaikan buat orang lain apabila melihat mereka mendapat nikmat.

ANDA bagaimana P**A, apa yang ANDA rasa?
Jom refleksi diri🌱

Address

Malacca City
75450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Love Quran Think Quran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Love Quran Think Quran:

Shortcuts

Share