05/06/2026
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer - FTKEK, Community College, Hang Tuah Jaya, Malacca City.
Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer (FTKEK),
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM),
Hang Tuah Jaya, 76100, Durian Tunggal, Melaka, Malaysia.
05/06/2026
05/06/2026
Centre for Telecommunication Research & Innovation - Cetri UTeM
26/05/2026
25/05/2026
๐จ *PEMAKLUMAN PENYERTAAN INFINEON WEEK @ UTeM 2026 โ INNOVATION COMPETITION* ๐จ
Untuk makluman, penyertaan bagi Infineon Week @ UTeM 2026 โ Innovation Competition kini sedang dibuka dan tempat adalah terhad!
โณ Tarikh tutup pendaftaran: 31 Mei 2026
๐ข Pengumuman peserta disenarai pendek: 5 Jun 2026
๐ Hari pertandingan: 12 Jun 2026
๐ Lokasi: Perkarangan Lobi FTK, UTeM Kampus Teknologi
๐ Jumlah hadiah wang tunai bernilai RM5,000 untuk dimenangi!
Kategori dipertandingkan:
๐น Prototype Category
๐น Poster Category
๐ฅ Penyertaan adalah PERCUMA tetapi terhad kepada 30 peserta sahaja!
Jangan lepaskan peluang untuk mengetengahkan idea inovasi anda bertemakan โDecarbonisation & Digitalisationโ.
๐ Daftar segera sekarang sebelum terlambat!
๐ฒ Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.
20/05/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof.Madya Dr. Nurul Fajar bin Abd Manap dan Dr.Anis Suhaila Mohd Zain atas kejayaan mendapat Pingat Emas di ITEX '26, iaitu Pertandingan & Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-37 di KL Convention Centre, Malaysia!
15/05/2026
Tahniah kepada semua yang menjayakan.
11/05/2026
*Festival FTKEK deโIntellect 2026 Labuh Tirai, Catat Kehadiran Luar Biasa 6,000 Peserta*
โ Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer (FTKEK) UTeM baru-baru ini melabuhkan tirai program tahunan berprestijnya, Festival deโIntellect 2026, dengan kejayaan yang amat membanggakan. Berlangsung dari 22 hingga 26 April, festival ini merupakan sebahagian daripada Program Signature FTKEK yang bertujuan memperkukuh pembangunan holistik pelajar serta penglibatan komuniti.
Sepanjang lima hari penganjuran, festival ini berjaya menarik kehadiran terkumpul seramai 6,000 peserta dan pengunjung. Salah satu tarikan utama tahun ini ialah pengukuhan hubungan bersama bekas graduan melalui inisiatif SEHATI FIT x ALUMNI, yang menyaksikan penglibatan aktif dalam perlawanan Futsal, Badminton, serta Larian Maya (Virtual Run).
Penganjuran kali ini turut memperlihatkan kolaborasi strategik bersama pelbagai agensi dan jenama terkemuka. Kerjasama erat bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah menjayakan pertandingan STEM peringkat negeri, manakala aspek kesejahteraan komuniti disokong melalui program saringan kesihatan dan derma darah hasil kerjasama Hospital Muar. Selain itu, penglibatan HOTLINK dan Honda Melaka turut memeriahkan suasana dengan pelbagai aktiviti interaktif, termasuk bengkel keselamatan pemanduan.
Jawatankuasa penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja utama kami, Global Electromech (M) Sdn Bhd dan A2S Pinnacle. Sumbangan tajaan daripada kedua-dua pihak ini menjadi tunjang kepada kejayaan festival ini, sekali gus membolehkan fakulti menyediakan pengisian berkualiti tinggi buat warga UTeM dan masyarakat setempat di Melaka. Dengan rekod kehadiran yang luar biasa ini, Program Signature FTKEK kini semakin kukuh sebagai acara mercu tanda dalam kalendar universiti.
Telecsa FTKEK
07/05/2026
.
โจ BENGKEL & CABARAN INSPIRASI INOVASI PINTAR โ ONSEMI, UTeM, JPN Negeri Sembilan & PPD SEREMBAN 2026 โจ
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer (FTKEK) dengan kerjasama JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Negeri Sembilan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seremban telah berjaya melaksanakan Bengkel dan Cabaran Inspirasi Inovasi Pintar di bawah Geran Antarabangsa ONSEMI 2025/2026. Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif memperkasa pendidikan STEM, TVET dan pemikiran komputasional dalam kalangan pelajar sekolah di Negeri Sembilan.
๐ Program telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 5 Mei hingga 6 Mei 2026 di Dewan SK Wawasan, Seremban, melibatkan sebanyak 65 kumpulan/sekolah daripada sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Seremban.
๐ Sepanjang program, peserta didedahkan kepada:
๐น Pengaturcaraan asas Arduino dan Micro:bit
๐น Aktiviti hands-on dan pembelajaran interaktif
๐น Pemikiran komputasional (computational thinking)
๐น Penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif
๐น Cabaran inovasi berasaskan projek
Bagi kategori sekolah menengah, peserta menjalani bengkel pengaturcaraan Arduino sebelum menyertai pertandingan inovasi secara berkumpulan. Manakala bagi kategori sekolah rendah, peserta mengikuti latihan asas Micro:bit dan cabaran pengaturcaraan interaktif. Program ini memberi peluang kepada pelajar meneroka teknologi sebenar serta meningkatkan keyakinan diri dalam bidang STEM dan TVET.
Pemenang Slot Cabaran Inovasi โ 5 Mei 2026
๐ฅ Johan: SMK Chan Wa, G14
๐ฅ Naib Johan: SMK Puteri, G15
๐ฅ Ketiga: SM Teknik Tuanku Jaafar, G20
๐
Keempat: Sekolah Datoโ Abdul Razak, G11
๐
Kelima: SMK Dato Sheikh Ahmad, G12
Pemenang Slot Cabaran Inovasi โ 6 Mei 2026
๐ฅ Johan: SMK Chan Wa II, G3
๐ฅ Naib Johan: SMK Seremban 2, G11
๐ฅ Ketiga: SMK Bukit Kepayang, G8
๐
Keempat: SMK Taman Tuanku Jaafar, G12
๐
Kelima: SMK Datoโ Shahardin, G20
๐ Sekalung penghargaan kepada barisan pensyarah dan urus setia program:
โข Dr. Mas Haslinda Binti Mohamad
โข Dr. Mawarni Binti Mohamed Yunus
โข Ir. Dr. Fairul Azhar Bin Abdul Shukor
โข Prof. Madya Ts. Dr. Faiz Bin Arith
โข Ts. Dr. Nur Fatihah Binti Azmi
Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada pihak ONSEMI Foundation, JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Negeri Sembilan, PPD Seremban, guru-guru pengiring, fasilitator, urus setia serta semua sekolah yang terlibat dalam menjayakan agenda pembangunan bakat STEM dan inovasi teknologi dalam kalangan generasi muda.
๐ฑ Diharapkan program seperti ini dapat terus melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan masa depan teknologi negara.
29/04/2026
๐จ *PEMAKLUMAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN iIDEX 2026* ๐จ
Untuk makluman, penyertaan bagi International Innovation & Design Expo 2026 (iIDEX 2026) kini menghampiri tarikh tutup.
โณ Tarikh tutup pendaftaran, pembayaran yuran dan penghantaran video adalah pada *3 Mei 2026*
๐ Hadiah menarik menanti para pemenang!
Jangan lepaskan peluang!
๐ Daftar segera sekarang sebelum terlambat!
๐ https://www4.utem.edu.my/iidex2026/
20/04/2026