18/07/2025
Sedekah Dari Sumber Haram
ุนููู ู
ูุตูุนูุจู ุจููู ุณูุนูุฏู ููุงูู ุฏูุฎููู ุนูุจูุฏู ุงูููููู ุจููู ุนูู
ูุฑู ุนูููู ุงุจููู ุนูุงู
ูุฑู ููุนููุฏููู ูููููู ู
ูุฑููุถู ููููุงูู ุฃูููุง ุชูุฏูุนูู ุงูููููู ููู ููุง ุงุจููู ุนูู
ูุฑู ููุงูู ุฅููููู ุณูู
ูุนูุชู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููููููู ููุง ุชูููุจููู ุตูููุงุฉู ุจูุบูููุฑู ุทููููุฑู ููููุง ุตูุฏูููุฉู ู
ููู ุบูููููู
Daripada Musab bin Sa'd dia berkata, "Abdullah bin Umar menemui Ibnu Amir untuk menjenguknya yang waktu itu sedang sakit. Ibnu Amir lalu berkata, 'Tidakkah engkau mendoakanku wahai Ibnu Umar'. Ibnu Umar menjawab, 'Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak diterima solat tanpa bersuci, dan tidak diterima sedekah dari pengkhianatan (harta haram) ' (HR Muslim No: 329) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Orang yang solat tanpa berwuduk atau bertayamum, tidak akan diterima oleh Allah.
2. Orang yang bersedekah dari harta yang Ghulul (harta haram) tidak diterima oleh Allah.
3. Ghulul yang dimaksud di sini adalah harta yang berkaitan dengan hak orang lain atau dengan cara menzalimi orang lain seperti mencuri, harta rompakan, rasuah, menipu atau sebarang sumber yang haram.
4. Orang yang mendapatkan harta dengan cara yang zalim atau tidak benar, hakikatnya dia telah melakukan dua kejahatan. Pertama, mencari harta dengan cara haram dan kedua, menzalimi orang lain.
5. Sedekah dengan harta yang berkaitan dengan hak orang lain (ghulul atau pengkhianatan), maka Ibnu Rajab menyatakan sedekah tersebut tidak diterima, bahkan ia berdosa kerana telah memanfaatkannya.
Jagalah ibadah solat dengan menjaga pra syarat bersuci bukan hanya berwuduk dan bersih tubuh badan malah termasuk daging yang tumbuh dari rezeki yang halal juga pakaian yang dipakai dibeli daripada hasil yang halal. Termasuk juga bersih hati ketika melakukannya.
Jagalah juga harta yang kita miliki dan yang diinfakkan. Semoga setiap harta kita dari sumber yang bersih dan halal.