SMK JALAN PAYA BESAR

SMK JALAN PAYA BESAR FB RASMI SMK JALAN PAYA BESAR.
::PERKONGSIAN INFORMASI, PERISTIWA, AKTIVITI & PROGRAM WARGA SMKJPB::

SMKJPB - Sederap Membina Keazaman, Jana Pemikiran Berwawasan

📽️MAJLIS KONFERENSI WARIS 2026📅23 OGOS 2026⏰11:00-1:40 PETANG📍Kelas Masing-masing📚 Majlis Konferensi Waris merupakan sat...
24/08/2026

📽️MAJLIS KONFERENSI WARIS 2026

📅23 OGOS 2026
⏰11:00-1:40 PETANG
📍Kelas Masing-masing

📚 Majlis Konferensi Waris merupakan satu wadah penting bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam usaha memastikan perkembangan akademik, sahsiah dan kesejahteraan murid sentiasa diberi perhatian.

🤝 Melalui sesi perbincangan dan perkongsian bersama guru, para waris berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan anak-anak serta bersama-sama merancang langkah terbaik untuk membantu mereka mencapai potensi yang lebih baik.

💐 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua waris atas kehadiran, sokongan dan komitmen yang diberikan.

“Kerjasama Erat, Kecemerlangan Hebat.” 🌟




✨PROGRAM JELAJAH SEKOLAH BLINK X HAMARE ✨📅18&19 OGOS 2026 (Selasa & Rabu)⏰7:45pagi-1:30petang📍Dewan Balwinder, SMKJPB🌟 P...
21/08/2026

✨PROGRAM JELAJAH SEKOLAH BLINK X HAMARE ✨

📅18&19 OGOS 2026 (Selasa & Rabu)
⏰7:45pagi-1:30petang
📍Dewan Balwinder, SMKJPB

🌟 Program Jelajah Sekolah BLINK telah berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik yang memberi peluang kepada murid untuk belajar sambil meneroka ilmu dalam suasana yang menyeronokkan.

Antara aktiviti sepanjang program:
✅ Pertunjukan Eksperimen: Saintis Cilik
✅ Majlis Penyerahan Kotak Sumbangan Buku
✅ Pameran & Jualan Buku-buku BLINK

📖 Pameran Buku
Murid berpeluang melihat dan meneroka pelbagai bahan bacaan yang menarik, sekali gus memupuk minat membaca serta menjadikan buku sebagai sumber ilmu dan inspirasi.

🧪 Saintis Cilik
Aktiviti Saintis Cilik p**a membawa murid menyelami dunia sains melalui aktiviti yang interaktif, kreatif dan menyeronokkan. Murid dapat mencuba, meneroka dan belajar melalui pengalaman secara langsung.

✨ Semoga program ini dapat menyemarakkan budaya membaca, mencetuskan rasa ingin tahu serta melahirkan generasi murid yang kreatif, berilmu dan berfikiran kritis.

🤝Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Jelajah Sekolah BLINK. 💙





Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling Tarikh    : 17 Ogos 2026  Hari        ...
18/08/2026

Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling

Tarikh : 17 Ogos 2026
Hari : Isnin
Masa : 7.40 Pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SMKJPB

Pertandingan :
✳️PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMBINA PAPAN VISI (VISION BOARD)
✳️PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN WORD SCRAMBLE GAME ✳️PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN SEMPENA BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA)*

Bengkel Cakna Salah Laku Buli & Seksual
18/08/2026

Bengkel Cakna Salah Laku Buli & Seksual

🏆Penyampaian Hadiah dan sijil🥉Sepak Takraw MSSK🥈Bola Baling MSSD u18 Perempuan🏅Olahraga MSSD Tahniah dan syabas buat sem...
18/08/2026

🏆Penyampaian Hadiah dan sijil
🥉Sepak Takraw MSSK
🥈Bola Baling MSSD u18 Perempuan
🏅Olahraga MSSD
Tahniah dan syabas buat semua pemenang!!!

🌷 TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA 🌷Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Norizan binti Saed Ahmad atas pelantikan seb...
10/08/2026

🌷 TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA 🌷

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Norizan binti Saed Ahmad atas pelantikan sebagai Pensyarah Akademik di IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka, berkuat kuasa pada 10 Ogos 2026.

Terima kasih atas segala jasa, bakti, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SMK Jalan Paya Besar. Segala ilmu, kenangan dan sumbangan yang diberikan akan sentiasa dikenang.

Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan dalam setiap langkah di tempat baharu. Semoga pengalaman serta ilmu yang dimiliki terus menjadi inspirasi dan memberi manfaat kepada generasi pendidik yang akan datang. 🤍✨

📌 MAKLUMAT MAJLIS

* 📅 Tarikh: 6 Ogos 2026
* ⏰ Masa: 7.40 pagi – 8.40 pagi
* 📍 Tempat: Tapak Perhimpunan, SMK Jalan Paya Besar

Selamat maju jaya, Pn. Norizan! 🌹
Jasamu dikenang, baktimu disanjung, langkahmu diiringi doa. 🤍

10/08/2026
🇲🇾 PROGRAM GERAKAN MADANI SMK JALAN PAYA BESAR TAHUN 2026 🇲🇾✨ “AKU KASIH MALAYSIA” ✨Alhamdulillah, Program Gerakan MADAN...
10/08/2026

🇲🇾 PROGRAM GERAKAN MADANI SMK JALAN PAYA BESAR TAHUN 2026 🇲🇾
✨ “AKU KASIH MALAYSIA” ✨

Alhamdulillah, Program Gerakan MADANI SMK Jalan Paya Besar Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini bertujuan meningkatkan pemahaman warga sekolah tentang identiti negara, identiti guru, Rukun Negara serta penghayatan nilai-nilai Malaysia MADANI.

📌 MAKLUMAT PROGRAM
📅 Hari: Rabu
📆 Tarikh: 5 Ogos 2026
⏰ Masa: 2.00 – 5.00 petang
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Jalan Paya Besar

🎯 OBJEKTIF PROGRAM
• Meningkatkan pengetahuan warga sekolah mengenai konsep Malaysia MADANI, identiti negara dan identiti guru.
• Memupuk semangat patriotisme, cintakan negara serta penghayatan terhadap Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.
• Mengukuhkan nilai-nilai teras Malaysia MADANI.
• Meningkatkan kerjasama, komunikasi dan semangat kerja berpasukan.

🔹 AKTIVITI PROGRAM
Program dilaksanakan melalui 7 stesen yang merangkumi:
1️⃣ Perlembagaan Malaysia
2️⃣ Jata Negara
3️⃣ Ikrar Rukun Negara
4️⃣ Gagasan Perdana Menteri
5️⃣ Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
6️⃣ Rukun Perkhidmatan Awam (RPA)
7️⃣ Malaysia MADANI

🤝 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga sekolah atas kerjasama, komitmen dan penglibatan dalam menjayakan program ini.

Semoga program ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme, integriti, kerjasama dan penghayatan nilai Malaysia MADANI dalam kalangan warga sekolah. 🇲🇾💙

AKU KASIH MALAYSIA! ❤️🇲🇾





🏆 PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT DAERAH KBB🏆📅 Tarikh: SELASA, 28 Julai 2026📍 Tempat: Dataran Perhim...
28/07/2026

🏆 PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT DAERAH KBB🏆

📅 Tarikh: SELASA, 28 Julai 2026
📍 Tempat: Dataran Perhimpunan SMK Jalan Paya Besar

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SMK Jalan Paya Besar yang telah menerima hadiah atas kejayaan dalam kejohanan peringkat daerah bagi Kejohanan Sepak Takraw yang berlangsung baru-baru ini.

Tahniah juga diucapkan kepada Muhammad Syakir, Muhammad Haiqal dan Rayyan Rifqi yang telah mewakili Kulim Bandar Baharu (KBB) dalam Kejohanan Sepak Takraw MSSK di Serdang pada minggu lalu.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga SMK Jalan Paya Besar untuk terus cemerlang dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Syabas dan teruskan kecemerlangan! 🌟

Address

Lunas
09600

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:15
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+6044847434

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK JALAN PAYA BESAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category