19/08/2026
SENAMAN MERDEKA
SEMPENA SEMARAK JIWA MERDEKA 2026
Sasaran:
Pelajar 2 DVM
Pelajar 1 DVM
Pelajar 1 SVM
Anjuran:
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama
Unit Sukan & Kokurikulum
Jabatan Pendidikan Umum
Objektif utama Program Senaman Merdeka ialah untuk
memupuk semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan pelajar di samping menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti senaman dan kecergasan. Selain itu, untuk mengeratkan hubungan serta semangat kerjasama antara pelajar dan warga kolej dalam menyemarakkan sambutan Semarak Jiwa Merdeka 2026 di peringkat kolej.
Program mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kecergasan fizikal, malah berjaya memupuk semangat kekitaan, disiplin dan patriotisme dalam kalangan warga pelajar.
Secara keseluruhannya, Senaman Merdeka Sempena Semarak Jiwa Merdeka 2026 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Program seumpama ini wajar diteruskan sebagai salah satu usaha menyemarakkan semangat Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati serta membentuk pelajar yang sihat, aktif dan cinta akan negara.
19 Ogos 2026 | Rabu
Dataran Kejat