Tadika Fitrah Mutiara

Tadika Fitrah Mutiara kindergarten

15/08/2026

🍓Di sinilah memori tercipta.🍓

Di Tadika Fitrah Mutiara, mungkin bagi kita mereka hanya sedang bermain , berlari, melompat, membina, mencipta, ketawa dan bergaduh kecil sebelum berbaik semula.

Tetapi bagi anak-anak, itulah zaman kanak-kanak mereka.

Setiap permainan sedang meninggalkan cerita.
Setiap gelak tawa sedang menjadi kenangan.
Setiap kawan yang mereka temui sedang menjadi sebahagian daripada kisah yang suatu hari nanti akan mereka rindukan.

Wahai ibu dan ayah, jangan terlalu cepat meminta mereka berhenti bermain kerana kita fikir bermain itu membuang masa.

Kerana anak-anak tidak akan selamanya kecil.

Hari ini mereka bermain dengan tanah.
Esok mereka mungkin sibuk mengejar cita-cita.
Hari ini mereka berlari tanpa arah.
Esok mereka mungkin berlari mengejar masa.
Hari ini kita melihat mereka pulang dengan baju yang kotor.
Suatu hari nanti, kita mungkin sanggup membayar apa sahaja untuk kembali melihat senyuman kecil itu.

Kenapa anak-anak perlu bermain?

Kerana bermain adalah bahasa mereka untuk mengenal dunia.
Di situlah mereka belajar berkongsi, menunggu giliran, menyelesaikan masalah, berani mencuba, mengurus emosi, bekerjasama dan bangkit apabila gagal.

Namun lebih daripada semua itu…

bermain memberi mereka sebuah zaman kanak-kanak yang ingin dikenang.

Maka biarkan mereka bermain.
Biarkan mereka berlari.
Biarkan mereka ketawa sepuasnya.
Biarkan tangan kecil itu kotor dengan pengalaman.

Kerana suatu hari nanti, apabila mereka sudah besar, yang tinggal bukan lagi permainan itu…

tetapi kenangan tentang betapa indahnya pernah menjadi kecil.

Dan mungkin, apabila mereka dewasa nanti, mereka tidak akan mengingati semua yang kita belikan untuk mereka.

Tetapi mereka akan mengingati siapa yang pernah bermain bersama mereka, siapa yang pernah membuat mereka ketawa, dan bagaimana rasanya menjadi anak kecil yang begitu disayangi.

Di Tadika Fitrah Mutiara, kami bukan sekadar membina pengalaman belajar.
Kami sedang membantu mencipta memori yang akan dibawa pulang oleh anak-anak , memori yang mungkin suatu hari nanti menjadi sebahagian daripada kisah paling indah dalam hidup mereka. ❤️





15/08/2026

Kisah Nabi Yusuf secara interaktif

Nabi Yusuf mendapat mimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan tunduk kepadanya. Baginda menceritakan mimpi itu kepada ayahnya, Nabi Yaakub.

Soalan kepada pendengar:
“Jika kamu mendapat mimpi yang istimewa, kepada siapa kamu akan menceritakannya?”

Kemudian, Nabi Yusuf diuji apabila saudara-saudaranya mencampakkannya ke dalam perigi. Baginda melalui banyak ujian sebelum akhirnya menjadi seorang yang dihormati.

Soalan:
“Jika kamu berada di tempat Nabi Yusuf, adakah kamu akan berputus asa atau terus bersabar?”

Pengajaran: Kita perlu sabar, percaya kepada Allah dan memaafkan orang lain.






12/08/2026

Bila anak didik s**a.. kami pun gembira. # tadikafitrahmutiara

10/08/2026

MESSY PLAY - SHIPYARD 🚢
Main kotor, Belajar Hebat!

Fitrah anak-anak memang s**a bermain… tetapi tahukah anda, disebalik permainan yang “bersepah”, tersimpan banyak peluang untuk mereka belajar dan berkembang?

Jom beri si kecil pengalaman pembelajaran tang menyeronokkan melalui MESSY PLAY - SHIPYARD!

Dalam aktiviti ini, anak-anak akan:

- Merangsang deria & kreativiti
- Meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar
- Membina keyakinan & Kemahiran bekerjasama
- Belajar melalui pengalaman sebenar
- Bermain, meneroka dan mencipta dengan penuh kegembiraan.

Sesuai untuk kanak-kanak 3-6 tahun

Tarikh: 13 Ogos 2026
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Tadika Fitrah Mutiara

ISTIMEWA UNTUK PENDAFTARAN 2027
💥 FREE TRIAL 💥
Peluang untuk anak merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang ceria, Kreatif & penuh inspirasi!

Tempat adalah terhad!
Hubungi : 013-5841703
FB: Tadika Fitrah Mutiara
FB Page : Tadika Fitrah Mutiara

👉 jangan tunggu sehingga anak hanya mendengar cerita. Biar mereka mengalami, mencuba dan mencipta sendiri kenangan masa kecil mereka.

Tadika Fitrah Mutiara
Bermain . Belajar . Membina masa hadapan





08/08/2026

Ramai orang hanya melihat hasil, tetapi terlupa bahawa setiap hasil bermula dengan satu proses.

Cuba lihat daun kering. Untuk menjadi serbuk yang halus, daun itu perlu diramas berulang kali. Sedikit demi sedikit, teksturnya berubah sehingga menjadi halus.

Begitu juga dengan murid.

Mereka tidak terus pandai dalam sehari. Mereka belajar melalui latihan, pengulangan dan bimbingan.

Sebagai guru, fahamkan mereka bahawa setiap usaha kecil hari ini adalah langkah menuju kejayaan esok.

🌱 Percayalah pada proses, kerana proses membentuk potensi.





22/07/2026

Taksonomi Bloom dalam konsep Matematik Awal Kanak-kanak Prasekolah.

Taksonomi Bloom membantu guru merancang pembelajaran matematik secara berperingkat daripada kemahiran asas kepada kemahiran berfikir aras tinggi.

🌿 Mengingat : mengenal dan menyebut nombor, bentuk dan warna.
🌿Memahami : Menerangkan konsep asas seperti lebih banyak, sedikit dan urusan nombor.
🌿Mengaplikasikan : Menggunakan konsep matematik dalam aktiviti harian seperti mengira dan mengelaskan objek.
🌿Menganalisis: membandingkan, menyusun dan mengenalpasti corak.
🌿Menilai : Membuat pilihan dan memberikan alasan terhadap jawapan.
🌿Mencipta: Menghadilkan corak atau model menggunakan konsep matematik.

Dalam prasekolah atau pun tadika, penekanan utama adalah pada proses mengingat, memahami dan mengaplikasi, manakala menganalisis, menilai dan mencipta diterapkan melalui aktiviti bermain dan penerokaan.

Maka tidak hairanlah di Tadika Fitrah Mutiara, kami mengabungkan kesemua aktiviti diatas semasa bermain. Bukan sahaja bermain tetapi semua perkembangan yang diperlukan semasa umur kanak-kanak akan berlaku seiring dengan proses.
Antaranya, fokus, kemahiran motor halus dan motor kasar, sosial, pembentukan karakter dan juga kemahiran intelektual.






14/07/2026

🌿🍓Bukan Sekadar Bermain, Tetapi membina Dunia Mereka 🍓🌿

Di Tadika Fitrah Mutiara, kami percaya setiap anak mempunyai dunia kecil yang penuh rasa ingin tahu, imaginasi dan potensi yang luar biasa.

Di sinilah mereka berlari mengejar impian kecil, menyentuh alam untuk memahami kehidupan, bermain untuk membina kemahiran dan meneroka untuk menemukan kebolehan diri.

Kerana zaman kanak-kanak bukan perlumbaan untuk menjadi dewasa dengan cepat.
Ia adalah fasa untuk mereka bermain, bereksperimen, melakukan kesilapan dan belajar dengan cara mereka sendiri.

Setiap gelak tawa adalah proses pembelajaran.
Setiap permainan adalah langkah perkembangan.
Setiap pengalaman adalah kenangan yang membentuk masa depan.

TADIKA FITRAH MUTIARA
Tempat kecil mereka membina mimpi besar.

Ini dunia main kami.
Jangan ambil hak kami.

kinestatik


Address

No. 204, Jalan Manjung Point 4/3
Lumut
32040

Telephone

+60135841703

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Fitrah Mutiara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Fitrah Mutiara:

Shortcuts

Share

Category