11/08/2026
π₯π LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) DAN CERAMAH KESELAMATAN SK NANGA KESIT 2026 ππ₯
3 Ogos 2026 | 10.30 pagi β 12.50 tengah hari
π Tapak Perhimpunan Utama dan Padang, SK Nanga Kesit
SK Nanga Kesit telah melaksanakan Latihan Kebakaran (Fire Drill) dan Ceramah Keselamatan Peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit Tahun 2026 dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Betong.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga sekolah berkaitan keselamatan kebakaran, kesiapsiagaan menghadapi kecemasan serta tindakan yang betul ketika berlaku situasi kecemasan.
Antara pengisian program ialah ceramah keselamatan kebakaran, penerangan Segitiga Api, taklimat keselamatan, simulasi Fire Drill dan proses evakuasi murid, selain demonstrasi penggunaan Alat Pemadam Api (APAR) serta teknik memadam kebakaran.
π¨ Melalui latihan ini, murid dan warga sekolah berpeluang mempraktikkan prosedur keluar dari bangunan dengan cepat, tenang dan teratur, serta mengenal pasti laluan keluar dan titik berkumpul yang ditetapkan.
Program turut memberi pendedahan kepada murid mengenai peralatan dan pakaian anggota bomba, di samping menyemai nilai disiplin, kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam memastikan keselamatan warga sekolah sentiasa terpelihara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Betong atas perkongsian ilmu, demonstrasi dan kerjasama yang diberikan. Tidak dilupakan juga kepada semua guru, AKP dan murid SK Nanga Kesit yang telah memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung. π©βππ¨βπβ€οΈ
βKESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
HIDUP SELAMAT, NYAWA TERPELIHARA!β π§―π₯