Sekolah Kebangsaan Batang Ai

Sekolah Kebangsaan Batang Ai Laman sosial rasmi Sekolah Kebangsaan Batang Ai. Sekolah ini merupakan sekolah TS25 kohort 4.

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penutupan Mahrajan Al-Quran Nasyid dan Khat Sekolah-sekolah (MQNKKS) 2026 dengan pen...
07/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penutupan Mahrajan Al-Quran Nasyid dan Khat Sekolah-sekolah (MQNKKS) 2026 dengan penuh lancar dan bermakna.

Warga SK Batang Ai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepada kami sebagai tuan rumah bagi majlis ini. Satu penghormatan besar buat kami untuk menerima kehadiran para tetamu, peserta serta semua pihak yang bersama-sama memeriahkan dan menjayakan program ini.

Terima kasih atas segala kerjasama, sokongan dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan sepanjang penganjuran. Andai ada sebarang kekurangan di pihak kami, kami mohon kemaafan. Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar, dan segala usaha ini menjadi asbab kepada lahirnya generasi yang mencintai al-Quran serta berakhlak mulia.

Terima kasih kerana mencipta kenangan indah bersama di SK Batang Ai.
Semoga bertemu lagi dalam majlis yang akan datang.

πŸ“š JOM MEMBACA 10 MINIT & PROGRAM GALAKAN MEMBACA πŸ“šSalam sejahteraProgram Jom Membaca 10 Minit dan Pelancaran Program Gal...
03/05/2026

πŸ“š JOM MEMBACA 10 MINIT & PROGRAM GALAKAN MEMBACA πŸ“š

Salam sejahtera

Program Jom Membaca 10 Minit dan Pelancaran Program Galakan Membaca telah berlangsung pada 23 April 2026 bertempat di Dewan Jubli Perak.

Semua murid mengambil bahagian dengan membaca selama 10 minit, diikuti dengan sesi bacaan oleh wakil setiap kelas di hadapan.

πŸ‘ Tahniah dan syabas kepada murid yang berani tampil membaca di hadapan!

Semoga amalan membaca terus dipupuk dalam kalangan murid ✨



πŸ”₯πŸ”₯ JUARA BERTAHAN! BACK-TO-BACK CHAMPION! πŸ”₯πŸ”₯Kejohanan Sepak Takraw MSSR Zon Lubok Antu 2026πŸ“ SK RidanπŸ“… 20–21 April 2026πŸ₯‡...
21/04/2026

πŸ”₯πŸ”₯ JUARA BERTAHAN! BACK-TO-BACK CHAMPION! πŸ”₯πŸ”₯
Kejohanan Sepak Takraw MSSR Zon Lubok Antu 2026
πŸ“ SK Ridan
πŸ“… 20–21 April 2026
πŸ₯‡ JOHAN
πŸ’₯ Menundukkan SK Melaban di pentas FINAL!
πŸ† Berjaya mempertahankan kejuaraan tahun lalu!
Satu pencapaian luar biasa! Pasukan mempamerkan semangat juang tinggi, disiplin kental dan aksi hebat hingga terus kekal sebagai RAJA ZON! πŸ’ͺπŸ”₯
🌟 Pemain yang mengharumkan nama sekolah & terpilih mewakili Zon Lubok Antu:
πŸ… Christian Fabian Rielyn (6 Lestari)
πŸ… Alex Sanda Bandang (6 Bestari)
πŸ… Augustine Rolland (6 Lestari)
πŸ‘ Sekalung penghargaan kepada barisan guru pengiring:
πŸ‘¨β€πŸ« Ustaz Amir Saifuddin
πŸ‘¨β€πŸ« Cikgu John Ali
πŸ‘¨β€πŸ« En. Andrew Ajong
Terus melakar kejayaan, mencipta legasi juara! πŸ†

🏐 KEJOHANAN BOLA JARING MSSR ZON LUBOK ANTU 2026 πŸπŸ“ SK San SemanjuπŸ“… 20 – 21 April 2026Tahniah diucapkan kepada pasukan b...
21/04/2026

🏐 KEJOHANAN BOLA JARING MSSR ZON LUBOK ANTU 2026 🏐

πŸ“ SK San Semanju
πŸ“… 20 – 21 April 2026

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring sekolah atas pencapaian cemerlang meraih TEMPAT KEDUA πŸ₯ˆ selepas perlawanan akhir menentang SK Lubok Antu.

🌟 PEMAIN TERBAIK
Cynthia Ann (6 Lestari)

πŸ‘ Turut membanggakan, dua orang pemain telah terpilih mewakili Zon Lubok Antu:
β€’ Cynthia Ann (6 Lestari)
β€’ Nini Froztica Min (6 Lestari)

πŸ‘©β€πŸ« Guru Pengiring / Jurulatih:
Cikgu Tang Su Yieng, Cikgu Siew Young Giin, Cikgu Bibiana Henry dan Cikgu Dolly Diana Ujang

Syabas dan tahniah kepada semua pemain dan jurulatih atas usaha, semangat juang dan komitmen yang ditunjukkan! Teruskan kecemerlangan! πŸ’ͺπŸ”₯

🏐 KEJOHANAN BOLA BALING MSSR ZON LUBOK ANTU 2026 πŸπŸ“ SK RidanπŸ“… 13 – 14 April 2026Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasu...
15/04/2026

🏐 KEJOHANAN BOLA BALING MSSR ZON LUBOK ANTU 2026 🏐

πŸ“ SK Ridan
πŸ“… 13 – 14 April 2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling sekolah atas pencapaian yang membanggakan! πŸ’ͺπŸ”₯

Kategori Lelaki dan Perempuan masing-masing berjaya meraih Tempat Ketiga πŸ₯‰πŸ₯‰

Lebih membanggakan, seramai empat orang murid telah terpilih mewakili Zon Lubok Antu ke peringkat bahagian:

πŸ‘¦ Lelaki
β€’ Christian Fabian Rielyn (6 Lestari)
β€’ Thevaz Freddyeon Ozell (6 Bestari)

πŸ‘§ Perempuan
β€’ Viana Melissa (6 Lestari)
β€’ Cynthia Ann (6 Lestari)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan jurulatih:
✨ Cikgu Jenimah Saravi
✨ Cikgu Bradley Ambak
✨ Cikgu Emmanuel Johnny
✨ Cikgu Livianie Henary

Teruskan usaha dan semoga berjaya di peringkat seterusnya! πŸ’™πŸ

7 APRIL 2026πŸ“Έ Pertandingan TASEEM Bahagian Sri Aman telah berlangsung di SK Engkelili No. 2 dengan jayanya.Tahniah kepad...
15/04/2026

7 APRIL 2026

πŸ“Έ Pertandingan TASEEM Bahagian Sri Aman telah berlangsung di SK Engkelili No. 2 dengan jayanya.

Tahniah kepada semua peserta! πŸŽ‰

πŸ† Keputusan pertandingan:
Kategori A : Irama Malaysia – Naib Johan
Kategori B : Duo Tarian Melayu – Johan

Kategori duo yang diwakili oleh Archellius Macgeorcean dan Hanryson Gerijeh (5 Lestari) telah terpilih mewakili Bahagian Sri Aman ke Miri pada 13–17 April 2026.

Penghargaan kepada guru pembimbing:
Cikgu Nur Haziq Aiman, Cikgu Dolly Diana Ujang & Cikgu Anita Augustine πŸ‘

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat!

🌸 Majlis Perpisahan Cikgu Adam Che Murad 🌸2 April 2026 β€” Kenangan kecil buat seorang guru yang berjasa besar ✨Cikgu Adam...
15/04/2026

🌸 Majlis Perpisahan Cikgu Adam Che Murad 🌸

2 April 2026 β€” Kenangan kecil buat seorang guru yang berjasa besar ✨

Cikgu Adam Che Murad kini kembali ke kampung halaman. Satu majlis perpisahan ringkas telah diadakan sebagai tanda penghargaan dan kenangan bersama.

Terima kasih Cikgu Adam atas segala usaha dan dedikasi. Semoga terus cemerlang di tempat baharu 😊

πŸŽ‰ Jamuan Tahun Baru Cina & Hari Raya πŸŽ‰SK Batang Ai telah mengadakan jamuan sempena Tahun Baru Cina dan Hari Raya pada 10...
15/04/2026

πŸŽ‰ Jamuan Tahun Baru Cina & Hari Raya πŸŽ‰

SK Batang Ai telah mengadakan jamuan sempena Tahun Baru Cina dan Hari Raya pada 10 April 2026 (Jumaat). Program ini bertujuan untuk memupuk perpaduan serta mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Majlis berlangsung dengan meriah dan penuh keceriaan 😊

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini ✨

πŸ“’ Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batang Ai 2026Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batang Ai telah berlangsung pada 13 Mac ...
13/03/2026

πŸ“’ Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batang Ai 2026
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Batang Ai telah berlangsung pada 13 Mac 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Jubli Perak dari 8.30 pagi hingga 11.40 pagi dengan kehadiran ibu bapa, penjaga serta warga sekolah.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Guru Besar Encik Harry Galau, PK Pentadbiran Encik Kiding Raba, PK Hal Ehwal Murid Encik Willie Thaddeus Munan, PK Kokurikulum Encik John Ali, YDP PIBG Encik Medan Unjat, NYDP PIBG Encik Walter Sani serta Pegawai Perhubungan Sekolah Sarjan Mejar Nur Erdina Marini @ Dorothy.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah murid di SK Batang Ai.
πŸ™ Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir serta memberi sokongan kepada program ini.
πŸ“Έ Sekitar suasana program.

16/02/2026

Kami warga SK Batang Ai ingin mengucapkan Selamat bercuti sekolah yang penuh keceriaan dan Selamat menyambut Tahun Baru Cina bagi yang meraikannya.

Semoga Tahun Baru Cina ini membawa kesejahteraan, kebahagiaan, dan kejayaan kepada semua. Mari kita sambut tahun baharu ini dengan semangat harmoni, kasih sayang, dan kejayaan bersama.

Gong Xi Fa Cai! 🧧🐎

Address

SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG AI
Lubok Antu
95900

Telephone

+601129987338

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Batang Ai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Batang Ai:

Shortcuts

Share

Category