SRITI AL-Fityan Johor Bahru

Call Contact the school

SRITI AL-Fityan Johor Bahru SRITI AL-FITYAN LARKIN JOHOR BAHRU

Sekolah rendan integrasi yang menggabungkan elemen KSSR, Diniyyah, Kaffah dan Tahfiz.

MAKLUMAN JAWATAN KOSONG SRITI AL-FITYAN JOHOR BAHRUAssalamualaikum w.b.t.SRITI Al-Fityan Johor Bahru membuka peluang ker...
22/09/2026

MAKLUMAN JAWATAN KOSONG SRITI AL-FITYAN JOHOR BAHRU

Assalamualaikum w.b.t.

SRITI Al-Fityan Johor Bahru membuka peluang kerjaya kepada individu yang berfikrah Islamiah dan berjiwa pendidik untuk menyertai kami dalam misi Membina Generasi Rabbani Murabbi.

Jawatan yang dibuka:
1. Guru SRITI Sepenuh Masa

Syarat kemas**an:
- Mempunyai fikrah Islamiah
- Berjiwa pendidik dan s**a akan kanak-kanak
- Bertanggungjawab amanah dan berdisiplin
- Bersedia untuk belajar dan menerima arahan

Tarikh tutup permohonan: 30 November 2026

Calon yang berminat boleh menghantar surat permohonan dan resume / CV ke emel [email protected]

Sebarang pertanyaan boleh hubungi melalui WhatsApp (011-6570 4506)

Jom sertai keluarga besar SRITI Al-Fityan JB.

MEMBINA GENERASI RABBANI DAN MURABBI

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN SRITI AL-FITYAN πŸ‡²πŸ‡Ύ9 September 2026 | RabuAlhamdulillah, telah selesai Majlis Penutup...
14/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN SRITI AL-FITYAN πŸ‡²πŸ‡Ύ

9 September 2026 | Rabu

Alhamdulillah, telah selesai Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan di SRITI Al-Fityan dengan penuh semangat dan keceriaan. πŸŽ‰πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan bukan sahaja menceriakan suasana persekolahan, malah turut menyemai semangat patriotisme, kecintaan kepada tanah air serta penghargaan terhadap perjuangan para pahlawan terdahulu. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Antara aktiviti & pertandingan yang dijalankan :

1. Kuiz Kemerdekaan
2. Mewarna
3. Melukis poster
4. Hiasan kelas Merdeka
5. Nyanyian lagu patriotik
6. Menyampaikan pantun
7. Pakaian beragam
8. Buku skrap
9. Larian Merdeka

Tahniah diucapkan kepada para pemenang diatas kejayaan yang diraih

Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru, murid serta seluruh warga SRITI Al-Fityan yang telah bersama-sama menjayakan setiap aktiviti sepanjang bulan ini. πŸ‘βœ¨

Semoga semangat cintakan negara terus subur dalam jiwa anak-anak SRITI dan diterjemahkan melalui akhlak, ilmu, disiplin serta sumbangan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. πŸ‡²πŸ‡Ύ

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ



14/09/2026
πŸŒ™βœ¨ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW 1448H βœ¨πŸŒ™28 Ogos 2026 | JumaatAlhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah M...
28/08/2026

πŸŒ™βœ¨ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW 1448H βœ¨πŸŒ™

28 Ogos 2026 | Jumaat

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H peringkat SRITI Al-Fityan.

Majlis ini diadakan bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menyemarakkan rasa cinta dan kasih sayang warga sekolah terhadap Rasulullah SAW. ❀️

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang program, antaranya, pertandingan azan,hafazan dan Khat, perarakan, bacaan selawat, perkongsian sirah dan pengajaran daripada kehidupan Rasulullah SAW.

Semoga sambutan ini bukan sekadar menjadi acara tahunan, bahkan dapat menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah Baginda serta membentuk akhlak mulia dalam diri anak-anak dan seluruh warga SRITI.

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΩˆΨ³Ω„Ω… ΨΉΩ„Ω‰ Ω†Ψ¨ΩŠΩ†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ο·Ί

🌿 β€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”

Terima kasih kepada semua guru, murid dan pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini.

SRITI AL-FITYAN
MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI πŸ’š





πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎISNIN | 3 OGOS 2026Alhamdulillah, telah selesai berlangsung Majlis Perasmia...
03/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

ISNIN | 3 OGOS 2026

Alhamdulillah, telah selesai berlangsung Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan 2026 di SRITI Al-Fityan dengan penuh semangat patriotisme dan rasa syukur.

Majlis ini menjadi simbolik kepada bermulanya pelbagai aktiviti dan pengisian sepanjang Bulan Kemerdekaan yang bertujuan menyemai semangat cintakan agama, bangsa dan negara dalam jiwa setiap murid.

Semoga sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini dapat memupuk nilai perpaduan, menghargai jasa para pejuang kemerdekaan serta melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan bertanggungjawab dalam membangunkan ummah dan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru, murid dan warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini. Semoga segala aktiviti yang telah dirancang sepanjang Bulan Kemerdekaan berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

"Merdeka bukan dari fizikal sahaja, tapi juga merdeka dari segi fikiran"

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan 2026.

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI

πŸ“ UJIAN SARINGAN KEMASUKAN MURID BAHARU SESI 2027 πŸ“SABTU | 1 OGOS 2026Alhamdulillah, selesai sudah Ujian Saringan Kemas*...
03/08/2026

πŸ“ UJIAN SARINGAN KEMASUKAN MURID BAHARU SESI 2027 πŸ“

SABTU | 1 OGOS 2026

Alhamdulillah, selesai sudah Ujian Saringan Kemas**an Murid Baharu SRITI Al-Fityan bagi Sesi 2027.

Ujian ini diadakan bagi menilai calon-calon dari segi membaca, menulis, mengira dan mengaji serta jawi.

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah berusaha memberikan yang terbaik. Semoga pengalaman ini menjadi langkah awal dalam perjalanan menuntut ilmu dan membina sahsiah sebagai generasi Rabbani.

Jutaan terima kasih kepada barisan guru, kakitangan dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan perjalanan ujian saringan ini dengan lancar.

πŸ“’ Keputusan ujian saringan akan dimaklumkan kepada ibu bapa melalui saluran rasmi SRITI Al-Fityan. Mohon nantikan hebahan daripada pihak sekolah.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan memberkati setiap langkah dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI

**anMuridBaharu

πŸ… KEJOHANAN SUKAN & OLAHRAGA (KESUGA) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026 πŸ…SABTU & AHAD | 25 & 26 JULAI 2026INVICTUS INTERNATION...
03/08/2026

πŸ… KEJOHANAN SUKAN & OLAHRAGA (KESUGA) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026 πŸ…

SABTU & AHAD | 25 & 26 JULAI 2026
INVICTUS INTERNATIONAL SCHOOL
UITM PASIR GUDANG

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, kontinjen SRITI Al-Fityan telah berjaya menyertai Kejohanan Sukan & Olahraga (KESUGA) Peringkat Negeri Johor 2026 anjuran SRITI NEGERI JOHOR dengan semangat kes**anan, disiplin dan ukhuwah yang tinggi.

Kontinjen sekolah telah mengambil bahagian dalam beberapa acara, antaranya:

⚽ Bola Sepak
🏐 Bola Jaring
🏹 Memanah
πŸƒ Balapan

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah memberikan komitmen dan menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, sebaliknya pengalaman, keberanian, disiplin dan kesungguhan yang dipamerkan merupakan kejayaan yang amat bermakna.

Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada Muallim Khair selaku ketua kontinjen, guru-guru , para jurulatih,ibu bapa serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus memberikan sokongan, doa dan kerjasama sehingga kontinjen SRITI Al-Fityan dapat menyertai kejohanan ini dengan jayanya.

Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha, meningkatkan prestasi dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang, insya-Allah.

πŸ’š Tahniah buat seluruh warga kontinjen SRITI Al-Fityan. Terus melangkah dengan semangat, yakin dan berakhlak mulia!

🌸 PROGRAM LADAP 4.0 : MENDIDIK DENGAN BAHASA CINTA 🌸SABTU | 18 JULAI 2026Alhamdulillah, telah berlangsung Program LADAP ...
03/08/2026

🌸 PROGRAM LADAP 4.0 : MENDIDIK DENGAN BAHASA CINTA 🌸

SABTU | 18 JULAI 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Program LADAP Guru, bertempat SRITI AL-KAUTHAR, Pasir Gudang dengan membawa tajuk "Mendidik Dengan Bahasa Cinta".

Terima kasih kepada SRITI AL-IRFAN 1 atas jemputan dan penganjuran program ini.

Program ini menjadi wadah perkongsian ilmu dan pengalaman dalam memperkukuhkan kemahiran guru untuk mendidik dengan pendekatan yang penuh hikmah, kasih sayang dan empati. Semoga setiap ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membina hubungan yang lebih erat antara guru dan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penceramah, pihak penganjur, sekolah-sekolah yang terlibat serta para guru yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang program berlangsung.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan segala usaha dalam mendidik anak-anak menjadi asbab lahirnya generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan cintakan agama.

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI

.0

πŸ“š LADAP 3.0 GURU SRITI AL-FITYANSabtu | 4 Julai 2026Disampaikan oleh : Cikgu Nor Amirul Akmal Bin HishamAlhamdulillah, t...
03/08/2026

πŸ“š LADAP 3.0 GURU SRITI AL-FITYAN

Sabtu | 4 Julai 2026

Disampaikan oleh : Cikgu Nor Amirul Akmal Bin Hisham

Alhamdulillah, telah berlangsung Program LADAP Guru dengan tajuk "Kejohanan Olahraga Tahunan" yang bertujuan memperkukuhkan pengetahuan, perancangan serta pengurusan guru dalam menjayakan kejohanan olahraga sekolah.

Semoga melalui perkongsian dan perbincangan ini, semua guru dapat menjalankan amanah dengan lebih teratur, cekap dan penuh semangat demi memastikan Kejohanan Olahraga Tahunan berjalan lancar serta memberi pengalaman yang bermakna kepada seluruh murid.

Terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan komitmen dan penglibatan sepanjang program berlangsung. Semoga segala usaha ini menjadi amal soleh dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI

.0

🏸 PROGRAM BADMINTON KELUARGA SRITI AL-FITYAN 🏸3 JULAI 2027 | JUMAAT | 9.00 pm - 11.00 pmAlhamdulillah, telah berlangsung...
31/07/2026

🏸 PROGRAM BADMINTON KELUARGA SRITI AL-FITYAN 🏸

3 JULAI 2027 | JUMAAT | 9.00 pm - 11.00 pm

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Badminton Keluarga SRITI AL-FITYAN kerjasama pihak sekolah bersama JIBG yang menghimpunkan guru, staf, ibu bapa serta ahli keluarga dalam suasana yang penuh ceria dan harmoni.

Program ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta memperkukuhkan ukhuwah dalam keluarga besar SRITI AL-FITYAN.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir, memberikan komitmen dan menjayakan program ini. Semoga hubungan yang terjalin terus mekar dan segala usaha kita diberkati oleh Allah SWT.

Semoga lebih banyak program bermanfaat seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang, insya-Allah.

🀝 Bers**an, Berukhuwah

Membina Generasi Rabbani Murabbi.

Address

Dataran Larkin 2
Larkin
80350

Telephone

+601165704506

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI AL-Fityan Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI AL-Fityan Johor Bahru:

Shortcuts

Share