Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Temenggong Ibrahim - Rasmi

Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Temenggong Ibrahim - Rasmi Laman rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Bertujuan untuk menyalur maklumat semasa berkaitan pengurusan pelajar di kampus.

Bismillahirrahmanirrahim.Selamat kembali ke kampus, anak-anak Temenggong.Kembalilah dengan semangat baharu untuk menjadi...
12/01/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat kembali ke kampus, anak-anak Temenggong.
Kembalilah dengan semangat baharu untuk menjadi pendidik berjiwa guru.

Ikuti Pengumuman Khas Pengarah IPGKTI berhubung kesinambungan kepimpinan siswa.

📅 12 Januari 2026 | Isnin
🕝 2.00 Petang
🔴 LIVE YouTube

Berikut merupakan pautan bagi siaran langsung: https://youtube.com/live/-8aQDCeYZRI?feature=share

IPGKTI Bersama Membangun Insan

Pejabat Pengarah
IPG Kampus Temenggong Ibrahim

JUMLAH SUMBANGAN TERKINI BAGI MEREALISASIKAN KOMPLEKS PERDANA SISWAAssalammualaikum dan Selamat Sejahtera🏠Untuk makluman...
20/08/2025

JUMLAH SUMBANGAN TERKINI BAGI MEREALISASIKAN KOMPLEKS PERDANA SISWA

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

🏠Untuk makluman semua, sebanyak RM7,980.00 telah dikumpulkan bagi mewujudkan harapan kami dalam membina kompleks perdana siswa ini dan kami amat memerlukan bantuan serta jasa baik anda semua.

🏠Namun yang demikian, kami memerlukan sebanyak RM26,670.00 lagi untuk membina dan merealisasikan Kompleks Perdana Siswa ini. Kami amat memerlukan bantuan anda bagi mencapai hasrat kami ini.

Sasaran kutipan: RM34,650

Salurkan sumbangan anda ke:

5515 9353 4663 (Maybank)
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGKTI
Reff: Kompleks

atau

📌 Imbas QR untuk bantu terus dari hati ❤️

atau

https://toyyibpay.com/KOMPLEKS-PERDANA-SISWA

Setiap sen anda adalah cahaya buat masa depan kepimpinan pendidikan negara.

Bersama kita jayakan perubahan. Bersama, kita binalah harapan.

MEMBERDAYAKAN SISWA

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-59
IPG Kampus Temenggong Ibrahim

PERJALANAN BERMULA. MEMBENTUK GURU BERKUALITI.Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim mengalu-alukan kehadira...
11/08/2025

PERJALANAN BERMULA. MEMBENTUK GURU BERKUALITI.

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu ke Minggu Haluan Siswa Madani PISMP 2025 yang akan berlangsung pada 11 – 15 Ogos 2025.

Doa kami, harapan bangsa, agar kalian semua dapat meneruskan legasi membangun anak bangsa.

SELAMAT DATANG ANAK TEMENGGONGBesar nyiru kami tadahkan menyambut kedatangan Anak-Anak Temenggong ke IPG Kampus Temenggo...
09/08/2025

SELAMAT DATANG ANAK TEMENGGONG

Besar nyiru kami tadahkan menyambut kedatangan Anak-Anak Temenggong ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim.

Tahniah kerana menyambut panggilan sebagai pendidik bangsa, pembentuk generasi.

Di sinilah akan lahir pewaris yang akan membentuk penyambung legasi anak bangsa.

Bermulanya di sini.

JUMLAH SUMBANGAN TERKINI BAGI MEREALISASIKAN KOMPLEKS PERDANA SISWAAssalammualaikum dan Selamat Sejahtera🏠Untuk makluman...
01/08/2025

JUMLAH SUMBANGAN TERKINI BAGI MEREALISASIKAN KOMPLEKS PERDANA SISWA

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

🏠Untuk makluman semua, sebanyak RM736.15 telah dikumpulkan bagi mewujudkan harapan kami dalam membina kompleks perdana siswa ini dan kami amat memerlukan bantuan serta jasa baik anda semua.

🏠Namun yang demikian, kami memerlukan sebanyak RM33,913.85 lagi untuk membina dan merealisasikan Kompleks Perdana Siswa ini. Kami amat memerlukan bantuan anda bagi mencapai hasrat kami ini.

Sasaran kutipan: RM34,650

Salurkan sumbangan anda ke:

5515 9353 4663 (Maybank)
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGKTI
Reff: Kompleks

atau

📌 Imbas QR untuk bantu terus dari hati ❤️

atau

https://toyyibpay.com/KOMPLEKS-PERDANA-SISWA

Setiap sen anda adalah cahaya buat masa depan kepimpinan pendidikan negara.

Bersama kita jayakan perubahan. Bersama, kita binalah harapan.

MEMBERDAYAKAN SISWA

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-59
IPG Kampus Temenggong Ibrahim

BANTU KAMI REALISASIKAN KOMPLEKS PERDANA SISWASebuah kuarters lama, kini berpotensi menjadi Kompleks Perdana Siswa yang ...
25/07/2025

BANTU KAMI REALISASIKAN KOMPLEKS PERDANA SISWA

Sebuah kuarters lama, kini berpotensi menjadi Kompleks Perdana Siswa yang akan menjadi pusat kepimpinan pelajar dan pusat aktiviti pelajar.

Namun, tanpa bantuan anda, hasrat ini mungkin sukar dicapai.

💔 Kami perlukan sokongan anda untuk:

▪️Membaik pulih bangunan yang usang
◼️Menyediakan kelengkapan asas

Sasaran kutipan: RM34,650

Salurkan sumbangan anda ke:

5515 9353 4663 (Maybank)
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGKTI
Reff: Kompleks

atau

Imbas QR untuk bantu terus dari hati

atau

https://toyyibpay.com/KOMPLEKS-PERDANA-SISWA

Setiap sen anda adalah cahaya buat masa depan kepimpinan pendidikan negara.

Bersama kita jayakan perubahan. Bersama, kita binalah harapan.

MEMBERDAYAKAN SISWA

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-59
IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Hebatnya insan guru bukan hanya mendidik, tetapi melahirkan pendidik yang bakal mencorakkan masa depan bangsa. Guru buka...
05/02/2025

Hebatnya insan guru bukan hanya mendidik, tetapi melahirkan pendidik yang bakal mencorakkan masa depan bangsa. Guru bukan hanya mengajar, tetapi membentuk insan yang kelak akan menjadi pendidik generasi akan datang. Dari tangan seorang guru, lahir pemimpin, ilmuwan, dan pendidik yang meneruskan legasi keilmuan. Kesabaran dan keikhlasan guru menjadi tunjang kejayaan muridnya. Tanpa guru, tiada ilmuwan, tiada cendekiawan.

Ayuh yg berminat dan berkelayakan... 🌹🌹🌹

Assalamualaikum wbkt dan salam sejahtera.Seluruh warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor ingin mengucapkan Selamat Men...
07/12/2024

Assalamualaikum wbkt dan salam sejahtera.

Seluruh warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2024/2025 kepada semua pelajar PISMP.

Semoga dipermudah segala urusan dan beroleh kejayaan cemerlang.

Ikhlas daripada:
Pengarah, Timbalan Pengarah & seluruh warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru
07 Disember 2024



✨TAHNIAH EN NOR ISMADEE BIN ISMAIL✨Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.📜 PELANTIKAN KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR ...
01/12/2024

✨TAHNIAH EN NOR ISMADEE BIN ISMAIL✨

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

📜 PELANTIKAN KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM 📜

🏵️ Seluruh warga Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim (IPGMKTI) dengan penuh rasa bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Nor Ismadee Bin Ismail atas pelantikan beliau sebagai Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Temenggong Ibrahim.

🏵️ Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan pendidikan yang berkualiti sekali gus memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah siswa/i guru.

🏵️ Warga IPGMKTI mendoakan agar beliau terus diberi kekuatan dan kejayaan dalam menggalas tanggungjawab ini dan menjadi sumber inspirasi kepada siswa/i guru untuk mencapai kecemerlangan.

ANGKAT NILAI SISWA

Yang Menghargai Anda,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Ke-58,
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.


🤲🏻 SOLAT HAJAT PERDANA DAN DOA UNTUK MANGSA BANJIR 🤲🏻Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,📌Makluman kepada semua pela...
01/12/2024

🤲🏻 SOLAT HAJAT PERDANA DAN DOA UNTUK MANGSA BANJIR 🤲🏻

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

📌Makluman kepada semua pelajar Muslim IPGMKTI

🕌 Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-58 akan melaksanakan solat hajat perdana dan doa untuk mangsa banjir.

Tarikh: 1 Disember 2024
Hari: Ahad
Masa: 7.30 Malam
Tempat: Surau Al-Jawaher

📌Semua pelajar Muslim IPGMKTI perlu hadir pada malam ini.

”ANGKAT NILAI SISWA”

Yang Menjalankan Tugas,
Biro Kerohanian, Moral & Disiplin
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-58
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim.


Otai Raider nama samaran, Pandai memasak pandai meniaga;Selamat hari lahir kami ucapkan,Semoga berbahagia sepanjang masa...
15/11/2024

Otai Raider nama samaran,
Pandai memasak pandai meniaga;
Selamat hari lahir kami ucapkan,
Semoga berbahagia sepanjang masa.

Sanah helwah sakinah mawaddah barakah warahmah buat En. Mohd Jamal bin Maidin, Pembantu Tadbir JHEP IPGKTI. Barakallah fii umrik. Semoga En. Jamal sentiasa dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, serta dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat... 🌹💐🎂🎁


Cecilia orangnya cantik dan menawan,Happy go lucky tersenyum sentiasa,Selamat hari lahir kami ucapkan,Semoga berbahagia ...
14/11/2024

Cecilia orangnya cantik dan menawan,
Happy go lucky tersenyum sentiasa,
Selamat hari lahir kami ucapkan,
Semoga berbahagia sepanjang masa.

Sanah helwah sakinah mawaddah barakah warahmah buat Pn. Cecilia Latim, Pembantu Operasi Kolej Kediaman IPGKTI. Barakallah fii umrik. Semoga Cecilia sentiasa dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, serta dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat... 🌹💐🎂🎁


Address

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
Larkin
80350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072364788

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Temenggong Ibrahim - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Temenggong Ibrahim - Rasmi:

Shortcuts

Share

Category