Program Pendidikan Khas Integrasi - SK Nyior Chabang

Program Pendidikan Khas Integrasi - SK Nyior Chabang

Share

Page rasmi PPKI SK Nyior Chabang. Platform perkongsian aktiviti, pencapaian dan makluman PPKI SKNC

Photos from Program Pendidikan Khas Integrasi - SK Nyior Chabang's post 28/01/2026

Alhamdulillah. Hari ini kami telah menerima pamantauan dan khidmat kunjung bantu daripada JPN Kedah dan PPD Langkawi pada hari ke 4 Pendidikan Khas Nyior Chabang beroperasi secara rasmi.

Terima kasih,

En Kamarul Bahrin bin Rahim
Ketua Penolong Pengarah
Pendidikan Khas
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

dan

En Zainal bin Abu Bakar
Penolong Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

serta

En Amirul Fahmi bin Harun
Penolong Pejabat Pendidikan Daerah
Pendidikan Khas Langkawi

atas kupasan isu yang dibincangkan serta keprihatinan terhadap infrastruktur kami.

Kami warga PPKI SK Nyior Chabang sentiasa berusaha dan komited dalam memastikan kemenjadian dan perkembangan murid terbentuk secara holistik.


#π‘ π‘’π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘π‘π‘’π‘Ÿπ‘ π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘šπ‘’π‘šπ‘Žπ‘π‘’π‘˜π‘’π‘π‘’π‘šπ‘’π‘Ÿπ‘™π‘Žπ‘›π‘”π‘Žπ‘›π‘ π‘˜π‘›π‘

Photos from Program Pendidikan Khas Integrasi - SK Nyior Chabang's post 28/01/2026

⭐️Taklimat Pengoperasian PPKI SK Nyior Chabang | 21.01.2026⭐️

Satu sesi taklimat pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Nyior Chabang telah diadakan dengan penglibatan Guru Besar, guru Pendidikan Khas serta waris murid PPKI SKNC bagi memberikan penerangan berkaitan pelaksanaan dan pengurusan program.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kehadiran dan sokongan semua pihak. Diharapkan agar kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan waris dapat diteruskan demi memastikan kelancaran pengoperasian serta kesejahteraan murid berkeperluan pendidikan khas pada masa akan datang.


#π‘ π‘’π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘π‘π‘’π‘Ÿπ‘ π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘šπ‘’π‘šπ‘Žπ‘π‘’π‘˜π‘’π‘π‘’π‘šπ‘’π‘Ÿπ‘™π‘Žπ‘›π‘”π‘Žπ‘›π‘ π‘˜π‘›π‘

26/01/2026

πŸ’™Recap Aktiviti Minggu PertamaπŸ’™

Inilah antara persediaan awal yang dijalankan dalam menyiapkan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Nyior Chabang.

Minggu pertama difokuskan kepada penyediaan kelas dan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk murid Pendidikan Khas sebelum kehadiran murid.




#π‘ π‘’π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘π‘π‘’π‘Ÿπ‘ π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘šπ‘’π‘šπ‘Žπ‘π‘’π‘˜π‘’π‘π‘’π‘šπ‘’π‘Ÿπ‘™π‘Žπ‘›π‘”π‘Žπ‘›π‘ π‘˜π‘›π‘

Photos from Program Pendidikan Khas Integrasi - SK Nyior Chabang's post 26/01/2026

⭐️KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH LANGKAWI TAHUN 2026⭐️

Tahun 2026 mencatat sejarah tersendiri buat Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Nyior Chabang apabila mencatat penglibatan sulung dalam Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Daerah Langkawi.

Walaupun baharu seminggu memulakan pengoperasian, para atlet PPKI SKNC telah menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan dan membanggakan dengan pencapaian cemerlang dalam kejohanan tersebut.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada pihak pentadbir sekolah atas sokongan padu serta kepercayaan yang diberikan. Tidak dilupakan juga barisan guru aliran perdana yang sentiasa memberikan kerjasama, dorongan dan komitmen berterusan dalam memastikan penglibatan murid PPKI dapat direalisasikan dengan jayanya.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada atlet merentas desa PPKI SK Nyior Chabang atas pencapaian terbaik berikut:

*Kategori 12P*
1. Naifah Binti Kamarudin – Tempat Ke-4
2. Naqiyah Binti Kamarudin – Tempat Ke-5
3. Husna Mariena Binti Mohd Fazhil – Tempat Ke-9

*Kategori 12L*
1. Muhammad Iman Bin Mohd Fairul Kamaruddin – Penyertaan Daerah
2. Muhamad Athar Bin Nurul Azwan – Penyertaan Daerah

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang.



#π‘ π‘’π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘π‘π‘’π‘Ÿπ‘ π‘Žπ‘šπ‘Žπ‘šπ‘’π‘šπ‘Žπ‘π‘’π‘˜π‘’π‘π‘’π‘šπ‘’π‘Ÿπ‘™π‘Žπ‘›π‘”π‘Žπ‘›π‘ π‘˜π‘›π‘

Want your school to be the top-listed School/college in Langkawi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Sekolah Kebangsaan Nyior Chabang
Langkawi
07000