25/04/2026
SlOT TAZKIRAH SUBUH & MOTIVASI FOR MPM KIDU ALOR SETAR KEDAH MALAYSIA 25/04/2026 SATURDAY
- خيرُكُم مَن تعلَّمَ القرآنَ وعلَّمَه
QURAN -DAKWAH- MOTIVASI
25/04/2026
SlOT TAZKIRAH SUBUH & MOTIVASI FOR MPM KIDU ALOR SETAR KEDAH MALAYSIA 25/04/2026 SATURDAY
15/05/2025
*NAK BAGI PENDIDIKAN YANG SEIMBANG DUNIA DAN AKHIRAT UNTUK KALIAN SEMUA ?*
Di MAAHAD TAHFIZ AL-MAKKI ( MATAKI)
معهد تحفيظ المكي
kami menawarkan peluang untuk anak2, tuan2 puan2 belajar al Quran . Dengan tenaga pengajar Arab Tunisia yang berpengalaman tinggi, bersanad dan bertauliah, juga suasana pembelajaran yang kondusif.
𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 MATAKI 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧?
📖 SILIBUS TAHFIZ
📖 Tajweed & Tahsin al-Quran
📖 Tafsir &Tadabbur lengkap dan ringkas
📖 Tasmik & Tarannum
𝐊𝐞𝐢𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 MATAKI
✔️ Tenaga pengajar Arab berpengalaman tinggi dan bertauliah .
✔️ Rutin harian yang teratur & berfokus pada perkembangan akademik & spiritual
📌 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧:
✅ Berumur 12 tahun dan ke atas
✅ Berminat menghafaz Al-Quran
✅ Berpersonaliti baik dan berdisiplin
Kini tuan puan tak perlu lagi risau untuk masa depan anak2 tuan puan,
Klik link di bawah sekarang untuk pendaftaran bagi sesi Jun tahun 2025.
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Keutamaan Sifat Tenang Ketika Beribadah
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ دَفَعَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَرَفَةَ فَسَمِعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَاءَهُ زَجْرًا شَدِيدًا وَضَرْبًا وَصَوْتًا لِلْإِبِلِ فَأَشَارَ بِسَوْطِهِ إِلَيْهِمْ وَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ عَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ فَإِنَّ الْبِرَّ لَيْسَ بِالْإِيضَاعِ
Daripada Ibnu 'Abbas RA, bahawasanya beliau telah bertolak bersama-sama Nabi SAW pada hari 'Arafah. Kemudian Nabi SAW mendengar dari arah belakang Baginda SAW suara yang keras dan bentakan serta pukulan terhadap unta. Maka Baginda SAW memberi isyarat kepada mereka dengan cemeti agar bertenang. Baginda SAW bersabda: "Wahai manusia, hendaklah kamu bertenang, kerana sesungguhnya kebaikan bukan (diperoleh) dengan tergesa-gesa." (HR Bukhari No: 1671) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam adalah agama yang membawa rahmat, bukan sahaja kepada sesama manusia bahkan kepada semua makhluk termasuk binatang.
2. Bersifat rahmah dengan berlemah lembut dengan binatang tunggangan adalah suatu yang dituntut.
3. Peristiwa dalam hadis ini berlaku ketika para jemaah haji sedang meninggalkan Arafah menuju Muzdalifah, selepas wukuf yang menjadi salah satu rukun dalam ibadah haji. Sebahagian mereka menggesa unta-unta mereka secara kasar dan tergesa-gesa, mungkin kerana ingin segera sampai atau kerana kesesakan.
4. Ibadah perlu dilakukan dengan ketenangan dan tertib, bukan dalam keadaan tergesa-gesa. Imam Nawawi menjelaskan bahawa hadis ini adalah dalil bahawa ketenangan dan adab ketika ibadah sangat dituntut, terutama semasa menunaikan ibadah haji yang suci.
5. Antara rahmat yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya adalah dapat melakukan ibadah dengan taufik dan hidayah-Nya. Setiap ibadah yang dilakukan seperti solat, haji dan sebagainya hendaklah dilakukan dengan penuh ketenangan. Hanya ibadah yang dilaksanakan dengan penuh ketenangan akan melahirkan kebesaran dan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam hatinya.
6. Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan bahawa teguran Nabi itu bertujuan meluruskan kefahaman para sahabat, bahawa kebaikan (al-birr) bukanlah diukur melalui kepantasan, tetapi melalui adab dan ketenangan dalam amal ibadah.
7. Menolak sikap tergesa-gesa (ta‘ajul) – Islam menekankan ketenangan dalam segala hal, terutama dalam ibadah. Tergesa-gesa boleh membawa kepada kesilapan dan hilangnya roh ibadah.
8. Setiap Muslim hendaklah sentiasa bersifat tenang kerana sifat tergesa-gesa akan menyebabkan seseorang itu melakukan kesilapan dan ketidaksempurnaan dalam melakukan amal ibadah yang akhirnya menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah SWT.
9. Buat para Jemaah Haji yang diberi peluang mengerjakan ibadah haji dan menjadi tetamu duyufurrahman pada tahun ini, semoga sentiasa tenang beribadat di sana serta didoakan kebaikan dan mendapat haji yang mabrur.
زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ
“Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.”
اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا
“Semoga Allah menganugerahkan haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni.”
15hb Zulkaedah 1446H
13hb Mei 2025
05/05/2025
Kelas tasmik
MADI maahad tahfiz dakwah al islamiah
Padang menora
Penang ,Malaysia
Ramadan 2025
17/03/2025
With my friend Dr Saad ( from Egypt) in Kuala Kedah Malaysia
08/03/2025
11/03/2025
Masjid Fathul Al Arifin
Jabi pokok sena kedah
Ramadhan 2025
02/03/2025
Second evening taraweeh in kg Al Hijrah Langgar Alor Star
02/03/2025