JSS IPGK PM

Call Website Contact the school

JSS IPGK PM Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Perempuan Melayu

🎓 TAHNIAH & SYABAS! 🌷Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Perempuan Melayu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaa...
28/09/2026

🎓 TAHNIAH & SYABAS! 🌷

Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Perempuan Melayu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada

DR. SITI NORBAAYAH BINTI AYUP
(UNIT SEJARAH)
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Perempuan Melayu

atas penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 4 Ogos 2026.

Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan serta menjadi bukti kepada ketekunan, kesungguhan dan komitmen dalam bidang akademik dan pendidikan.

Semoga kejayaan memperoleh Doktor Falsafah ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang ilmu, kepakaran dan inspirasi kepada warga pendidik serta generasi yang akan datang.

Sekalung tahniah dan syabas, Dr. Siti Norbaayah! 🎓🌹
Semoga terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Jabatan Sains Sosial dan IPG Kampus Perempuan Melayu.

“Ilmu disemai, kecemerlangan dituai.” ✨






🎶 TAHNIAH & PENGHARGAAN 🎶KONSERT ORKESTRA SISWA GURU MADANI 2026Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada...
25/09/2026

🎶 TAHNIAH & PENGHARGAAN 🎶

KONSERT ORKESTRA SISWA GURU MADANI 2026

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada:

🎼 Encik Razak bin Haji Abd Rahman
Tenaga Produksi

🎤 Encik Muhammad Shafiq bin Dolhalit
Jurulatih Vokal

atas komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan dalam menjayakan Konsert Orkestra Siswa Guru Madani 2026 yang telah berlangsung pada 23 September 2026 di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Penglibatan dan kepakaran yang dicurahkan dalam membimbing, mengurus serta memperkemas aspek produksi dan vokal telah menjadi sebahagian daripada denyut nadi kejayaan persembahan yang mengangkat bakat serta kreativiti siswa guru Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Semoga segala usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi khidmat yang bermakna dalam memartabatkan seni muzik serta melahirkan generasi guru yang berjiwa seni, berketerampilan dan berbudaya.

🌟 Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan!
🎶 Teruslah menyemarakkan seni, kerana dari irama lahirnya rasa, dan daripada rasa lahirnya jiwa pendidik.

Jabatan Sains Sosial (Unit Muzik)
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

🇲🇾🎨🎶 RESONANSI WARISAN: SIMFONI WARNA DAN SUARA PATRIOTIK 🎶🎨🇲🇾Program Sekolah PengajarJabatan Sains Sosial, IPGK Perempu...
16/09/2026

🇲🇾🎨🎶 RESONANSI WARISAN: SIMFONI WARNA DAN SUARA PATRIOTIK 🎶🎨🇲🇾

Program Sekolah Pengajar
Jabatan Sains Sosial, IPGK Perempuan Melayu & SK Selandar

Pada 15 September 2026, warga IPGK Perempuan Melayu Melaka telah membawa dua aktiviti seni yang menggabungkan elemen kreativiti, warisan dan apresiasi seni bersama warga SK Selandar.

🎨 PSV – Kolaj
Aktiviti kolaj memberi peluang kepada murid meneroka kreativiti melalui gabungan warna, bentuk dan bahan dalam menghasilkan karya seni yang kreatif serta bermakna. Aktiviti ini turut memupuk daya imaginasi, ketelitian dan kerjasama dalam kalangan murid.

🎶 MUZIK – Pengenalan Asas Syair (Irama Dodoi)
Murid diperkenalkan kepada asas syair dengan irama dodoi, sebagai salah satu usaha mengenali dan menghayati khazanah seni tradisional Melayu. Aktiviti ini memberi pengalaman kepada murid untuk mengenali keindahan bahasa, melodi, irama dan penyampaian dalam seni warisan Melayu.

🌺 Melalui pendekatan seni dan muzik, aktiviti ini bukan sahaja menyerlahkan kreativiti murid, malah menjadi ruang untuk menghargai warisan budaya bangsa agar terus dikenali, dipelajari dan diwarisi oleh generasi muda.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SK Selandar atas sambutan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.

“Warisan disemai, kreativiti digarap, budaya terus bernyawa.” 🇲🇾✨












🇲🇾 TAHNIAH & SETINGGI-TINGGI PENGHARGAANTahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh Anak Srikandi Guru, IPG Kampus Perem...
31/08/2026

🇲🇾 TAHNIAH & SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh Anak Srikandi Guru, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka atas kejayaan dan komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2026 sebagai peserta Human Graphic.

Penglibatan ini bukan sekadar sebuah persembahan, malah menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna dalam membentuk jati diri, semangat patriotisme, disiplin, kerjasama dan rasa cinta kepada negara. Kesungguhan, ketekunan dan semangat yang ditunjukkan sepanjang menjalani latihan sehingga ke hari kemuncak amat membanggakan.

Setiap langkah, gerak dan formasi yang dipersembahkan telah menjadi sebahagian daripada warna-warni sambutan kemerdekaan, sekali gus mengangkat nama IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dalam sebuah acara yang penuh bersejarah dan sarat dengan semangat kebangsaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada Puan Norliza, Cik Samsinar dan Encik Muhammad Shafiq, selaku pensyarah Jabatan Sains Sosial,atas segala bimbingan, perhatian, komitmen dan pengorbanan dalam memastikan kebajikan serta keselamatan para peserta sentiasa terpelihara sepanjang penglibatan dalam program ini.

Sesungguhnya, kejayaan ini adalah hasil daripada semangat kebersamaan, kerja berpasukan dan komitmen semua pihak. Semoga pengalaman yang telah dilalui menjadi kenangan indah dan bekalan berharga buat Anak Srikandi Guru dalam melangkah lebih jauh sebagai bakal pendidik yang berjiwa patriotik, berdisiplin dan berwawasan.

Terima kasih kerana telah mengukir kenangan.
Terima kasih kerana telah membawa nama Srikandi.
Terima kasih kerana telah mewarnai sejarah kemerdekaan negara. 🇲🇾

SYABAS ANAK SRIKANDI GURU!

Bangga menjadi sebahagian daripada sejarah.
Bersama mengangkat maruah dan nama IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

MALAYSIA MADANI 🇲🇾
Jiwa Merdeka, Srikandi Berjasa.

27/08/2026
PEMAKLUMAN PERHIMPUNAN RASMI BULAN JULAI DAN OGOS 2026Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Per...
27/08/2026

PEMAKLUMAN PERHIMPUNAN RASMI BULAN JULAI DAN OGOS 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Perhimpunan Rasmi Bulan Julai dan Ogos 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 27 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Tun Fatimah (DTF), Pusat Islam Sayyidah Aishah (PISA) dan Pusat Kegiatan Pelajar (PKP), IPG Kampus Perempuan Melayu.

Perhimpunan yang berlangsung dari 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari ini telah menghimpunkan warga kampus dalam suasana penuh tertib dan semangat kebersamaan, selaras dengan tema:

“Dengan Hormat dan Ihsan, Kita Memperkukuh Semangat Kemerdekaan.”

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Dr. Hj. NorShidah Binti Abu Husin, Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, YBrs. Dr. Ghazali bin Ismail, Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu dan YBrs. En Mohammad Azmi Bin Roslin, Ketua Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Perempuan Melayu

Penganjuran perhimpunan ini merupakan hasil kerjasama Jabatan Sains Sosial dan Jabatan Kecemerlangan Akademik, dengan sokongan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Semoga perhimpunan ini terus menjadi wadah untuk memperkukuh semangat kekitaan, meningkatkan kecemerlangan warga kampus serta menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara sempena bulan kemerdekaan.

“Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia






Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu ...
26/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM) terlibat dalam latihan Persembahan Tieres Manusia (Human Graphic) sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka.

👩‍🏫 Pensyarah Pengiring:
Puan Norliza

Sama-sama kita menyokong dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan 2026🇲🇾

Kunjungan dan Perbincangan Profesional Pengarkiban Bahan Bersejarah IPGKPM bersama Pegawai Arkib Negara Malaysia Cawanga...
29/07/2026

Kunjungan dan Perbincangan Profesional Pengarkiban Bahan Bersejarah IPGKPM bersama Pegawai Arkib Negara Malaysia Cawangan Melaka.

Tarikh : 29 Julai 2026 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tgh
Tempat : Anjung Hikmah dan Muzium IPGKPM

Penglibatan :
Puan Maimunah (Pengarah Arkib Negara Cawangan Melaka)
En. Siva (Pegawai Arkib)
En. Abdul Razak (Pegawai Arkib)
En. Shukri (Pegawai Arkib)
Mohd Johari (Penyelaras Muzium)
Puan Siti Norba'ayah (Pensyarah dan Pembantu Penyelaras)
Puan Norasliza (PO Muzium)

Address

Jalan Durian Daun Lama
Lama
75400

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+6062824827

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JSS IPGK PM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to JSS IPGK PM:

Shortcuts

Share