Majlis Guru PASTI Lahad Datu

Majlis Guru PASTI Lahad Datu

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Guru PASTI Lahad Datu, Education, Lahad Datu Town.

Photos from PASTI LAHAD DATU's post 14/06/2026
27/05/2026

๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› ๐Ÿ„๐Ÿ‘
Pada setiap pengorbanan, ada hikmah dan kebaikan yang mendekatkan kita kepada-Nya.

Semoga Aidiladha ini mengajar kita erti keikhlasan, kesabaran dan kasih sayang sesama insan.

26/05/2026

Hari Arafah adalah hari paling mustajab untuk berdoa. Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah". Perbanyakkan zikir, istighfar, dan doa pada hari yang penuh keberkatan ini .

16/05/2026

โ€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaahโ€

Di tangan guru, lahirnya ilmu.
Di hati guru, suburnya tarbiyah.
Dan pada langkah seorang guru haraki,
terpikul amanah membina generasi ummah.

Selamat Hari Guru
Buat seluruh murobbi ummah yang tidak pernah jemu mendidik.
Semoga setiap ilmu yang dicurah menjadi saham akhirat yang terus mengalir hingga ke syurga.

10/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—•๐—จ ๐Ÿค๐ŸŒท

Di sebalik setiap langkah, ada pengorbanan, kasih sayang dan air mata yang tidak pernah ibu ceritakan. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan, menguatkan dan menjadi tempat pulang paling tenang.

๐™„๐™ ๐™๐™ก๐™–๐™จ ๐™™๐™–๐™ง๐™ž ๐™ˆ๐™‚๐™‹๐™‡๐˜ฟ

04/05/2026

Selamat Hari Lahir En. Landari Labobo
(Pengerusi PASTI Lahad Datu)

Semoga Allah SWT memberkati setiap hela nafas kehidupan, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, serta melimpahkan rahmat dan ketenangan dalam jiwa.

Moga setiap usaha dalam memimpin, setiap langkah dalam perjuangan, dan setiap pengorbanan dalam mendidik generasi Islam menjadi saham pahala yang tidak terputus hingga ke akhirat.

Semoga terus diberi kekuatan iman, kelapangan hati, dan istiqamah dalam jalan dakwah.
Mudah-mudahan kehidupan yang dilalui sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT. Barakallahu fi umrik.

04/05/2026

Nak nasihat anak ni ada waktunya. Pilih masa yang tepat, baru kata-kata kita sampai ke hati, bukan sekadar singgah di telinga.

Kalau silap waktu, nasihat yang baik pun boleh jadi โ€œmasuk telinga kiri, keluar telinga kananโ€. Tapi kalau kena masa, ayat ringkas je pun, tapi boleh lekat terusdalam hati anak.

Antara waktu yang biasanyaโ€œmenjadiโ€

1. Waktu anak kita tengah tenang, bukan masa dia tengah marah, menangis atau penat.

2. Waktu kita buat aktiviti bersama, contohnya dalam kereta, makan atau waktu berjalan.

3. Selepas berlaku sesuatu, tapi bukan dalam keadaan emosi masih memuncak. Lepas dah tenangยฒ.

4. Sebelum tidur, suasana lebih lembut, hati lebih terbuka dan mudah nak masuk.

5. Dalam bentuk cerita atau perumpamaan, anak akan lebih mudah faham tanpa rasa โ€œdiceramahkanโ€.

Yang penting, kurangkan nada menghukum, lebihkan nada membimbing. Kadang-kadang satu ayat yang lembut lebih kuat kesannya daripada sepuluh ayat yang keras.

03/05/2026

Sanah Helwah Cg Syakila๐ŸŽ‚๐ŸŒท

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT,dikurniakan kesihatan, rezeki mencukupi,ketenangan jiwa serta kekuatan dalam setiap langkah kehidupan dan umur yang diberkati.
Amiin Ya Rabb

Photos from Majlis Guru PASTI Lahad Datu's post 25/04/2026

Sanah Helwah Cg Murni dan Cikgu Kamaria๐ŸŽ‚๐ŸŒท

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT,dikurniakan kesihatan, rezeki mencukupi,ketenangan jiwa serta kekuatan dalam setiap langkah kehidupan dan umur yang diberkati.
Amiin Ya Rabb

Photos from Majlis Guru PASTI Lahad Datu's post 20/04/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MUSLIMAT CAWANGAN AMAN JAYA | 19 APRIL 2026 | AHAD | SRITI TAHFIZ LD

Tahniah yang setinggi-tingginya diucapkan kepada Cikgu Mardiani atas penganugerahan sebagai Muslimat Istiqomah. Semoga terus teguh melangkah dengan penuh kesabaran dan keikhlasan, menjadi contoh dalam perjuangan dan dakwah.

Sekalung tahniah juga kepada Cikgu Ayawati atas penerimaan anugerah Muslimat Harapan. Semoga terus melakar langkah berani, membawa semangat baru dalam meneruskan perjuangan ummah, khususnya dalam bidang pendidikan.

Doa kami buat seluruh guru PASTI, semoga Allah SWT menguatkan langkah kalian di medan perjuangan baik dalam dunia pendidikan mahupun dalam lapangan kepimpinan

Semoga dikurniakan hikmah dalam membuat keputusan, keberanian dalam menyuarakan kebenaran, dan keteguhan hati dalam menghadapi cabaran. Moga setiap usaha mendidik generasi dan memperjuangkan nilai-nilai Islam ini menjadi saham akhirat yang tidak putus, serta dikurniakan istiqamah hingga ke penghujungnya. Aamiin.

Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat Aman Jaya kali ke-10
Siiru Ala barakatillah

Want your school to be the top-listed School/college in Lahad Datu Town?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Lahad Datu Town