PASTI Al - Fateh, Palm Heights Lahad Datu

PASTI Al - Fateh, Palm Heights Lahad Datu

Share

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

06/05/2026

๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐๐จ๐ฅ๐š ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ค & ๐๐จ๐ฅ๐š ๐‰๐š๐ซ๐ข๐ง๐  ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐š๐ก๐š๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ
Nantikan 17 Mei 2026, gelagat comel anak-anak PASTI dan semangat luar biasa yang bakal ditunjukkan di padang dan gelanggang SMK Terusan Lahad Datu.

Bola Sepak Bola Jaring kali ini penuh bermakna kerana akan dirasmikan oleh En. Jumaidin Lakallah, selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah. Kehadiran beliau pastinya akan menambah seri serta menyuntik semangat buat seluruh warga PASTI dan para peserta yang terlibat.

Ayuh bersama-sama memeriahkan kejohanan ini demi menyemai ukhuwah, semangat kesukanan dan keyakinan diri anak-anak PASTI sejak usia kecil lagi.

Photos from PASTI Al - Fateh, Palm Heights Lahad Datu's post 13/04/2026

SAMBUTAN HARI RAYA PASTI AL-FATEH | 12 APRIL 2026 bersamaan 23 SYAWAL 1447H | SK PEKAN LAHAD DATU I | AHAD

Sambutan Hari Raya PASTI Al-Fateh telah berlangsung dengan penuh keberkatan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Tan Chin Khoon @ Razik selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Lahad Datu. Turut mengiringi beliau ialah En. Azlan Andika selaku Naib Dewan Pemuda PAS Kawasan Lahad Datu serta En. Awang Radzi selaku Pengerusi JIBG PASTI Al-Fateh 2026/2028

Program ini bukan sahaja menjadi medan meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, bahkan turut menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah islamiah, menyemai kasih sayang serta memperkukuhkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga PASTI, ibu bapa dan guru-guru.

Semoga segala usaha dan pengorbanan dalam menjayakan program ini dikira sebagai amal soleh di sisi Allah SWT serta terus diberkati dan dirahmati. Diharapkan juga agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

โ€œSesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.โ€ ๐Ÿค๐ŸŒ™



10/04/2026

Assalamualaikum wbt.

Jemputan ke Jamuan Raya Aidilfitri PASTI AL-FATEH
Dengan Sukacita menjemput semua Ibu Bapa, Muslimin & Muslimat ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri PASTI AL-FATEH pada ketetapan berikut :

๐Ÿ“† Tarikh: 12 April 2026 | Ahad
โฐ Masa: 07.00 am - 12.00 pm
๐Ÿ“ฌ Tempat: Sk Pekan 1 Lahad Datu
๐Ÿง•๐Ÿป๐Ÿ‘ณ๐Ÿปโ€โ™€ Pakaian: Berbaju Raya

Aturcara Majlis :*
~ Ucapan alu-aluan
~ Bacaan Doa
~ Pertandingan pakai samping (ayah)
~ Pertandingan juadah kreatif (ibu)
~ Pertandingan pakaian sedondon (keluarga)
~ Jamuan makan Hari Raya
~ Bergambar & Bersurai

Kehadiran muslimin & muslimat amat dialuยฒkan ๐Ÿค—

Syukran๐Ÿ’



๐Ÿƒ๐ŸŒน๐Ÿƒ๐ŸŒน๐Ÿƒ๐ŸŒน๐Ÿƒ๐ŸŒน๐Ÿƒ

Photos from PASTI Al - Fateh, Palm Heights Lahad Datu's post 08/03/2026

EDARAN JUADAH BERBUKA PUASA PASTI AL-FATEH | 8 MAC 2006M | 18 RAMADAN 1447H | SEKITAR IPEAK LAHAD DATU

Alhamdulillah, telah selesai dilaksanakan Program Edaran Juadah Berbuka Puasa kepada orang awam di sekitar kawasan IPEAK. Juadah disediakan di PASTI sebelum diedarkan kepada masyarakat setempat sebagai tanda berkongsi rezeki di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Sebanyak 210 tapau nasi kuning telah berjaya diedarkan kepada orang ramai.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah menyumbang infak wang ringgit serta tenaga dalam menjayakan program ini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut." (Riwayat At-Tirmizi)

Semoga usaha ini menjadi amal jariah serta mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam masyarakat. Semoga Allah SWT menerima segala amal kebaikan kita semua.


Photos from PASTI Al - Fateh, Palm Heights Lahad Datu's post 07/03/2026

PROGRAM KHATAM AL- QURAN DAN IHYAโ€™ RAMADAN | 7 Mac 2026 bersamaan 17 Ramadan 1447H | PASTI Al-Fateh

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Program Khatam Al-Quran dan Ihyaโ€™ Ramadan anjuran PASTI Al-Fateh telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama erat antara para guru, ibu bapa serta murid-murid.

Program ini bertujuan menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan di samping memupuk kecintaan terhadap ibadah dalam kalangan anak-anak sejak usia kecil. Penglibatan aktif ibu bapa bersama guru dan murid menjadikan program ini lebih bermakna dalam usaha membina generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan dekat dengan ajaran Islam.

Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan sesama ibu bapa serta menjadi medan pendidikan rohani yang bermanfaat buat anak-anak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Mudah-mudahan segala usaha ini diberkati dan diterima sebagai amal kebajikan di sisi Allah SWT.



05/03/2026

JEMPUTAN KE IHYA' RAMADAN DAN KHATAM AL QURAN PASTI AL-FATEH

Assalamualaikum wbt. Kami menjemput semua muslimin dan muslimat untuk hadir ke Majlis Ihya' Ramadan dan Khatam Al Quran PASTI Al-Fateh pada ketetapan berikut :

๐Ÿ—“ Tarikh : 7 Mac 2026 | 17 Ramadan 1447H | Sabtu
โฐ Masa : 4:30pm - 9:30pm
๐Ÿก Tempat : PASTI Al-Fateh Palm Height

MAKLUMAN PENTING
๐Ÿ“Jamuan adalah potluck
๐Ÿ“ Pastikan ambil wudhu dari rumah
๐Ÿ“Bawa kelengkapan solat dan Al-Quran masing-masing

๐Ÿ”– Tentatif Program
- 4:30 pm - 5:00 pm = Ketibaan ibu bapa, murid dan jemputan
- 5:00 pm-6:00 pm =Khatam Al-Quran bersama ibu bapa dan guru
- 6:00 pm-6:20 pm= Persediaan buka puasa dan solat maghrib
- 6:20 pm-6:35 pm = buka puasa dengan makanan ringan
- 6:35 pm-7:00 pm= solat maghrib berjemaah
- 7:00 pm-7:30 pm= Tazkirah ringkas (penceramah jemputan)
- 7:30 pm-8:40 pm= Solat Isyak berjemaah dan tarawih
- 8:40 pm-9:20 pm= Jamuan makan malam
- 9:20 pm-9:30 pm= mengemas dan bersuarai

09/02/2026

๐‹๐€๐‘๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐‹๐Ž๐†๐Ž ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐Œ๐€ ๐๐€๐’๐“๐ˆ

Adalah dimaklumkan bahawa logo, nama PASTI, uniform PASTI serta pakaian sukan PASTI telah didaftarkan dan dilindungi di bawah:
1. Akta Cap Dagangan 2019
2. Akta Rekabentuk Perindustrian 1996
3. Akta Hak Cipta 1987

Sebarang penggunaan logo dan nama PASTI, termasuk pengeluaran atau penjualan produk berjenama PASTI tanpa kebenaran bertulis, adalah merupakan suatu kesalahan jenayah. Jika disabitkan kesalahan, tindakan boleh diambil dan hukuman boleh dikenakan di bawah akta-akta berkenaan.

๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฝ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป/๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ด๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—น, ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป/๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐˜‚๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ tanpa kebenaran, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang, termasuk membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan amatlah dihargai.
Terima kasih.

Photos from PASTI Al - Fateh, Palm Heights Lahad Datu's post 09/02/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JIBG PASTI AL-FATEH
8 FEBRUARI 2026 | 20 SYA'BAN 1447H | AHAD | AWANA BALLROOM

Mesyuarat Agung Tahunan JIBG PASTI Al-Fateh telah selesai dengan jayanya. Di mana majlis telah dirasmikan oleh Cikgu Mursidi Amat selaku Timbalan Pengarah 3 PASTI Negeri Sabah. Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan bahawa JIBG berdiri teguh dan terus berperanan aktif hasil daripada kekuatan, sokongan serta kesepaduan ibu bapa itu sendiri, yang menjadi tunjang utama kejayaan PASTI.

Setulus penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada AJK JIBG sesi 2023โ€“2025 atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan dalam menjayakan amanah demi kebajikan serta kecemerlangan anak-anak PASTI. Semoga setiap usaha yang dicurahkan menjadi amal soleh dan diberkati Allah SWT.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada AJK JIBG baharu sesi 2026โ€“2028. Semoga diberi kekuatan, kebijaksanaan dan keikhlasan dalam meneruskan tanggungjawab, serta terus bekerjasama dalam mendidik generasi soleh berteraskan iman, ilmu dan akhlak.

โ€œDan bekerjasamalah kamu dalam perkara kebajikan dan takwa.โ€
(Surah Al-Maidah: 2)


Photos from PASTI LAHAD DATU's post 12/01/2026
10/01/2026




10/01/2026

PENDAFTARAN BERSEMUKA & PEMBAYARAN YURAN MURID SESI 2026

Tarikh : 12 & 13 Januari 2026
Masa : 08:00 pagi - 04:00 petang
Tempat : Seluruh PASTI Lahad Datu

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera.
Pejabat PASTI LD : https://www.wasap.my/601116107377

Want your school to be the top-listed School/college in Lahad Datu Town?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

PASTI AL FATEH, PALM HEIGHTS
Lahad Datu Town
91100