03/03/2026
Rezeki anak-anak KML Iftar hari ini
Memaparkan program-program keagamaan di Kolej Matrikulasi Labuan
03/03/2026
Rezeki anak-anak KML Iftar hari ini
03/03/2026
Solat sunat gerhana bulan
25/02/2026
Kumpulan Tadarus Al-Quran
24/02/2026
IFTAR RAHMAH MADANI WP LABUAN
6 RAMADAN 1447H / 24 FEBRUARI 2026
SURAU AL-IRFAN, KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
Alhamdulillah, walaupun hujan lebat membasahi bumi Kolej Matrikulasi Labuan, program Iftar Rahmah Madani tetap berjalan di Surau Al-Irfan KML.
Hari ini, 300 pek berbuka puasa, lengkap dengan nutrisi seperti serat dan protein diagihkan kepada para pelajar kolej yang memerlukan.
Semoga dengan setiap pemberian iftar ini dapat menceriakan hari para penerima dan mengeratkan ukhuwah dalam komuniti kolej.
“Anda Sumbang, Kami Sampaikan”
Terima kasih Pembayar Zakat Wilayah Persekutuan.
Terima kasih JAWI dan Terima kasih MAIWP
23/02/2026
Rezeki anak-anak pelajar KML pada hari ke 5 ramadan. Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan - MAIWP serta pembayar-pembayar zakat kerana menyumbangkan 300 bungkus makanan serta air untuk berbuka puasa kepada anak-anak pelajar KML.
20/02/2026
IFTAR RAHMAH MADANI WP LABUAN
2 RAMADAN 1447H / 20 FEBRUARI 2026
SURAU AL-IRFAN, KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
Pada hari kedua Ramadan, Program Iftar Rahmah Madani diteruskan di Surau Al-Irfan, Kolej Matrikulasi Labuan dan menyasarkan para pelajar kurang berkemampuan melalui pemberian makanan berbuka puasa.
Sebanyak 300 pek makanan diedarkan kepada para pelajar yang memerlukan. Program ini akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan lebih ramai menerima manfaatnya.
“Anda Sumbang, Kami Sampaikan”
Terima kasih Pembayar Zakat Wilayah Persekutuan.
Terima kasih JAWI dan Terima kasih MAIWP
19/02/2026
IFTAR RAHMAH MADANI WP LABUAN
1 RAMADAN 1447H / 19 FEBRUARI 2026
SURAU AL-IRFAN, KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
Program Iftar Rahmah Madani membuka tirai di Kolej Matrikulasi Labuan bagi tahun 2026 dengan penuh semangat.
Sebanyak 300 pek makanan diedarkan kepada para pelajar yang memerlukan. Pek iftar rahmah yang lengkap dan penuh nutrisi bagi memastikan mereka mendapat makanan seimbang.
“Anda Sumbang, Kami Sampaikan”
Terima kasih Pembayar Zakat Wilayah Persekutuan.
Terima kasih JAWI dan Terima kasih MAIWP
19/02/2026
Program dan aktiviti sepanjang ramadan