PIBG SKBK 2023/2025

PIBG SKBK 2023/2025 : Aim The Best We Are The Best.

Selamat datang Puan Ramlah binti Abd Hamid ke Sekolah Kebangsaan Bukit Kallam! Semoga pengalaman bekerja di sini membawa...
22/06/2024

Selamat datang Puan Ramlah binti Abd Hamid ke Sekolah Kebangsaan Bukit Kallam! Semoga pengalaman bekerja di sini membawa kebahagiaan dan kejayaan. πŸŒŸπŸ«πŸŽ‰

Berkuatkuasa pada: 18 Jun 2024

PROGRAM GOTONG ROYONG MADANIPeringkat Sekolah Kebangsaan Bukit KallamWilayah Persekutuan Labuan-------------------------...
05/06/2024

PROGRAM GOTONG ROYONG MADANI
Peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit Kallam
Wilayah Persekutuan Labuan
---------------------------------------------------------
Tarikh : 8 Jun 2024 πŸ—“οΈ
Masa : 7.30 pagi hingga 11.30 pagi πŸ•
Tempat : SK. Bukit Kallam 🏫
---------------------------------------------------------
Semua warga sekolah, Guru-guru, AJK PIBG SKBK, Ibu bapa & murid-murid dijemput hadir untuk menjayakan program ini!
---------------------------------------------------------
Bersama-sama kita wujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan lestari. Mari berganding bahu untuk masa depan yang lebih baik. Jom!
--------------------------------------------------------
Kehadiran dan sokongan daripada Tuan/Puan amatlah kami hargai bagi menjayakan usaha murni ini. Marilah kita bersama-sama menjadikan SK. Bukit Kallam sebagai sebuah tempat yang lebih ceria, selesa, dan indah.

Sekian, terima kasih.

Dalilah binti Desa,
Guru Besar,
SK. Bukit Kallam,
Wilayah Persekutuan Labuan.

SKBK : aim the best! We are the best!

'Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani'AJK PIBG SKBK telah bekerjasama untuk mengadakan sambutan Hari Guru Peringk...
19/05/2024

'Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani'

AJK PIBG SKBK telah bekerjasama untuk mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat SK Bukit Kallam pada 16 Mei 2024 bertempat di GSTB SKBK.

Beberapa acara sampingan diadakan untuk meraikan guru-guru seperti tayangan montaj, persembahan Buskers dan lain-lain lagi.

Bagi menghargai jasa guru-guru SKBK, 11 anugerah khas termasuk Anugerah Istimewa kepada guru-guru telah disampaikan oleh Yang DiPertua PIBG Encik Airol Azmi bin Abd Gani.


,Komited,Prihatin

Penyampaian Peruntukan RM 1,000.00 sempena Gotong-Royong Madani 2024 kepada empat (4) wakil Ketua Rumah Sukan SKBK.Goton...
12/05/2024

Penyampaian Peruntukan RM 1,000.00 sempena Gotong-Royong Madani 2024 kepada empat (4) wakil Ketua Rumah Sukan SKBK.

Gotong-Royong tersebut akan dijalankan pada 8 Jun 2024 (Sabtu). Skop kerja gotong royong adalah kawasan tangga dan tandas.


,Komited,Prihatin

PENYERAHAN SUMBANGAN SET SPEAKER KEPADA SEKOLAH πŸ”Š PIBG SKBK mengambil berat tentang keadaan kemudahan di sekolah. Oleh i...
12/05/2024

PENYERAHAN SUMBANGAN SET SPEAKER KEPADA SEKOLAH πŸ”Š

PIBG SKBK mengambil berat tentang keadaan kemudahan di sekolah. Oleh itu, demi meningkatkan kualiti penggunaan pembesar suara bagi aktiviti/program murid, PIBG berinisiatif menyumbangkan set speaker untuk dipasang di GSTB.

Penyerahan disampaikan oleh wakil PIBG iaitu Pn Noy, Ketua Rumah Sukan Helang.


,KOMITED,PRIHATIN

Pertandingan "I LOVE NATURE 2024"PANDU PUTERI TUNAS24 Januari 2024 - 17 Mac 2024NUR SYAKIRIN BINTI ABDULLAH mewakili SK ...
11/05/2024

Pertandingan
"I LOVE NATURE 2024"
PANDU PUTERI TUNAS
24 Januari 2024 - 17 Mac 2024

NUR SYAKIRIN BINTI ABDULLAH mewakili SK Bukit Kallam mendapat tempat Kelima WP Labuan. Tahniah Diucapkan

SUMBANGAN TV ANDROID 65' UNTUK KELAS BERTEKNOLOGI & DIGITAL.PIBG SK Bukit Kallam telah menyampaikan sumbangan berbentuk ...
08/05/2024

SUMBANGAN TV ANDROID 65' UNTUK KELAS BERTEKNOLOGI & DIGITAL.

PIBG SK Bukit Kallam telah menyampaikan sumbangan berbentuk dua buah televisyen untuk ditempatkan di Bengkel RBT dan Makmal Sains SK Bukit Kallam. Dalam menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu meningkatkan pengetahuan murid dalam bidang STEM dan TVET, PIBG SKBK berharap agar sumbangan ini dapat membantu pihak pendidik untuk meningkatkan pengetahuan dan kemenjadian anak-anak SK Bukit Kallam. Sumbangan disampaikan oleh En Khairil, NYDP PIBG SK Bukit Kallam.


,KOMITED,PRIHATIN

Untuk maklumat lanjut dari PIBG SKBK boleh follow dan layari:

https://www.facebook.com/profile.php?id=61557712768419&mibextid=ZbWKwL

SUMBANGAN TV ANDROID 65' UNTUK KELAS BERTEKNOLOGI & DIGITALPIBG SK Bukit Kallam telah menyampaikan sumbangan berbentuk d...
07/05/2024

SUMBANGAN TV ANDROID 65' UNTUK KELAS BERTEKNOLOGI & DIGITAL

PIBG SK Bukit Kallam telah menyampaikan sumbangan berbentuk dua buah televisyen untuk ditempatkan di Bengkel RBT dan Makmal Sains SK Bukit Kallam.

Dalam menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu meningkatkan pengetahuan murid dalam bidang STEM dan TVET, PIBG SKBK berharap agar sumbangan ini dapat membantu pihak pendidik untuk meningkatkan pengetahuan dan kemenjadian anak-anak SK Bukit Kallam.

Sumbangan disampaikan oleh Encik Khairil, NYDP PIBG SK Bukit Kallam.


,KOMITED,PRIHATIN

Majlis Mengelupis Raya SK Bukit KallamSyukur Alhamdulillah Majlis Mengelupis Raya yang diadakan pada 5 Mei 2024 berlangs...
06/05/2024

Majlis Mengelupis Raya SK Bukit Kallam

Syukur Alhamdulillah Majlis Mengelupis Raya yang diadakan pada 5 Mei 2024 berlangsung secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ibu bapa, anak-anak dan guru-guru SKBK.

Majlis turut diserikan lagi kehadiran tetamu jemputan iaitu Puan Noraini binti Sabudin, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan Jabatan Pendidikan Labuan, Encik Mohd Noor Izuan bin Anwar, Pegawai Angkat SKBK, Sarjan Herry bin Jaini, wakil Pegawai Perhubungan Sekolah dan Ketua Kampung Kilan, Haji Mohamad Hassan bin Haji Kapal.

Semoga ikatan ukhwah yang terjalin di antara guru-guru, ibu bapa dan anak-anak dapat dikekalkan demi masa depan anak-anak SKBK yang lebih baik.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin diucapkan dari PIBG SKBK

"3rd LaRIS National Creativity and Innovation Virtual Showcase" 2024Congratulation to Teacher Dg Asla for your Silver Me...
01/05/2024

"3rd LaRIS National Creativity and Innovation Virtual Showcase" 2024
Congratulation to Teacher Dg Asla for your Silver Medal achievement.

"MAJLIS SELAUT KASIH, SERIBU MEMORI, USTAZAH MARDAWIA ASIS"26 APRIL 2024 - JUMAAT
01/05/2024

"MAJLIS SELAUT KASIH, SERIBU MEMORI, USTAZAH MARDAWIA ASIS"
26 APRIL 2024 - JUMAAT

Sungguh rendah pohon rumbia,Tempat persinggahan si anak kera,Kelupis rendang sudah tersedia,Jemputlah semua menjamu sele...
28/04/2024

Sungguh rendah pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Kelupis rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera semua warga SK Bukit Kallam,

PIBG SKBK ingin menjemput semua ibubapa, murid dan guru untuk meraikan Program Mengelupis Raya sempena Sambutan Hari Raya SK Bukit Kallam pada 5 Mei 2024 (Ahad).

Marilah datang untuk memeriahkan suasana bersama. Pelbagai pertandingan dan hadiah yang menarik menanti anda.

PIBG SKBK 2023/2025
"Amanah, Komited, Prihatin"

Address

SK BUKIT KALLAM
Labuan
87020

Telephone

+6087461354

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SKBK 2023/2025 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category