SK Sungai Bedaun, WP.Labuan

SK Sungai Bedaun, WP.Labuan

Share

WBA1002

02/06/2026

WARGA SKSB BANTERAS SALAH LAKU SEKSUAL!

02/06/2026
02/06/2026

MAKLUMAN LARANGAN MEMPUNYAI AKAUN MEDIA SOSIAL

30/05/2026

🌾 π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™ π™ˆπ™€π™‰π™”π˜Όπ™ˆπ˜½π™π™ π™‹π™€π™Žπ™π˜Ό π™†π˜Όπ˜Όπ™ˆπ˜Όπ™π˜Όπ™‰ 2026 🌾

Kami, warga SKSB, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada semua masyarakat KDMR.

Semoga sambutan Kaamatan pada tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan semangat perpaduan kepada kita semua. Marilah kita bersama-sama menghargai dan memelihara warisan budaya yang menjadi kebanggaan masyarakat berbilang kaum di negeri Sabah.

Semoga nilai kesyukuran, hormat-menghormati dan kerjasama yang dipupuk melalui sambutan ini terus memperkukuh hubungan dalam kalangan warga sekolah.

𝙆𝙖𝙖𝙒𝙖𝙩𝙖𝙣: π™ˆπ™šπ™£π™ͺπ™–π™ž π™‹π™šπ™§π™₯𝙖𝙙π™ͺ𝙖𝙣, π™ˆπ™šπ™§π™–π™žπ™ π™–π™£ π™†π™šπ™π™–π™§π™’π™€π™£π™žπ™–π™£

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 🌾

26/05/2026

πŸŒ™ 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑡𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑨𝑫𝑯𝑨

Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

Aidiladha hadir membawa pengertian tentang pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. Semoga setiap titisan pengorbanan kita menjadi asbab rahmat, keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT 🀍

Photos from SK Sungai Bedaun, WP.Labuan's post 26/05/2026

πŸ‘©β€πŸ« SAMBUTAN HARI GURU SKSB 2026 πŸ‘©β€πŸ«

Hari ini bukan sekadar tentang sambutan, hadiah atau acara semata-mata…tetapi tentang menghargai insan yang tidak pernah jemu mendidik dengan penuh sabar dan kasih sayang.

Gelak tawa, sorakan, persembahan dan momen kebersamaan hari ini benar-benar menjadikan Sambutan Hari Guru tahun ini penuh meriah dan bermakna. Dari pagi hingga ke penghujung majlis, setiap sudut dipenuhi senyuman dan kenangan indah yang pasti akan disimpan dalam hati.

Terima kasih buat semua guru SKSB yang sentiasa memberi cahaya ilmu, mendidik tanpa mengenal penat lelah dan menjadi insan hebat di sebalik kejayaan anak-anak murid. Sesungguhnya, jasa guru tidak ternilai harganya. Terima kasih juga tidak dilupakan kepada anak-anak SKSB, yang tidak pernah jemu dengan didikan kami. Harapan kami, semoga anak-anak SKSB cemerlang dengan jayanya.

β€œGuru bukan sahaja mengajar tentang pelajaran, tetapi juga mengajar tentang kehidupan.”

Selamat Hari Guru buat semua pendidik. Teruslah menjadi inspirasi dan lilin yang menerangi masa depan generasi muda.


Photos from SK Sungai Bedaun, WP.Labuan's post 26/05/2026

SKSB MELAKAR KEJAYAAN DI PERTANDINGAN WIRA KRS & TKRS GENERASI MADANI PERINGKAT WPL 2026

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil tunas kadet remaja SKSB yang telah meraih kejayaan yang membanggakan πŸ‘

πŸ† Pertandingan Bantu Mula
TKRS putera - Naib Johan
TKRS puteri - Naib Johan

πŸ† Pertandingan Tali - Temali
TKRS putera - Tempat Ke-5
TKRS puteri - Tempat Ke-3

πŸ†Pertandingan Pengucapan Awam
TKRS putera - Johan
TKRS puteri - Johan

πŸ†Pertandingan Hafazan Surah & Doa
TKRS putera - Tempat Ke-3
TKRS puteri - Penyertaan

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas usaha para peserta, bimbingan tanpa jemu dari para jurulatih, serta sokongan dari semua pihak. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat para peserta untuk terus mencapai kejayaan pada masa akan datang πŸ’ͺ

Photos from SK Sungai Bedaun, WP.Labuan's post 22/05/2026

PROGRAM PENTARAMA HOMECOMING @ SK SUNGAI BEDAUN

Tarikh: 19 Mei 2026
Tempat: Dewan Permata SKSB
Anjuran: Jabatan Penerangan Malaysia

Pengisian Program:
- Persembahan nyanyian
- Perkongsian keselamatan siber oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
- Perkongsian berkaitan isu buli
- Perkongsian tips menjadi pelajar cemerlang
- Penerangan mengenai Tahun Melawat Malaysia
- Sesi kuiz interaktif bersama murid

Semoga program ini dapat memberi impak positif kepada perkembangan pembelajaran anak-anak. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian pihak Jabatan Penerangan WP Labuan, Jabatan Penerangan Sabah, RTM WP Labuan, serta kerjasama semua pihak dalam menjayakan program yang penuh manfaat dan menarik ini.

22/05/2026

πŸ“’ MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN 2026 πŸ“’

🏫 CUTI PERSEKOLAHAN BERMULA 23 Mei 2026 (Sabtu) hingga 7 Jun 2026 (Ahad)

🏫 SEKOLAH DIBUKA SEMULA 8 Jun 2026 (Isnin)

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bercuti kepada seluruh warga SK Sungai BedaunπŸ₯³

Photos from SK Sungai Bedaun, WP.Labuan's post 20/05/2026

πŸ†LENSA MEKAR DEBAT SKSB GEGAR PENTAS BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN 2026!πŸ†

Pasukan Mekar Debat SKSB sekali lagi membuktikan kehebatan apabila tampil penuh bergaya dan berkarisma dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2026. Dengan lontaran idea yang bernas, hujah yang tajam serta penyampaian yang penuh keyakinan, pasukan ini berjaya mencuri perhatian dan memberikan saingan sengit kepada pasukan-pasukan sekolah lain.

Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada barisan guru pembimbing yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, membimbing strategi serta meniup semangat kepada para pembahas. Tidak dilupakan juga sokongan padu daripada ibu bapa dan seluruh warga sekolah yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan pasukan ini.

Sesungguhnya, setiap usaha, doa dan pengorbanan yang diberikan amat bermakna dalam melakar memori indah serta kecemerlangan Pasukan Mekar Debat SKSB di pentas bahas tahun ini.


Want your school to be the top-listed School/college in Labuan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Jalan Bebuloh/Kiamsam
Labuan
87000