Sektor Keselamatan, UMS Kampus Antarabangsa Labuan

Sektor Keselamatan, UMS Kampus Antarabangsa Labuan Halaman Rasmi Sektor Keselamatan
Universiti Malaysia Sabah
Kampus Antarabangsa Labuan

Bahagian Keselamatan UMS Kampus Antarabangsa Labuan

πŸ†βš½ JUARA MILIK KITA βš½πŸ†INILAH SANG JUARA πŸ’™πŸ’›Sorakan bergema, semangat tidak pernah luntur, dan perjuangan akhirnya membuah...
05/08/2026

πŸ†βš½ JUARA MILIK KITA βš½πŸ†

INILAH SANG JUARA πŸ’™πŸ’›

Sorakan bergema, semangat tidak pernah luntur, dan perjuangan akhirnya membuahkan hasil. Pasukan Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya dinobatkan sebagai JUARA Karnival Bola Sepak Jemputan Piala Penguatkuasa Wilayah Persekutuan Labuan 2026 πŸ†πŸ₯‡

Kejayaan ini bukan sekadar sebuah piala, tetapi lambang kesatuan, disiplin, semangat juang dan pengorbanan seluruh pemain, barisan kejurulatihan serta warga Bahagian Keselamatan UMS yang tidak pernah berhenti percaya.

πŸ”₯ Bermain sebagai satu pasukan.
πŸ”₯ Berjuang hingga wisel penamat.
πŸ”₯ Pulang membawa kejuaraan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penyokong, urus setia dan seluruh warga UMS yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang kejohanan berlangsung. Kemenangan ini adalah milik kita semua!

TAHNIAH SANG JUARA!
ANDA KEBANGGAAN BAHAGIAN KESELAMATAN UMS πŸ†πŸ’™πŸ’›

β€œTogether We Serve”









SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH Ketua dan Warga Kerja Sektor Keselamatan Universiti Malaysia Sabah K...
03/08/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH

Ketua dan Warga Kerja Sektor Keselamatan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Penganjur, barisan Pengadil Perlawanan, serta Klinik Rawatan Warga UMSKAL atas komitmen, dedikasi dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan Karnival Bola Sepak Jemputan Piala Penguatkuasa Wilayah Persekutuan Labuan 2026 yang berlangsung pada 31 Julai 2026 hingga 1 Ogos 2026 di Padang Bola Sepak Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan yang tidak ternilai, ASP/PB Massalinri Bin Mohd Tahir, Menjalankan Fungsi Pengarah merangkap Ketua Pentadbiran, Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar, bersama ASP/PB Rakam Singh A/L Karam Singh, Ketua Sektor Keselamatan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan selaku Ketua Penganjur Karnival, telah menyampaikan cenderamata kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Penganjur, barisan Pengadil Perlawanan serta Klinik Rawatan Warga UMSKAL sebagai tanda pengiktirafan atas jasa dan sumbangan mereka dalam memastikan kejayaan penganjuran karnival ini.

Kejayaan penganjuran ini merupakan hasil daripada semangat kerja berpasukan, profesionalisme dan komitmen tinggi daripada semua pihak. Segala usaha, pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan telah memastikan setiap aspek program berjalan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya kerjasama, semangat kesukanan dan kecemerlangan dalam menjayakan program-program pada masa hadapan.

Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat! πŸ’™πŸ’›










SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH Ketua dan Warga Kerja Sektor Keselamatan Universiti Malaysia Sabah K...
03/08/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH

Ketua dan Warga Kerja Sektor Keselamatan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 12 pasukan yang telah menyertai Karnival Bola Sepak Jemputan Piala Penguatkuasa Wilayah Persekutuan Labuan 2026 yang berlangsung pada 31 Julai 2026 hingga 1 Ogos 2026 di Padang Bola Sepak UMSKAL.

Penyertaan, semangat kesukanan, disiplin serta komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pasukan telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran karnival ini. Semoga jalinan kerjasama dan ukhuwah yang terjalin melalui platform sukan ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua pasukan yang telah memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan. Kalah atau menang bukanlah ukuran utama, sebaliknya semangat perpaduan, profesionalisme dan persahabatan yang terjalin menjadi kemenangan sebenar.

Jumpa lagi pada edisi akan datang

"Together We Serve"







πŸ† π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’ πŸ†1 Ogos 2026 – Sektor Keselamatan UMSKAL merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah ...
02/08/2026

πŸ† π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’ πŸ†

1 Ogos 2026 – Sektor Keselamatan UMSKAL merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Pasukan Polis Bantuan Universiti Malaysia Sabah (UMS) atas kejayaan muncul sebagai Juara Karnival Bola Sepak Jemputan Piala Penguat Kuasa 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Tahniah juga diucapkan kepada Pasukan Polis Bantuan Malaysia Airports Labuan atas kejayaan meraih gelaran Naib Johan. Sementara itu, tempat ketiga bersama disandang oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan.

Kejohanan yang julung kali dianjurkan ini telah berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2026 dengan menghimpunkan 12 pasukan daripada pelbagai jabatan dan agensi penguat kuasa di Wilayah Persekutuan Labuan. Kejayaan penganjuran karnival ini mencerminkan komitmen, disiplin, semangat kesukanan dan kerjasama erat yang dipamerkan oleh semua pasukan serta barisan pengurusan sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara agensi penguat kuasa pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua pasukan yang telah menyertai kejohanan ini, khususnya Pasukan Polis Bantuan UMS atas kejayaan yang amat membanggakan.

Tulus Ikhlas Daripada
Ketua dan Warga Kerja
Sektor Keselamatan UMSKAL

β€œTogether We Serve”



Tahniah Team BK UMS ..
01/08/2026

Tahniah Team BK UMS ..

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’

01 Ogos 2026 - Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar, UMS merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Pasukan Polis Bantuan UMS atas kejayaan muncul Juara Karnival Bola Sepak Jemputan Piala PenguatKuasa 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos 2026 dan telah telah menghimpunkan 12 pasukan daripada pelbagai jabatan/agensi penguatkuasa. Kejayaan penganjuran karnival ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin, semangat berpasukan dan kesungguhan yang dipamerkan oleh seluruh pemain serta barisan pengurusan pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi pemangkin untuk terus mengharumkan nama pasukan dan organisasi pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah sekali lagi kepada Pasukan Polis Bantuan UMS atas kejayaan membanggakan ini.

Tulus Ikhlas Daripada
Seluruh Warga Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Sabah

"Together We Serve"



MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL BOLA SEPAK JEMPUTAN PIALA PENGUATKUASA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN BERLANGSUNG MERIAH...
01/08/2026

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL BOLA SEPAK JEMPUTAN PIALA PENGUATKUASA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN BERLANGSUNG MERIAH

WP LABUAN, 31 Julai 2026 (Jumaat) – Karnival Bola Sepak Jemputan Piala Penguatkuasa Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang julung kali dianjurkan telah melabuhkan tirai perasmian dengan penuh meriah menerusi majlis yang disempurnakan oleh Prof. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin, Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ASP/PB Rakam Singh a/l Karam Singh, Ketua Sektor Keselamatan UMSKAL selaku penganjur program, bersama Rozeyatie Ibrahim, Ketua Sektor Sukan dan Rekreasi UMSKAL, yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan penganjuran karnival berprestij ini.

Kejohanan yang berlangsung ini menyaksikan penyertaan sebanyak 12 pasukan yang mewakili jabatan, agensi badan beruniform serta pasukan penguatkuasaan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Penganjuran sulung Karnival Bola Sepak Jemputan Piala Penguatkuasa ini merupakan salah satu inisiatif bagi memperkukuhkan hubungan strategik dan jaringan kerjasama antara Sektor Keselamatan UMSKAL bersama agensi-agensi beruniform serta penguatkuasa undang-undang awam di Wilayah Persekutuan Labuan melalui medium sukan.

Bagi menghargai penyertaan dan prestasi para peserta, kejohanan ini menawarkan hadiah menarik kepada pasukan yang berjaya. Pasukan yang dinobatkan sebagai Johan bakal membawa p**ang wang tunai sebanyak RM3,000 berserta Piala Pusingan Piala Penguatkuasa, manakala Naib Johan menerima wang tunai sebanyak RM2,000. Pasukan yang menduduki tempat ketiga bersama p**a masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak RM1,000.

Diharapkan penganjuran Karnival Bola Sepak Jemputan Piala Penguatkuasa ini dapat dijadikan sebagai **acara tahunan yang berterusan dalam mempererat hubungan strategik, meningkatkan semangat kerjasama serta memperkukuhkan persefahaman antara jabatan dan agensi penguatkuasaan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, program ini turut menjadi platform dalam membudayakan gaya hidup sihat, semangat kesukanan serta nilai perpaduan dalam kalangan warga penguatkuasaan dan komuniti setempat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian. Semoga semangat kesukanan dan kerjasama yang terjalin terus diperkasakan pada masa akan datang.

''Together We Serve"











20/07/2026

14/07/2026

π‹πˆππ“π€π’π€π 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 πŠπ€πŠπˆ (𝐙𝐄𝐁𝐑𝐀 π‚π‘πŽπ’π’πˆππ†)

Satu langkah kecil, impak besar.
Zebra crossing putih dan kuning mempunyai fungsi yang berbeza.
Fahami peraturannya, hormati hak pengguna jalan raya dan jadikan kampus kita lebih selamat untuk semua.



Address

UMS KAMPUS ANTARABANGSA
Labuan
87000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6087503127

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sektor Keselamatan, UMS Kampus Antarabangsa Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sektor Keselamatan, UMS Kampus Antarabangsa Labuan:

Share