Maahad Tahfiz AlQuran AlMuhammadi

Maahad Tahfiz AlQuran AlMuhammadi Maahad Tahfiz AlQuran AlMuhammadi (MTQM) adalah sebuah Maahad Tahfiz yang diusahakan secara sukarela dan professional oleh Dato’ Dr. Mahfodz Bin Mohamed.

HAFAZAN (30 Juzuk Al-Quran)
Tahap Awal, pelajar dibimbing untuk tertil bacaan Al-Quran dan seterusnya menghafal sehingga khatam 30 Juzu’. Jangkamasa tahap ini disasarkan sekitar antara tiga (3) hingga empat (4) tahun. Catatan: telah ada pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan khatam dalam jangkamasa dua (2) tahun dan kurang dari tiga (3) tahun sahaja. Pelajar meneruskan program Syahadah Hafazan Al

-Quran, dimana mereka perlu menamatkan sekurang-kurangnya 5 kali ulangan khatam untuk layak menduduki Ujian Syahadah Hafazan Al-Quran berdasarkan perakuan oleh Lajnah Pendidikan Hafazan Maahad ini. Jangkamasa tahap ini disasarkan sekitar antara enam (6) bulan hingga dua (2) tahun. KURIKULUM (SMU – YIK)
Selain daripada pengajian Al-Quran dan hafalannya, MTQM tidak mengabaikan kepentingan mata pelajaran akademik. Oleh itu, MTQM telah turut serta dalam Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) mengikut sistem kurikulum Yayasan Islam Kelantan (YIK). SMU merangkumi Al-Quran, Bahasa Arab (Nahu & Sorof, Balaghah, Mutola’ah & Insya’, Sirah), dan Diniah Thanawi (Fiqah & Tauhid, Tafsir & Hadith, Akhlak & Sirah, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris). SPM
MTQM telah menyertai peperiksaan SPM sejak tahun 2013 sebagai calon menumpang. Prestasi terbaik dengan Pengajian Fast Track telah menzahirkan sekurang²nya 3A sehingga 7A setiap tahun. Alhamdulillah semua alumni MTQM kini memenuhu segenap IPTA/S seluruh negara, mahupun luar negata. InsyaAllah tahun 2024 kami bakal merealisasikan MTQM Sains. Alhamdulillah progress sekarang 'on-track'.

الحمد للہ، بارک اللہ فیک ۔۔ _"Alhamdulillah.. 2 pelajar banat tingkatan 4 telah khatam 30 juz sebentar tadi 17 Julai 202...
23/07/2026

الحمد للہ، بارک اللہ فیک ۔۔
_"Alhamdulillah.. 2 pelajar banat tingkatan 4 telah khatam 30 juz sebentar tadi 17 Julai 2026"_
Begitulah teks WhatsApp yang kami terima dari guru hafazannya pada Maghrib sebelum Hari Ihtifal Kecemerlangan MTQM tempoh hari..

Alhamdulillah.. MTQM terus melahirkan pelajar berjaya Khatam Hafazan Al-Quran, lebih seronok adik ini khatam malam sebelum Hari Ihtifal Kecemerlangan MTQM!

MasyaAllah!
TabarakaAllah!

1) Mariatul Qibtiah bt Md Yusainy;
KHATAM HAFAZAN ✅
2) Qaisha Rania bt Abdul Majeed
KHATAM HAFAZAN ✅
Road to SMU 2026
SPM 2027

Keluarga hafizah² ini mempunyai tekad yang tinggi untuk menjadikan anak²nya ahli Qur'an. Beliau begitu tekad dengan hafazan Al-Quran dan beriltizam untuk menamatkan khatam hafazan sebelum kesibukan peperiksaan SMU 2026.

Berminat nak bantu kami lahirkan lebih ramai huffaz?
Kami mengalu-alukan sumbangan Tuan Puan, Dato' Datin, para dermawaan ke akaun:

*Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi*
*01023010037782*
*(Bank Islam)*

Semoga anak² huffaz MTQM terus Istiqamah dengan ilmu dan bertanggungjawab dengan hafazan mereka...


21/07/2026

Video 'recap' aktiviti kecemerlangan pelajar 2025 ditayangkan dalam Ihtifal Kecemerlangan MTQM yang berlangsung pada 18 Julai 2026 tempoh hari.

17 Julai 2026 (Jumaat); alFadhil Tuan Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi (MTQM) Ust Ahmad Nawfal bin Mahfodz tela...
21/07/2026

17 Julai 2026 (Jumaat); alFadhil Tuan Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi (MTQM) Ust Ahmad Nawfal bin Mahfodz telah dijemput menghadiri Mesyuarat Kurikulum Tahfiz Johor bagi membincangkan penyelarasan perlaksanaan Kurikulum terbaik untuk Institusi Tahfiz di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg alFadhil Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Akademik, JAINJ, Tuan Haji Ahmad Dhiauddin bin Salimin, turut hadir pegawai² JAINJ, wakil PINTA Johor, dan Mudir² jemputan.

Alhamdulillah mesyuarat berjalan dengan harmoni, ahli mesyuarat saling memberi pandangan tuntas demi kelangsungan semua madrasah. Kita sepakat Kurikulum Tahfiz ini perlu dijayakan agar anak² tahfiz semua tidak ketinggalan dari arus perdana sistem pendidikan di Malaysia.

Tuan Mudir turut melontarkan cadangan agar penyelarasan peringkat atasan yang lebih luas autoriti perlu berperanan demi memastikan khidmat guru dan keperluannya dapat dipenuhi, serta diselaraskan antara permintaan dan keperluan peringkat Institusi Tahfiz di Johor.

Semoga yang dibincangkan menjadi manfaat buat semua madrasah Tahfiz dalam melahirkan generasi Al-Quran berkualiti di masa akan datang.

Siiru 'Ala Barakatillah

18/07/2026
🏆 TAHNIAH WARGA MTQM! 🏆Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan cemerlang yang telah diraih oleh pasukan ...
16/07/2026

🏆 TAHNIAH WARGA MTQM! 🏆

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan cemerlang yang telah diraih oleh pasukan robotik MTQM dalam Pertandingan Robotik JAZRO CUP 2026 Peringkat Zon yang telah berlangsung pada 14 Julai 2026 di Stadium Hang J***t, Melaka, anjuran JAZRO CUP ACADEMY dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

MTQM telah menghantar 4 kump**an yang terdiri daripada: 🤖 2 kump**an kategori Blazebot 🤖 2 kump**an kategori Bytedroid

Pasukan MTQM berjaya mengharumkan nama sekolah apabila merangkul:

🥇 Johan Kategori Blazebot
🥈 Naib Johan Kategori Blazebot

🥇 Johan Kategori Bytedroid
🥈 Naib Johan Kategori Bytedroid

Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti, semangat kerja berpasukan serta kecemerlangan murid-murid MTQM dalam bidang STEM dan robotik. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para peserta, guru pembimbing, pihak sekolah, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan.

✨ Destinasi seterusnya: Peringkat Kebangsaan! ✨

Insya-Allah, pasukan MTQM akan mewakili zon ke Pertandingan Robotik JAZRO CUP 2026 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 20 Ogos 2026 di Universiti Islam Selangor (UIS).

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar pasukan MTQM terus diberikan kejayaan, dipermudahkan urusan dan mampu mengharumkan nama sekolah dan negeri di peringkat yang lebih tinggi.







🚀🤖🏆

Musabaqah Hafazan MTQM 2026Alhamdulillah.. telah berlangsung Musabaqah Hafazan peringkat Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muham...
14/07/2026

Musabaqah Hafazan MTQM 2026

Alhamdulillah.. telah berlangsung Musabaqah Hafazan peringkat Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi pada 9 Julai 2026 tempoh hari.

Musabaqah kali ini mempertandingkan 3 kategori iaitu 1-5 Juzuk, 1-10 Juzuk, dan 1-15 Juzuk. Setiap kategori disertai oleh 5 orang pelajar Banin dan Banat dari semua kelas.

Pertandingan ini adalah bertujuan menggilap bakat dan keyakinan pelajar terutama dalam usaha menjaga kualiti ulangan hafazan mereka. Alhamdulillah semua peserta menunjukkan kesungguhan memberikan jawapan terbaik.

Semoga usaha baik dari Jabatan Tahfiz MTQM ini dapat memberikan motivasi dan pendedahan kepada semua pelajar agar terus gigih menghafaz dan memelihara hafazan mereka.

InsyaAllah keputusan pertandingan ini akan diumumkan dalam Ihtifal Kecemerlangan MTQM yang dijadualkan pada 18 Julai 2026, Sabtu ini.

Tahniah kepada semua peserta dan asatizah yang menjayakan!

Bantu kami meramaikan lagi huffaz berkualiti. Salurkan sumbangan anda ke:

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi
01023010037782
(Bank Islam)

Hubungi kami untuk daftarkan anak² anda: 0128278061

Semoga kita semua istiqamah membaca Al-Quran
03/07/2026

Semoga kita semua istiqamah membaca Al-Quran

Jom!Kursus AI dan Keusahawanan p**a..Alhamdulillah.. sekali lagi mendapat kerjasama dari Kolej Komuniti Pagoh untuk meny...
01/07/2026

Jom!
Kursus AI dan Keusahawanan p**a..

Alhamdulillah.. sekali lagi mendapat kerjasama dari Kolej Komuniti Pagoh untuk menyertai kursus anjuran mereka. Kali ini anak² huffaz MTQM berpeluang mendapat pendedahan ilmu berkaitan AI dan Keusahawanan.

MasyaAllah.. dunia semakin laju.. mudahnya teknologi AI membuka potensi keusahawanan buat generasi akan datang.

Sebab itu AlFadhil Mudir MTQM; Ust Ahmad Nawfal selalu ingatkan sentiasa seimbangkan ilmu akhirat, dunia, dan kemahiran.

Terima kasih Kolej Komuniti Pagoh..

Alhamdulillah.. selesai..Maka berakhirlah kursus solar bersama Kolej Komuniti Pagoh dengan Kerjasama Pensyarah dari Cawa...
01/07/2026

Alhamdulillah.. selesai..

Maka berakhirlah kursus solar bersama Kolej Komuniti Pagoh dengan Kerjasama Pensyarah dari Cawangan Segamat dan Batu Pahat..

_"kami kagum, tak sangka.. bakat pelajar² ni cepat dan mudah tangkap (faham)"_ - perkongsian dari salah seorang Pensyarah..

Terima kasih banyak kepada pihak penganjur; Kolej Komuniti Pagoh atas tajaan, dan memilih MTQM sebagai sasaran penerima manfaat.

Majlis penutup turut menyaksikan Mudir; Ust Ahmad Nawfal telah melantik Kolej Komuniti Pagoh sebagai pusat perkongsian Pendidikan Kemahiran untuk warga MTQM..

Semoga sama² saling memberi dan menerima manfaat dari ilmu yang dikongsi..

Address

No. 19, Jalan Besar Kg. Parit Medan
Kundang Ulu
84710

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz AlQuran AlMuhammadi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz AlQuran AlMuhammadi:

Shortcuts

Share

Category