20/09/2021
Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada Pelajar Baharu Sesi 2021/2022.
Sempena menyambut kehadiran pelajar baharu dan Minggu Haluan Siswa, UPPsi mengajak para pelajar untuk sama-sama mengikuti Bicara Psikologi Remaja oleh Dr. Mazita binti Ahmad yang bertajuk âManisnya Fantasi, Indah Lagi realitiâ menerusi channel Youtube Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah pada jam 8 malam ini.
Peringkat usia remaja merupakan tempoh yang paling mencabar dalam perkembangan psikologi manusia. Pakar Psikologi menggelarkan zaman remaja sebagai zaman âstorm and stressâ. Mengapa keadaan ini berlaku? Hal ini kerana tempoh remaja merupakan tempoh peralihan daripada kanak-kanak ke dewasa yang mengalami krisis identiti dan merupakan peringkat yang paling unik dan mencabar. Banyak perubahan berlaku dalam sistem biologi, fizikal, emosi, psikologi, naluri, identiti dan seksualiti.
Untuk mengimbangi keadaan itu, remaja mengalami tekanan, menunjukkan sikap yang agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal, kemurungan dan terlibat dengan masalah sosial seperti merokok, terlibat dengan bahan terlarang, aktiviti sosial yang merosakkan diri dan sebagainya bagi melepaskan rasa tertekan.
Isu pelajar yang turut dialami pada masa kini termasuklah terjebak dalam cinta dan perhubungan, ketagihan âgameâ, pengurusan masa, gaya hidup, masalah akademik dan lain-lain lagi.
Jadi, apa yang patut remaja fikirkan dan lakukan untuk persediaan diri dalam menguruskan emosi serta dalam masa yang sama terus cemerlang dalam akademik.
Jom! Ikuti perkongsian menarik pada malam ini.