Manfaat & Ilmiah

Manfaat & Ilmiah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Manfaat & Ilmiah, Kulim.

14/10/2025

6273 s**a, 445 komen. "1. Selepas Perang Dunia Kedua, dunia Islam dikejutkan dengan penubuhan negara Israel pada 1948. Negara Arab bersatu menyerang — tetapi kalah. Namun di sebalik itu, ada kisah yang jarang dibuka. 2. Turki — negara Islam pertama yang mengiktiraf zionis secara rasmi pada tahun...

12/10/2025

81.9K s**a, 3058 komen. " ”

12/10/2025

Shopping On TikTok Shop

12/10/2025

20.3K s**a, 805 komen. "Kemerdekaan sebenar ada di Gaza, kita semua yang terpenjara. - Syed Azwan, Aktivis Kemanusiaan. ”

12/10/2025

47.4K s**a, 298 komen. "Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid | Kejarlah AKHIRAT, DUNIA pasti tunduk dan mengejarmu |”

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu p**ak tak nak bayar. Dia kata...
19/08/2025

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu p**ak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi saya nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.
MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.
Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.
Okay jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan.
Hantar dokumen di atas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

Peringatan - kalau dah pandai jangan lupa ajar orang lain..

Perkongsian kita bersama

Sumber : aiman bikers garage

07/02/2025
07/02/2025

*KOMUNITI WAKAF MAINPP*

Kita berkumpul di sini untuk jalinan ukhwah. Wakaf & masyarakat tidak akan pernah berpisah.

Sedari mula kehidupan sehingga akhirnya jasad kita akan dikebumikan di tanah-tanah perkuburan yakni tanah wakaf.

Ayuh bersama dalam komuniti ini. Kita semarakkan budaya berwakaf. 💪🤲

Sirru 'ala barakatillah.

Jom sertai *Komuniti Wakaf MAINPP* 👇🏻

14/01/2025

as-Salihin Trustee Berhad (670367-D) adalah sebuah Syarikat Amanah di Malaysia.

14/01/2025

Analisis Berita: Ahad, 12/1/25, 8:00 pagi
Ayat-ayat Kebesaran di Sebalik Kebakaran Amerika, dan Pertolongan bagi Kemenangan Gaza serta Umat Islam

Mungkin anda akan membaca di sini apa yang belum pernah anda dengar dari sesiapa pun. Semua pakar yang cuba menganalisis punca kebakaran di Los Angeles berada dalam kebingungan dan kehairanan. Peristiwa-peristiwa berikut terjadi secara berturut-turut dan s**ar dibayangkan dapat dirancang oleh manusia:

1. Hujan lebat sebelum kebakaran
Sebulan sebelum kebakaran, berlaku hujan lebat yang menyebabkan pertumbuhan rumput dan tumbuh-tumbuhan dengan sangat subur dalam suasana yang ideal.

2. Kemarau tiba-tiba
Selepas itu, hujan terhenti, dan berlaku kemarau meskipun sedang musim hujan dan musim sejuk. Akibatnya, rumput-rumput menjadi kering, dan daun-daun kering terkumpul dalam jumlah yang besar.

3. Angin kencang luar biasa
Datang p**a angin dengan kelajuan mencapai 200 km/j, dan kelajuan paling rendah sekitar 80 km/j.

4. Percikan kecil jadi punca api
Angin kencang ini mencukupi untuk menyalakan api hanya melalui percikan kecil akibat gesekan daun dengan kabel elektrik. Angin ini p**a menyebarkan api dengan cepat ke kawasan lain.

5. Kenderaan bomba lumpuh
Angin kencang tersebut menghalang pergerakan kenderaan pemadam kebakaran.

6. Anehnya, tanpa hujan
Walaupun di musim sejuk, angin ini tidak membawa hujan, dan ini menambah keanehan keadaan.

7. Kesan pemotongan bajet bomba
Lebih parah, bajet pemadam kebakaran di negeri itu telah dipotong untuk membiayai perang di Gaza dan Ukraine.

8. Sasaran kaya pro-Trump
Lebih mengejutkan, angin dan api seakan-akan 'menyerang' kawasan orang kaya kulit putih yang menyokong Donald Trump. Trump pernah berjanji akan menghancurkan Gaza jika tahanan Zionis tidak dibebaskan.

9. Kemusnahan di pusat media pro-Zionis
Sasaran kebakaran ini adalah golongan kaya yang menjadi nadi industri Hollywood, alat utama propaganda yang menyokong Zionisme dan menyeru lebih banyak pembunuhan terhadap rakyat Gaza.

10. Kerugian besar dan impak ekonomi
Kebakaran ini telah menyebabkan kerugian melebihi trilion dolar dalam bentuk tuntutan pampasan kepada syarikat insurans. Akibatnya, sektor insurans hampir muflis, yang boleh membawa kepada keruntuhan bank, dan seterusnya ekonomi negara.

11. Pilihan s**ar
Pilihan lain adalah mencetak lebih banyak wang dolar, tetapi ini akan membawa kepada masalah ekonomi yang sama.

12. Hilangnya kekayaan individu
Nilai aset seperti wang tunai dan barang kemas yang tidak ternilai telah terbakar bersama kediaman golongan kaya, menyebabkan mereka kehilangan daya beli.

13. Keadaan masih tidak terkawal
Kebakaran masih merebak, dan Amerika tidak mampu mengendalikannya, walaupun ia hanyalah kebakaran yang jauh lebih kecil berbanding impak letupan nuklear.

14. Ramalan cuaca gagal
Hingga kini, ahli meteorologi tidak dapat meramal bila angin akan berhenti, arah pergerakannya, atau sebab hujan terus terhenti meskipun musimnya.

Allah Maha Berkuasa atas segala urusan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaranmu, serta tetaplah bersiap-siaga, dan bertakwalah kepada Allah agar kamu berjaya.”
(Surah Ali-Imran: 200)

Jika artikel ini memberi manfaat, sila sebarkan.

Address

Kulim

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Manfaat & Ilmiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share