SK LKTP PASIR RAJA

SK LKTP PASIR RAJA

Share

SK LKTP PASIR RAJA, KULAI, JOHOR DARUL TAKZIM

25/04/2026

JEMPUT DATANG SEMUA ESOK BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN LAGI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN sesi 2026. Cabutan hadiah bertuah disediakan. Gerai-gerai jualan murah-murah menanti anda

Jumpa ada di

sanaaaaa
sanaaa
sanaa
sana

21/04/2026

Jangan lupa datang ya semua murid esok untuk memberi sokongan padu kepada atlet rumah sukan masing-masing. Lets GO!!

21/04/2026

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada guru besar Cikgu Nik Ramli bin Nik Shim atas perpindahan ke sekolah baharu SK Sinar Bahagia

Sekalung penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, sumbangan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan di SK Lktp Pasir Raja

Semoga terus cemerlang dan sukses dalam meneruskan amanah serta tanggungjawab di tempat baharu.

Jasamu tidak akan kami lupakan. Terima kasih Boss Nik

Photos from SK LKTP PASIR RAJA's post 07/04/2026

Lensa MAPIBG 2026
Ahad - 5 April 2026

03/04/2026

TAHNIAH

02/04/2026

Jemputan kepada semua Ibu Bapa dan penjaga murid SK LKTP Pasir Raja ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 52

📍 Hari : Ahad
📆Tarikh : 5 April 2026
⏰Masa : 8.00 pagi.

Pelbagai hadiah menarik yang disediakan sebagai cabutan bertuah 🥳🎉🪄

Antara Hadiah Utama
1. Peti Sejuk Midea
2. Vacuum Cleaner
3. Samsung Microwave Oven
4. Tefal Cooker
5. Kipas Berdiri
6. Ketuhar Elektrik
7. Vacuum Stick
8. Seterika Wap
9. Midea Pengisar Makanan
10. Pemanas Air

Dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti di Mesyuarat Agung PIBG

17/03/2026

Kami warga SePaRa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua. Semoga bergembira di hari raya yang bakal menjelma.

🎉🎉🎉🎉

---------------------------------------

Disclaimer & Credit:
Lagu “Mama Papa Raya” adalah hak milik asal pencipta dan pemiliknya. Video ini dihasilkan untuk tujuan hiburan dan parodi sahaja.

Credit to XO House & Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman.

Tonton video asal di sini:
https://youtu.be/DP1hvmNYXl0?si=ToZUNB4r3GC6nHoW

Nota:
Segala rakaman video dibuat semasa waktu rehat dan di luar waktu bekerja guru. 🎬

Hashtag:

Photos from SK LKTP PASIR RAJA's post 17/03/2026

Majlis Khatam Al-Quran & Penutup Ihya Ramadhan SePaRa 2026

31/01/2026

📢 MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN

Dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga bahawa sekolah bercuti sempena Hari Thaipusam seperti ketetapan berikut:

🗓 Ahad, 1 Februari 2026
Cuti Umum Sempena Hari Thaipusam

🗓 Isnin, 2 Februari 2026
Cuti Ganti Sempena Hari Thaipusam

🏫 Selasa, 3 Februari 2026
Sekolah beroperasi seperti biasa

Diharapkan semua murid dapat memanfaatkan masa cuti dengan sebaiknya dan hadir ke sekolah semula mengikut jadual yang ditetapkan.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.
✨ Selamat bercuti dan jumpa lagi di sekolah!

SEDERAP MENYEMARAKKAN KECEMERLANGAN🙌

19/01/2026

Assalamualaikum..makluman *Program Latihan Merentas Desa SK LKTP Pasir Raja Bil. 2*

Tarikh : 20hb Jan / Selasa
Masa : 7.30 am - 10.00 am
Tempat: Track Merentas Desa, Kampung Felda Pasir Raja
Penglibatan: *Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 / PPKI*.

*Nota*
1. Murid berpakaian sukan serta berkasut yang sesuai untuk aktiviti.
2. Murid disarankan untuk bawa air minuman.
3. Ingatkan anak - anak sentiasa berhati - hati semasa berada di jalan raya. Sentiasa akur pada arahan guru & petugas sukarelawan.

SEPARA
untuk semua

19/01/2026

MAKLUMAN DAN JEMPUTAN MENERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ( BAP) 2026

Adalah dengan ini SK LKTP Pasir Raja akan melaksanakan pengagihan BAP 2026 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Januari 2026
Hari : Selasa
Masa : 12 tgh
Tempat : Dewan Aula Bitara, Sk LKTP Pasir Raja

1. Hanya *ibu bapa dan penjaga yg sah sahaja* boleh mengambil wang BAP tersebut.

2. Sila bawa bersama sijil lahir @ kad pengenalan@ my kid murid bersama.

3. ⁠Ibu bapa penjaga sila bawa kad pengenalan bersama

Want your school to be the top-listed School/college in Kulai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Pahlawan
Kulai
81050