KinderHive.Kulai

KinderHive.Kulai

Share

Islamic Education Hive
Owned by Tadika 202403234177 (JM1011461-K)
Call for Enrolment 2024/2025. Clink link below to register now!

14/05/2026

Awak nak teacher jadi apa? Semua boleh tahu! 😎

14/05/2026

Kad kecil, kasih sayang besar! 💌💕
Sempena Hari Ibu yang bakal tiba, anak-anak kami begitu teruja menyiapkan kad istimewa khas untuk insan tersayang 🥰🎨✂️

Setiap warna, lukisan dan hiasan yang dibuat membawa seribu makna serta tanda kasih buat ibu tercinta 💐❤️

Tak sabar untuk lihat senyuman ibu apabila menerima hasil tangan comel si kecil nanti 🌸👩‍👧‍👦

Selamat Hari Ibu awal-awal daripada anak-anak hebat kami! 🌷✨

💖

14/05/2026

Si kecil, cita-cita besar! 👩‍⚕️👨‍🍳👩‍🏫👨‍🚒
Sempena Sambutan Hari Pekerja, anak-anak berpeluang mengenali pelbagai jenis pekerjaan sambil bergaya mengikut cita-cita masing-masing 🥰✨

Daripada doktor, guru, chef hingga bomba — semuanya tampil comel dan penuh keyakinan! 🎉💛

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu anak-anak mengenali dunia kerjaya serta menghargai jasa setiap pekerja di sekeliling kita 🌈💼

Selamat Hari Pekerja! Terus semai impian besar sejak kecil 🌟

💕

20/03/2026

✨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026 ✨

Bunga melur harum mewangi,
Disusun indah di pagi hari,
Syawal hadir penuh diberkati,
Salah dan silap mohon dimaafi.

Sempena kedatangan Syawal yang mulia ini, pihak KinderHive®️ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga KinderHive®️ yang dihargai.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan kita semua.

Raikan hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran, keikhlasan dan kemaafan.

Maaf Zahir & Batin


KinderHive®️
Islamic Education Hive

04/03/2026

[INFAQ BAJU RAYA]

🌙 PROGRAM TANDA KASIH RAMADAN 2026

Assalamualaikum w.b.t kepada ibu bapa yang dirahmati Allah.

Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, pihak KinderHive ingin mengajak ibu bapa bersama-sama menyemai sifat kasih sayang dan keprihatinan dalam diri anak-anak melalui Infaq Baju Raya.

Antara sumbangan yang diterima:
• Baju kurung
• Tudung
• Baju Melayu
• Sampin
(Size kanak-kanak, remaja & dewasa)
👕👚_Sumbangan dalam keadaan baik dan masih elok untuk dipakai. Ibubapa boleh masukkan ke dalam plastik._

📌 Tarikh tutup sumbangan: 11/3/2026 Rabu

📹 Cadangan aktiviti di rumah:
Ibu bapa digalakkan untuk membuat video pendek anak-anak menyiapkan pakaian atau barangan untuk disumbangkan, sebagai tanda sokongan dan galakan semangat berkongsi ❤️ Kemudian bolehlah kongsikan di media sosial sebagai inspirasi kepada yang lain 🌟

📌 Jangan lupa tag laman sosial tadika di FB / TikTok / Instagram supaya kami boleh repost dan sama-sama menyebarkan kebaikan ini 🤍✨

InsyaAllah, semua sumbangan akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan di kawasan komuniti terdekat agar mereka juga dapat merasai kegembiraan menyambut Syawal.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain."

Semoga setiap helaian yang diinfaqkan menjadi asbab pahala yang berterusan dan mendidik hati anak-anak kita untuk mencintai amalan sedekah.

Jazakumullahu khairan atas sokongan semua ibubapa🌹

_Pihak Pengurusan KinderHive®️_

03/01/2026

🌼 FREE TRIAL CLASS 2 HARI DI KINDERHIVE! 🐝✨
Ibu ayah, inilah peluang keemasan untuk anak-anak merasai sendiri pengalaman belajar yang seronok, selamat dan penuh kasih sayang di Kinderhive 💛

📅 Khamis & Jumaat
🗓 8 & 9 Januari 2026
⏰ 8.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Kinderhive Indahpura, Kulai

Di Kinderhive, anak-anak akan:
⭐ Belajar melalui aktiviti yang menyeronokkan & berstruktur
⭐ Dibimbing oleh guru penyayang & berpengalaman
⭐ Membina keyakinan diri & kemahiran sosial
⭐ Belajar sambil bermain — senyum sampai rumah! 😊

⚠️ Tempat adalah TERHAD!!!

📲 Hubungi / WhatsApp sekarang: 012-437 0526

08/12/2025

✨ *Parents Teacher Meeting & Open Day* ✨

🌟🌷 Dear parents, we would love to welcome you to our special session where teachers will share each child’s progress, achievements and growth.
This is a wonderful opportunity for you to view their work, discuss learning milestones and strengthen the partnership between home and school. Let’s come together to celebrate our little learners and their beautiful journey of growth! 🌟🌷we are delighted to invite you to this special session on:

📅 Date: [Saturday | 13 December 2025 ]
⏰ Time: [8:00 AM – 12:00 PM]
📍 Venue: [4560A, JALAN IRIS 23, INDAHPURA KULAI]

We are so excited and truly looking forward to welcoming our dear parents on this special Parents Day.
Your presence will surely bring joy, encouragement and confidence to our little learners. See you on that day! 💕🌿

Photos from KinderHive.Kulai's post 28/11/2025

*VIDEO PANDUAN LOKASI IDCC SHAH ALAM*

📢 Assalamualaikum ibu ayah! ❤️

Sempena Pentas Bintang Kecil Ummah & Majlis Graduasi 2025, kami telah sediakan VIDEO PANDUAN LOKASI untuk memudahkan ayah & ibu ke IDCC Ideal Convention Centre, Shah Alam 🎉

📍 Jangan risau sesat, insyaAllah terus sampai ke pintu masuk!

🎬 TONTON VIDEO PANDUAN DI SINI:
https://youtube.com/shorts/9VfK-GHARWU

📆 Tarikh: 29 November 2025
⏰ Masa: 7.30 pagi – 2.30 petang
📍 Lokasi: IDCC Ideal Convention Centre, Shah Alam

✨ Kita raikan persembahan dan kejayaan anak-anak kita bersama!
Mohon ayah & ibu tonton video ini lebih awal supaya perjalanan lebih lancar pada hari event nanti 🙌💛

Jumpa di sana! 🌟

26/11/2025

✨ 3 𝘿𝘼𝙔𝙎 𝙏𝙊 𝙂𝙊! ✨
The countdown begins… and the stage is almost set! 🌟🎤🎓

In just 3 more days, our little stars will shine brighter than ever at the Pentas Bintang Kecil Ummah & Graduation Day 2025.
Get ready for powerful performances, proud moments, and memories that will last a lifetime.

The spotlight is calling…
Are you ready? ✨🔥

Photos from KinderHive.Kulai's post 16/10/2025

Meet n Greet KINDERHIVE 2025

We from KH Indahpura kulai really honnored to be invited to the event and got to meet all the KH licensers. We hope that we can grow bigger and be the best school for all our future leaders.

Kuddos to all KH team at HQ kinderhive.my

Want your school to be the top-listed School/college in Kulai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


4560-A, Jalan Iris 23, Bandar Indahpura
Kulai
81000

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:30
Tuesday 07:30 - 18:30
Wednesday 07:30 - 18:30
Thursday 07:30 - 18:30
Sunday 07:30 - 18:30