07/02/2026
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 SK TAMAN KOTA KULAI 2
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 SK Taman Kota Kulai 2 telah berlangsung dengan lancar pada hari ini (7 Februari 2026) dengan jumlah kehadiran sebanyak 172 orang.
Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar Puan Aisah binti Bakri, YDP PIBG Puan Hjh. Nor Alisalawati binti Hj. Ali, NYDP Puan Amelia See Lick Hwe, barisan pentadbir, guru-guru, dan ahli jawatankuasa PIBG, serta para ibu bapa yang hadir pada hari ini.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Jawatankuasa PIBG sesi 2025 atas dedikasi, komitmen, dan sumbangan tenaga serta idea dalam menjayakan pelbagai program sekolah demi kemenjadian murid.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir pada hari ini. Sokongan padu, sumbangan kewangan, dan kerjasama tuan-puan amatlah berharga sebagai nadi penggerak kecemerlangan akademik dan sahsiah murid.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 atas usaha keras menganjurkan majlis ini dengan lancar.
Tahniah diucapkan kepada JK PIBG yang baru atas pelantikan, semoga kita sama-sama dapat menggalas amanah yang diberikan untuk sesi 2026 sebagai rakan strategik sekolah.
Semoga kerjasama utuh antara pihak sekolah dan ibu bapa ini terus berkekalan demi masa depan anak-anak kita. Sekian, terima kasih.