Sekolah Agama Felda Bukit Batu Rasmi

Sekolah Agama Felda Bukit Batu Rasmi

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Agama Felda Bukit Batu Rasmi, Religious school, Jalan Parit Panjang, Felda Bukit Batu, Kulai.

30/05/2026

𝑴𝒆𝒍𝒐𝒏𝒕𝒂𝒓 𝒋𝒂𝒎𝒓𝒂𝒉 𝒕𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒂𝒍𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒚𝒂𝒊𝒕𝒂𝒏 𝒌𝒆?

NOTA HAJI : MELONTAR JAMRAH TU MEMANG BALING SYAITAN KE?

Setiap kali musim haji, mesti ada yang tertanya-tanya,

“Betul ke dekat jamrah tu ada syaitan?”

“Kalau baling kuat sikit, syaitan terus pengsan ke?” 😅

Nak baling pakai selipar boleh tak? Geram la kat syaitan" 😏

Haaaaa.. Jom kita sembang sikit..

Sebenarnya, melontar jamrah bukanlah bermaksud kita sedang membaling syaitan yang diikat di situ. Bukan macam “target practice” kat lapangan sasar.

Ia hanyalah simbolik mengikuti perjuangan Nabi Ibrahim AS melawan godaan syaitan dan tanda ketaatan kepada Allah SWT.

Asal-usul melontar jamrah datang daripada kisah Nabi Ibrahim AS ketika Baginda menunaikan manasik haji. Syaitan datang mengganggu dan cuba menggoyahkan keimanan Baginda. Lalu Nabi Ibrahim AS melontarnya dengan batu-batu kecil.

Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau meriwayatkan:

لَمَّا أَتَى إِبْرَاهِيمُ خَلِيلُ اللَّهِ الْمَنَاسِكَ عَرَضَ لَهُ الشَّيْطَانُ عِنْدَ جَمْرَةِ الْعَقَبَةِ فَرَمَاهُ بِسَبْعِ حَصَيَاتٍ

Maksudnya: “Ketika Nabi Ibrahim AS melaksanakan manasik haji, syaitan muncul di Jamrah al-‘Aqabah lalu Baginda melontarnya dengan tujuh batu kecil…”

(Riwayat al-Hakim)

Kemudian Ibn ‘Abbas RA berkata:

الشَّيْطَانَ تَرْجُمُونَ وَمِلَّةَ أَبِيكُمْ تَتَّبِعُونَ

Maksudnya: “Kalian merejam syaitan dan mengikuti agama datuk kalian.”

Tetapi para ulama menjelaskan bahawa ungkapan ini bukan bermaksud syaitan benar-benar berdiri terpacak terikat di dinding jamrah. Ia hanyalah simbolik kepada penentangan terhadap godaan syaitan.

Apa Hikmah Sebenar Melontar Jamrah?

1. Tanda Tunduk Dan Patuh Kepada Allah

Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa antara hikmah melontar jamrah ialah melatih diri supaya tunduk kepada perintah Allah walaupun akal tidak memahami sepenuhnya rahsianya.

Beliau berkata:

ومن العبادات التي لا يفهم معناها: السعي والرمي

Maksudnya: “Antara ibadah yang tidak diketahui sepenuhnya hikmah pensyariatannya ialah sa’i dan melontar jamrah.”

Maksudnya, seorang hamba itu belajar untuk berkata, “Ya Allah, aku taat walaupun aku tak faham semua hikmahnya.”

Itulah kemuncak ubudiyyah.

2. Simbol Melawan Godaan Syaitan

Imam al-Ghazali p**a menjelaskan bahawa orang yang melontar jamrah perlu menghadirkan dalam hati bahawa dia sedang memerangi syaitan dan godaan maksiat.

Maknanya setiap batu yang dilontar seolah-olah berkata,

“Aku lawan malas solat.”

“Aku lawan nafsu.”

“Aku lawan bisikan maksiat.”

“Aku lawan hati yang s**a tangguh taubat.”

Sebab syaitan sebenar bukan semestinya dekat jamrah.

Kadang-kadang dia muncul waktu alarm Subuh bunyi, nak baca al-Quran, atau masa kita rasa 5 minit lagi scroll TikTok, tiba-tiba 2 jam hilang. 😅

3. Untuk Mengingati Allah SWT

Allah SWT berfirman:

وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ فِىٓ أَيَّامٍ مَّعْدُودَٰتٍ

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mengingati Allah pada hari-hari yang tertentu bilangannya.”

(Surah al-Baqarah: 203)

Imam al-Syanqiti menjelaskan bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa antara tujuan melontar jamrah ialah memperbanyakkan zikrullah dan mengingati Allah SWT.

4. Kesimp**an

Melontar jamrah bukan bermaksud kita sedang membaling syaitan yang diikat pada dinding jamrah. Ia adalah simbol melawan godaan syaitan, mengikuti sunnah Nabi Ibrahim AS, dan penghambaan kepada Allah SWT.

Perlaksanaannya pun dah ada ketetapan menggunakan 7 batu kecil saja. Jangan cari pasal guna selipar, payung, botol, handset dan lain-lain p**a. TAK SAH ye 😬

Jabir bin Abdullah RA berkata :

“Rasulullah SAW melontar jamrah pada Hari Nahar dengan tujuh biji batu kecil.”

(Riwayat Muslim)

Yang paling penting bukan kuat mana kita melontar batu, tetapi kuat mana kita melawan syaitan dalam kehidupan seharian.

Wallahua'lam.





27/05/2026
26/05/2026

❤️🤲🏻

𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐑𝐀𝐅𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕 𝐇

بسم الله الرحمن الرحيم

🌹 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ 🌹

📍 Tarikh : 9 Zulhijjah 1447H
📍 Hari : Selasa | 26 Mei 2026
📍 Waktu Mustajab Doa (Malaysia) : 5.18 petang – 11.57 malam

✨ Antara amalan yang sangat digalakkan pada Hari Arafah:

✅ Memperbanyakkan zikir dan doa
✅ Beristighfar dan bertaubat kepada Allah
✅ Berpuasa sunat Hari Arafah (bagi yang tidak menunaikan haji)
✅ Membaca al-Quran dan berselawat
✅ Berdoa dengan hati yang hadir, penuh harap dan rasa takut kepada Allah

🌙 Antara zikir terbaik yang banyak dibaca Rasulullah ﷺ pada Hari Arafah:

🌿 لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya:
“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

📖 Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan ialah:

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

🤲 Semoga Allah menerima segala amal ibadah, doa dan taubat kita pada hari yang penuh kemuliaan ini.





26/05/2026

𝑴𝒂𝒓𝒊 𝒃𝒆𝒛𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂 𝑻𝒂𝒌𝒃𝒊𝒓 𝑴𝒖𝒒𝒂𝒚𝒚𝒂𝒅 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒌𝒃𝒊𝒓 𝑴𝒖𝒓𝒔𝒂𝒍 (𝑴𝒖𝒕𝒍𝒂𝒌).

𝐓𝐚𝐤𝐛𝐢𝐫 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥 𝐀𝐝𝐡𝐚.

- Takbir Muqayyad bermaksud takbir yang dibaca setelah selesai setiap solat fardhu bermula pada hari 9 Zulhijjah dan berakhir selepas solat asar 13 Zulhijjah.

- Takbir Mursal : Bermula selepas terbenam matahari pada malam Hari Raya AidilAdha (masuk waktu Maghrib) sehingga Takbiratul Ihram Solat Sunat Hari Raya AidilAdha.

Takbir raya Aidiladha (Takbir Muqayyad) bermula pada Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) iaitu 26 Jun 2026 (Selasa) dan berterusan hingga ke Asar hari Tasyrik yang ketiga (13 Zulhijjah) iaitu hari Sabtu, 30 Jun 2026.

Mari takbir bersama-sama.



25/05/2026

NOTA HAJI : BOLEH KE PAKAI KAIN IHRAM WANGI KERANA PELEMBUT FABRIK?

Soalan panas daripada jemaah:

“Assalamualaikum Ustaz, saya ada satu soalan yang macam remeh tapi jiwa saya gelisah. Kain ihram dan telekung dah dibasuh elok-elok dengan pelembut pakaian punyalah harum semerbak. Boleh ke saya guna kain tu masa nak ihram? Kalau belum niat ihram, boleh je kan? Tapi lepas niat, tiba-tiba kain kotor.. saya tukar p**ak dengan kain yang ada bau wangi sebab dah siap basuh awal-awal. Boleh ke ni?

Ok, jom kita sembang hal ni.

1. Pantang Larang Time Ihram!

Lepas je niat ihram, automatik kita masuk "zon larangan". Tak boleh s**a-s**a nak buat benda-benda tertentu. Kalau langgar, kena dam (denda).

Antara larangan utama bila dah ihram :

Lelaki tak boleh tutup kepala, perempuan tak boleh tutup muka.

Tak boleh pakai pakaian berjahit (untuk lelaki).

Tak boleh pakai wangian. Haaa.. ini yang kita nak cerita panjang sikit.

2. Masalah Bau Harum yang Melekat di Kain.

Kalau kain tu ada bau wangi sebab pakai pelembut kain, lepas kita niat ihram, maka bau-bau semerbak tu boleh jadi masalah.

Bau wangi yang dimaksudkan ni bukanlah semata-mata bau sabun, tapi memang niat kita waktu basuh tu nak bagi harum mewangi. Kalau itu tujuannya, hukumnya, TIDAK DIBENARKAN masa dah dalam ihram.

Imam-Imam besar kita dah cakap, kalau sesuatu tu bertujuan untuk mewangikan, tak kisahlah letak kat badan ke, tempat tidur ke, atau kasut sekalipun, wajib dielakkan masa dalam ihram.

(Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 2/161)

3. Tapi.. Kalau Sebelum Niat?

Haaa.. ni part lega sikit. Sebelum niat ihram, kalau nak pakai kain wangi sikit, boleh. Malah, Nabi SAW pun pakai wangi-wangian sebelum ihram. Saidatina Aisyah RHA kata beliau sendiri pernah wangi-wangikan Rasulullah SAW sebelum Baginda mula ihram.

So, sebelum niat, okay. Lepas niat, NO WAY.

4. Boleh Mandi Wangi Ke?

Kalau mandi guna sabun yang ada bau sikit?

Boleh.. asalkan tujuan kita nak bersih, bukan nak wangi macam masuk photoshoot majalah haji.

Kalau boleh elak, itu lebih baik.

(Lihat: al-Fiqh al-Islami wa al-Adillatuhu, 3/2297)

Fatwa dari Mesir (Dar Ifta' Misriyyah) pun kata, sabun untuk bersuci dibolehkan, walaupun ada bau, sebab bukan tujuan nak harum semerbak.

Tapi kalau nak paling selamat, cari sabun yang tak ada bau langsung. Takut jadi waswas bila dah masuk tanah haram nanti.

Kesimp**annya..

i. Pakai kain ihram ada bau wangi lepas niat ihram, tak boleh. Standby dam kalau pakai juga.

ii. Kain tu elok dibasuh semula atau bau wangi dihilangkan dulu sebelum guna lepas niat.

iii. Nak selamat? Basuh kain ihram guna sabun biasa tanpa pelembut kain yang wangi, atau basuh kali kedua guna air je sampai hilang bau.

5. Tips Afdhal Sebelum Fly ke Tanah Suci:

i. Jangan basuh kain ihram dengan pelembut. Kalau terpaksa, bilas balik banyak kali.

ii. Bawak sabun mandi tak berbau. Yang ada label "fragrance-free" tu ok.

Semoga kita semua dapat menunaikan haji dan umrah dengan tenang, suci dan bebas pewangi berjenama. Yang penting, hati kita wangi dengan niat yang ikhlas LILLAHI TAALA.

Wallahu a‘lam.





25/05/2026

𝑯𝒂𝒓𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒉 𝒌𝒆𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒕𝒂𝒏, 𝒘𝒂𝒌𝒕𝒖 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒐𝒉𝒐𝒏 𝒌𝒆𝒂𝒎𝒑𝒖𝒏𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒓𝒂𝒉𝒎𝒂𝒕 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝑺𝑾𝑻.

Photos from Sekolah Agama Felda Bukit Batu Rasmi 's post 23/05/2026

Terima kasih YB Dato Jafni atas pemberian kek sempena Hari Guru. 🎂

Sokongan dan penghargaan seperti ini amat bermakna buat semua guru dalam meneruskan amanah mendidik anak bangsa. Selamat Hari Guru! 🌹

Photos from Sekolah Agama Felda Bukit Batu Rasmi 's post 23/05/2026

"𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐁𝐈𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑"
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 Sekolah Agama Felda Bukit Batu Rasmi

Selasa
19 Mei 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kulai atas sumbangan kek sempena sambutan Hari Guru di sekolah kami. 🍰✨

Sesungguhnya ingatan dan penghargaan ini amat bermakna buat seluruh warga pendidik. Selamat Hari Guru kepada semua insan yang mendidik dengan penuh dedikasi dan kasih sayang. 📚❤️

𝑻𝒆𝒎𝒂 : 𝑩𝒂𝒄𝒌 𝒕𝒐 𝒔𝒄𝒉𝒐𝒐𝒍

Want your school to be the top-listed School/college in Kulai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Parit Panjang, Felda Bukit Batu
Kulai