SMK Seri Pinang Pages Rasmi

SMK Seri Pinang Pages Rasmi

Share

Kami Sayang Seri Pinang

Photos from SMK Seri Pinang Pages Rasmi's post 26/04/2026

"Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat", Peringkat sekolah-sekolah daerah Kulai telah diadakan pada hari sabtu, 25 April 2026. Alhamdulillah, SMK Seri Pinang memperolehi kemenangan :

NAIB JOHAN NASYID TERBUKA SEKOLAH MENENGAH &
ANUGERAH LIRIK TERBAIK NASYID TERBUKA SEKOLAH MENENGAH
- KUMPULAN AL-JAZZARI, SMK SERI PINANG

JOHAN TAHFIZ LELAKI SEKOLAH MENENGAH
- MUHAMMAD RAYYAN FITRI BIN MOHAMAD RAHMAD

KETIGA HAFAZAN LELAKI SEKOLAH MENENGAH
- MUHAMMAD AQIF IFFAT BIN ABDULLAH

KETIGA KHAT LELAKI SEKOLAH MENENGAH
- ABDUL SALAM BIN ABDUL HALIM

KEEMPAT KHAT PEREMPUAN SEKOLAH MENENGAH
- AQILAH NUR ABLAH BINTI ABDUL HALIM

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan guru-guru pembimbing atas usaha yang diberikan sehingga memperoleh kejayaan. Terima kasih juga kepada pihak sekolah yang sentiasa memberikan sokongan dalam aktiviti ini.

Semoga kejayaan ini memberikan semangat kepada murid-murid lain untuk memperoleh kejayaan selepas ini.



24/04/2026

Program "Jom Membaca 10minit" yang melibatkan semua sekolah di Malaysia turut disertai oleh warga SMK Seri Pinang. Semoga budaya membaca dapat terus diterapkan dan menjadi asbab kejayaan murid SMK Seri Pinang




24/04/2026

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada adik Muhammad Darwisy Adrian bin Zailey & adik Muhammad Muzaffar bin Munawer dari tingkatan 1 yang mendapat JOHAN & TEMPAT KETIGA bagi KEJOHANAN MEMANAH MSSD KULAI 2026...

24/04/2026

TAHNIAH TEAM SOFBOL PEREMPUAN BAWAH 18 👏👏👏
mendapat NAIB JOHAN dalam KEJOHANAN SOFBOL MSSD KULAI 2026 di SMK Bukit Besar

Semoga team sofbol terus melakar kejayaan dan mendapat JOHAN tahun 2027

24/04/2026

"PERMOHONAN SUMBANGAN INFAQ PEMBANGUNAN SURAU ASY-SYAFI'E, SMK SERI PINANG"

💫 Kami pihak Surau Asy-Syafie, SMK Seri Pinang ingin membuka peluang kepada tuan/puan untuk menyumbang dalam INFAQ PEMBANGUNAN SURAU ASY-SYAFI'E bagi keselesaan murid-murid SMK SERI PINANG.

💫 Pihak sekolah melalui Jawatankuasa surau berhasrat untuk melaksanakan PROJEK PEMBANGUNAN SURAU SEKOLAH bagi menampung pertambahan bilangan murid serta meningkatkan keselesaan dan kemudahan beribadah.

💫 Projek ini melibatkan kerja-kerja:-
📍Pembesaran ruang solat.
📍Penambahbaikan sistem pendawaian elektrik.
📍Pemasangan kipas.
📍Pembelian kelengkapan asas seperti karpet, rak kasut serta peralatan audio.

💸Kos yang dianggarkan sebanyak RM 30,000.

Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah semua amal perbuatannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya" (Hadis Riwayat Muslim)

Semoga sumbangan ini menjadi saham akhirat yang berterusan.

🗳Cara menyumbang melalui:

💳 Atas talian :-
Nama Bank : BANK RAKYAT
Nama Akaun : PIBG SMK SERI PINANG
No. Akaun : 1102436622
Reference : SURAU ASY-SYAFIE, SMKSP

Atau

💰Serahan Tunai kepada :-
Ustazah Siti Zahira binti Zakaria (013-5553337)
Ustazah Nor Waziellah binti Senin (019-7379192)

Segala sumbangan amat kami hargai.
Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan.

Wassalam..❤️🌹

Photos from SMK Seri Pinang Pages Rasmi's post 16/04/2026

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23 &
Hari Anugerah Kecemerlangan SPM 2025

Tarikh : 11 April 2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Medini, SMK Seri Pinang

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Hahasrin bin Hj Hashim Hahasrin Hashim. Terima kasih YB atas kesudian YB merasmikan majlis ini dan memberikan sumbangan kepada sekolah. YB juga turut merasmikan program "Infaq Pembangunan Surau Asy-Syafi'ie, SMK Seri Pinang".

Terima kasih tidak terhingga juga kepada pentadbir sekolah, guru-guru SMK Seri Pinang, YDP PIBG SMK Seri Pinang, En Fadzilul Khair bin Yusof dan AJK PIBG 2025/2026 kerana telah memberikan sokongan dan sumbangan dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada semua ibubapa yang hadir dan semua penerima anugerah kecemerlangan SPM 2026. Semoga majlis ini memberikan impak positif bagi memastikan kejayaan SMK Seri Pinang pada tahun ini.

Photos from SMK Seri Pinang Pages Rasmi's post 08/03/2026

🌻 Majlis Iftar & Solat Tarawih SMKSP Tahun 2026
🗓️ 6 Mac 2026 (Jumaat)
🕌 Surau Asy-Syafi'ie, SMK Seri Pinang.

Majlis iftar ini dibuat bagi meraikan anak-anak yatim dan badan kepimpinan sekolah yang terdiri daripada pengawas, pusat sumber sekolah, pembimbing rakan sebaya, SLB, rakan surau dan rakan kantin sekolah bersama-sama ahli keluarga guru-guru & AKP sekolah. Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Suhaimi bin Mohamad Ali, Timbalan PPD Sektor Perancangan PPD Kulai.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan pengetua, barisan pentadbir, guru-guru SMKSP dan barisan badan kepimpinan sekolah dalam sama-sama menjayakan majlis ini. Terima kasih diucapkan juga kepada PIBG sekolah di bawah pimpinan En Khair Ibnu Yusof atas sumbangan yang diberikan untuk menjayakan majlis ini.

Semoga majlis ini dapat merapatkan lagi ukhwah sesama kita warga SMK Seri Pinang.


Photos from SMK Seri Pinang Pages Rasmi's post 12/01/2026

"Hari Pertama Persekolahan Tahun 2026"

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid tingkatan 2 hingga tingkatan 5 dan selamat datang kepada murid tingkatan 1 ke SMK Seri Pinang tahun 2026.

"Sentuhan Kasih, Langkah Bermakna"

05/12/2025

Hari Showcase PBL Bersepadu 2025

5 Disember 2025 (Jumaat)
9.30am hingga 12.00 tengahari
Dewan Seri Medini, SMK Seri Pinang

24/11/2025

Selamat berjuang anak2 Batch 08 SPM 2025
Harini bermula PEPERIKSAAN SPM BERTULIS. Semoga dipermudahkan semuanya…



Photos from SMK Seri Pinang Pages Rasmi's post 20/11/2025

Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 kepada semua calon SPM tingkatan 5 SMK Seri Pinang.

Kami mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan, diterangkan hati, dilancarkan penulisan, diberikan ketenangan jiwa dan memperoleh kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

Ingatan tulus ikhlas daripada barisan pendidik Smk Seri Pinang, Mohd Ismail Amin dan PIBG Smk Seri Pinang, Khair Ibnu Yusof

seri santika SMK SERI PINANG 12/11/2025

Selamat Datang ke Seri Santika...
*mohon share and like youtube ini..

seri santika SMK SERI PINANG Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Want your school to be the top-listed School/college in Kulai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Tun Abdul Majid, Bandar Tenggara
Kulai
81440