S. Abu Anas

S. Abu Anas Page catatan seorang hamba Allah yang ingin berkongsi sesuatu. Harapnya tumbuh jadi kebaikan.

Al-Quran adalah untuk yang hidup (hatinya) bukan yang mati.👇Ramai dalam kalangan umat Islam tersalah dalam memahami obje...
07/06/2026

Al-Quran adalah untuk yang hidup (hatinya) bukan yang mati.

👇
Ramai dalam kalangan umat Islam tersalah dalam memahami objektif dan matlamat tersebut ( matlamat Al-Quran). Mereka hanya memahami objektif dan matlamat yang bersifat sampingan serta mempunyai banyak cabangnya. Bukan sepertimana yang dimaksudkan oleh al-Quran. Ia seumpama al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang mati dan bukanlah kepada orang-orang yang hidup. Lalu mereka langsung tidak menoleh dan memandang kepada al-Quran melainkan apabila berlaku kematian. Mereka akan memainkan pita rakaman al-Quran di rumah selama beberapa hari. Kemudian datang p**a para qari ke rumah dan tanah perkuburan pada hari kematian ataupun pada hari majlis untuk mengingati si mati.

Sementara itu, saluran-saluran radio contohnya akan menghentikan siaran mereka seketika dan memendekkan tempoh siarannya dengan memasang bacaan ayat-ayat suci al-Quran ketika kematian seorang menteri atau hakim. Manakala orang-orang yang hidup p**a sepatutnya berinteraksi dengan al-Quran. Seharusnya mereka berusaha mencari objektif dan matlamat penurunan al-Quran untuk diri dan masyarakat secara umumnya. Hal inilah yang sebenarnya tidak difikirkan oleh mereka.

Ada juga sebahagian daripada mereka menganggap al-Quran turun untuk memberi keberkatan lalu menukarkannya kepada jampi-jampi. Kemudian mereka mengkalungkannya pada diri mereka, rumah-rumah dan dalam kereta-kereta mereka. Harapannya untuk menjemput keberkatan datang dan menghalang mereka daripada ditimpa musibah dan mudarat.

Selain itu, mereka juga membuka kata-kata aluan dengan alunan ayat-ayat al-Quran dalam majlis-majlis dan keramaian serta dalam setiap perjumpaan, muktamar, perayaan dan siaran mereka. Tujuannya untuk mendapat keberkatan dan mengindahkan suasana dengan bacaan dan zikir. Ia hanyalah adat dan kebiasaan, sekadar ingin menarik perhatian orang ramai dengannya serta ingin 'menggeletek' perasaan dan sensitiviti keagamaan.

Malahan mereka hanya berpura-pura menjadi seorang yang sentiasa bersama dengan al-Quran, menjadi ahlinya dan tentera-tenteranya. Namun di sebaliknya, mereka tidak mahu pun membuka pintu hati, perasaan, dan seluruh jiwa raga mereka untuk al-Quran sebagai sumber yang menghidupkan kehidupan mereka. Mereka tidak mahu membuka setiap institut, organisasi, kementerian dan undang-undang berasaskan al-Quran yang dapat mengubah semua aspek ini kepada petunjuk, rahmat dan keadilan.

- Penulisan Dr Salah Abd Al-Fattah ini yang akan difikirkan bagi mereka yang mahu hidup.

Apapun DOA itu.Seringkali doa kita berkisar tentang apa yang kita dambakan. Namun, pernahkah kita berdoa untuk menjadi a...
25/05/2026

Apapun DOA itu.

Seringkali doa kita berkisar tentang apa yang kita dambakan. Namun, pernahkah kita berdoa untuk menjadi apa yang Allah redhai?

Hakikatnya, kita diciptakan atas dua paksi utama; sebagai hamba yang taat mengabdikan diri kepada-Nya, dan sebagai khalifah yang menguruskan dunia mengikut aturan-Nya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT tentang tujuan penciptaan manusia:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."
(Surah Ad-Dzariyat: 56)

Dan tugas mulia sebagai pentadbir bumi ini dirakamkan dalam firman-Nya:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi."
(Surah Al-Baqarah: 30)

Alangkah indahnya jika tujuan hidup ini menjadi kiblat doa kita setiap hari.

Berdoalah agar kesihatan yang dipinjamkan, adalah untuk tujuan itu.

Kecerdasan dan ilmu yang dikurniakan, adalah untuk tujuan itu.

Harta yang dicari, keluarga yang dibina, dan sahabat yang didekati—semuanya untuk tujuan itu.

Bahkan, setiap pertolongan yang kita raih daripada-Nya, biarlah demi menyempurnakan tujuan kita diciptakan, sepertimana ikrar yang sering kita lafazkan:

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
(Surah Al-An'am: 162)

Mengapa pilih DAKWAH?1. kerana redha Allah lebih utama berbanding redha manusia2. kerana akhirat jauh lebih tinggi berba...
20/05/2026

Mengapa pilih DAKWAH?

1. kerana redha Allah lebih utama berbanding redha manusia
2. kerana akhirat jauh lebih tinggi berbanding dunia
3. kerana jalan wahyu yang ditunjukkan nabi bukan jalan memandai sendiri
4. kerana tak dakwah mati, dakwah pun mati. Pilih mahu mati yang mana.
5. kerana rezeki sudah dijamin dan tak mungkin kurang sebab dakwah.
6. kerana dakwah lebih untung berbanding jual beli.
7. kerana azab Allah lebih ngeri dari susah payah halangan dakwah.
8. kerana kemenangan sudah pasti dengan bisyarah nabi.
9. kerana perintah Allah bukan pilihan.

Kerana apa lagi?

"Sedekah tidak mengurangkan harta."Itulah sabda Nabi yang lama juga aku nak hadam betul-betul. Kejap rasa dah faham, tap...
15/05/2026

"Sedekah tidak mengurangkan harta."
Itulah sabda Nabi yang lama juga aku nak hadam betul-betul. Kejap rasa dah faham, tapi bila nak jelaskan rasa blank kejap. Itu tandanya faham ke tidak? haih.

Anyway.. kata-kata ini lebih jelas jika kita reset makna "Harta Kita". Harta kita sebenarnya bukan apa yg dimiliki, tetapi apa yang dihabisi.
Harta yang kita miliki sekarang belum tentu dapat kita manfaatkan, tetapi sesudah habis dimanfaatkan itulah harta kita.

Daripada Abdullah bin Syikhkhir RA, beliau berkata: "Aku datang menemui Nabi SAW ketika baginda sedang membaca surah Al-Takathur (Bermegah-megah). Baginda bersabda:

‘Anak Adam berkata: Hartaku! Hartaku! Padahal tidak ada bahagianmu daripada hartamu wahai anak Adam melainkan apa yang telah engkau makan lalu ia habis, atau apa yang engkau pakai lalu ia lusuh, atau apa yang telah engkau sedekahkan maka itulah yang kekal (berterusan manfaatnya).’"
(Hadith Riwayat Muslim)

Mengapa sedekah tidak mengurangi harta? bahkan bertambah? kerana kita menambah harta kita di akhirat.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi pengtahuan-Nya."
(Surah Al-Baqarah, ayat 261)

Sabda Rasulullah SAW yang menjadi teras kepada persoalan ini:
“Sedekah itu tidak akan mengurangkan harta. Tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba yang memaafkan melainkan kemuliaan dan tidaklah seorang itu merendah diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”
(Hadith Riwayat Muslim).

So sedekah betul-betul tak mengurangi harta.
Sebab.. Harta kita sebenarnya bukan apa yg dimiliki, tetapi apa yang dihabisi.

Karl Marx, Bukit Bintang, dan 'Candu' yang mereka Cipta Sendiri.Pernah dengar tak ayat ni?"Agama adalah candu bagi rakya...
08/05/2026

Karl Marx, Bukit Bintang, dan 'Candu' yang mereka Cipta Sendiri.

Pernah dengar tak ayat ni?
"Agama adalah candu bagi rakyat."

Ini kenyataan paling pedas dari Karl Marx. Bagi dia, agama ni macam morfin. Bila rakyat menderita, miskin, atau ditindas, mereka ambil "dadah" bernama agama supaya mereka rasa khayal, tenang, dan lupa kejap pada kesakitan dunia sebab dijanjikan syurga kat akhirat nanti.

Mungkin bila kau baru baca statement ni, kau rasa nak melenting. Mana ada! Islam ni bukan candu, Islam ni cahaya!

Tapi... bila tengok apa yang jadi kat sekeliling kita sekarang, dan mula berfikir. Jangan-jangan, kita sendiri yang tengah pertontonkan "Islam cara Marx" tu pada dunia?

Kisah Rain Rave & Kaunter Majlis Selawat.

Baru-baru ni, kecoh pasal pesta *Rain Rave* kat Bukit Bintang. Ramai orang Islam marah, mengecam, dan rasa terhina sebab maksiat dibuat secara terbuka.

Apa respon sebahagian kita? Mereka buat "kaunter". Mereka anjurkan majlis selawat besar-besaran untuk 'cuci' balik kawasan, atau untuk tunjuk kita ni lebih baik.

Jangan salah faham, selawat tu sunnah. Tapi tidakkah pembodohan itu jelas?:
Adakah sekadar gunakan majlis agama ni sebagai 'painkiller'?

Untuk tutup maksiat, mereka buat majlis agama untuk bagi hati kita rasa tenang balik. Lepas habis majlis, kita rasa "fuh, lega... dah suci dah bumi ni." Tapi lepas tu, anak muda kita tetap hanyut, masalah sosial tetap tak selesai, pelanggaran syariat dan punca kenapa mereka cari hiburan melampau tu langsung tak disentuh.

Inilah yang Marx maksudkan. Kita guna agama untuk rasa 'high' sekejap, tapi realitinya kita tak ubah apa-apa pun. Kita khayal dalam ritual, tapi 'sakit' dalam masyarakat tetap melarat.

Islam Bukan Macam Tu..

Padahal, Islam yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW datang bukan untuk bagi kita "ubat tidur". Islam datang untuk MEMBANGKITKAN.

Firman Allah SWT:
كِتَـٰبٌ أَنزَلْنَـٰهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَمِيدِ
"Alif, Laam, Raa. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia dari gelap-gelita (kekufuran dan kejahilan) kepada cahaya (iman dan hidayah)—dengan izin Tuhan mereka—ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji."
(Surah Ibrahim, Ayat 1)

Masyarakat Jahiliyah dulu berubah jadi peradaban paling hebat bukan sebab mereka kuat berdebat atau sekadar buat majlis ritual. Mereka hebat sebab mereka ambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai SOLUSI PRAKTIKAL.

Ada masalah ekonomi? Islam bawa sistem ekonomi islam dan hapus riba.

Ada masalah jenayah? Islam bawa perundangan Islam yang mencegah dan menyelamat.

Ada masalah sosial? Islam bawa sistem sosial dan pendidikan yang diterapkan dalam sistem negara.

Al-Quran itu manual hidup. Ia bukan sekadar teks untuk kita baca sedap-sedap atau buat hiasan dinding. Ia adalah jalan keluar bagi setiap masalah manusia.

Nak Keluar atau Nak Terus Khayal?
Kalau kita sekadar baca, berteori, dan guna agama untuk "cuci dosa" tanpa ada usaha untuk ubah sistem hidup kita kepada yang lebih baik, maka kita sebenarnya sedang mengiyakan cakap Karl Marx. Kita sedang jadikan agama ni sebagai candu.

Siapa yang pilih untuk kekal bodoh, dia akan terus diperbodohkan atas nama agama. Tapi siapa yang betul-betul nak keluar dari kegelapan, jalannya adalah dengan kembali kepada cara Rasulullah: Terapkan Islam sebagai solusi.

Agama Islam sepatutnya buat kita jadi orang yang paling celik dengan realiti, bukan orang yang paling kuat berkhayal.
Korang rasa macam mana? Kita ni dah cukup praktikal ke atau masih lagi dalam fasa "khayal" dengan cara sendiri?

MACAM YAHUDI MENIPU ALLAH? (Kisah Ashab al-Sabt & Putar Belit Hukum).Ramai orang tahu Yahudi itu licik, tapi tahukah uma...
03/05/2026

MACAM YAHUDI MENIPU ALLAH?
(Kisah Ashab al-Sabt & Putar Belit Hukum).

Ramai orang tahu Yahudi itu licik, tapi tahukah umat Islam hari ini bahawa Allah rakamkan dalam Al-Quran betapa licik mereka itu digunakan untuk menipu perintah Tuhan?

📖 Rujuk: Surah Al-A’raf, ayat 163.

Kisah Ashab al-Sabt (Penduduk Hari Sabtu):

Golongan Yahudi di kota Ailah dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu. Tapi Allah uji mereka: pada hari Sabtu itulah ikan-ikan timbul melompat-lompat di permukaan laut. Hari lain? Tak ada seekor pun.

Sebab nak untung dan gelap mata dengan harta, mereka buat helah:

✅ Pasang jaring/bubu hari Jumaat.
✅ Ikan masuk hari Sabtu.
✅ Mereka kutip hasil hari Ahad.

Dengan rasa tak bersalah mereka kata:

"Kami tak melanggar hukum, kami tak tangkap pun ikan hari Sabtu!"

REFLEKSI: PENYAKIT "YAHUDI" DALAM UMAT ISLAM HARI INI.

Kadang-kadang, tanpa sedar umat Islam hari ini pun ada "DNA" Ashab al-Sabt ini bila mula memutar belit makna perintah Allah demi kepuasan nafsu dunia.

Manip**asi Asnaf Zakat:

Bila ada pihak memutar belit tafsiran asnaf demi kepentingan poket sendiri atau organisasi, sampai boleh hidup mewah atas nama agama.

Riba Tukar Nama:

Bila riba yang menindas dinamakan sebagai 'caj pentadbiran' atau 'kadar keuntungan' supaya nampak "halal" di atas kertas. Hakikatnya? Rohnya tetap berperang dengan Allah. Menindas dan menzalimi!

Rasuah Jadi Hadiah:

Bila duit pelincir dipanggil 'hadiah penghargaan', 'komisen' atau 'duit kopi'. Hakikatnya, tukar nama tidak menukar dosa di sisi Allah.

KENAPA JADI MACAM NI? 🌑

Sebab umat Islam hari ini semakin ramai yang GELAP MATA DENGAN HARTA.

Bila dunia sudah jadi matlamat utama, ramai mula jadi "peguam" yang hebat mencari lubang-lubang perundangan agama untuk menghalalkan cara. Allah beri amaran keras dalam Surah Al-Baqarah, ayat 65 tentang kehinaan yang menimpa mereka yang melakukan helah ini.

Tadabbur hari ini:

Hukum Allah bukan untuk dicari "loophole" teknikalnya, tapi untuk ditaati roh dan maksudnya. Jangan sampai umat Islam hari ini mengejar "ikan" (harta), tapi hilang keberkatan dan redha Tuhan dalam kehidupan.

Dapat sesuatu? Sebarkan peringatan ini supaya umat Islam hari ini tidak menjadi "Yahudi" dalam diam yang memutar belit agama sendiri.

Cara Elak Di-scam ‘Agamawan’Macam mana nak selamatkan diri daripada manip**asi orang yang menunggang agama?Jawapan yang ...
24/04/2026

Cara Elak Di-scam ‘Agamawan’

Macam mana nak selamatkan diri daripada manip**asi orang yang menunggang agama?

Jawapan yang kita dengar biasanya macam ni:

Versi pemerintah: “Pastikan dia ada tauliah rasmi.”

Versi pentaksub kump**an: “Mesti dari jemaah kami. Kalau kami ASWAJA, dia pun kena ASWAJA.”

Versi liberal: “Ikut sahaja kata hati (follow your heart).”

Versi atheist: “Tinggalkan terus. Agama itu candu masyarakat.”

Hakikatnya? Semua ini jawapan ‘scam’.

Tak ada jalan pintas (shortcut) untuk menjaga akal dan iman.
Kita tak boleh bergantung pada label, sekeping tauliah, atau sentimen kump**an semata-mata.

Kalau nak elak jadi mangsa, ini yang perlu dibuat:

1. Tingkatkan kualiti berfikir
Jangan telan bulat-bulat. Biasakan diri tapis, nilai, dan faham.

2. Latih pemikiran kritis
Biasakan tanya kenapa dan bagaimana, berlandaskan ilmu — bukan emosi.

3. Luruskan niat
Cari kebenaran kerana Allah, bukan kerana kagum pada tokoh atau kelompok.

4. Belajar dengan serius
Ambil agama dari sumber yang sahih dan mendalam — bukan sekadar cebisan video pendek.

---
Awal peradaban Islam bermula dulu, istilah “agamawan” tak ada.
Yang ada hanyalah penuntut ilmu yang bertaqwa dan bersungguh-sungguh mencari kebenaran.

Jangan biarkan label menutup mata hati.

"Barangsiapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.”
— Riwayat Sahih Muslim

Sumud: Antara Amanah Pemerintah dan Ilusi Masyarakat Sivil*Sumud* sepatutnya dibincangkan dari sudut pandang syarak terl...
18/04/2026

Sumud: Antara Amanah Pemerintah dan Ilusi Masyarakat Sivil

*Sumud* sepatutnya dibincangkan dari sudut pandang syarak terlebih dahulu. Namun, dalam penulisan ini, saya sengaja melangkauinya untuk memfokuskan kritik terhadap sebuah sistem yang rosak.

Dilema ZRA dan Ruang Masyarakat Sivil.

Saya tertarik dengan keluhan ZRA yang sering melaungkan perjuangan dalam ruang *masyarakat sivil*. Apabila orang politik/ kerajaan mencampuri misi Sumud, beliau (dari pandangan saya) "berlepas diri" dengan alasan agenda politik adalah sesuatu yang "di luar kawalan." Akhirnya, beliau fokus menasihati dan cuba mengubah persepsi masyarakat. Jadi fokus buah fikirannyanya bukan kepada politikus, tetapi kepada masyarakat. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan dalam konsep masyarakat sivil.

Di sini kritikan saya bukan kepada ZRA.
Saya melihat wujudnya masalah fundamental.

Kecacatan Konsep Masyarakat Sivil
Adakah kita benar-benar faham konsep *masyarakat sivil*?

Dalam sistem demokrasi, ia dianggap komponen penting untuk mengisi kelopongan yang gagal diisi oleh *pemerintah* dan *sektor swasta*. Jika anda selidiki perinciannya, tujuan masyarakat sivil nampak mulia, tetapi hakikatnya:

Ia adalah manifestasi kegagalan pemerintah dalam melaksanakan amanah yang akhirnya dibebankan semula ke bahu rakyat.

Konsep ini cacat, sepertimana cacatnya dasar sistem demokrasi itu sendiri:

1. *Pelarian Amanah:*
Kerana wujudnya ruang masyarakat sivil, pemerintah dengan mudah melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya menjadi amanah mutlak mereka terhadap rakyat.

2. *Kepuasan Palsu Masyarakat:*
Masyarakat merasa tugas mereka sudah selesai hanya dengan mengambil alih tugas pemerintah (walaupun secara terbatas), sehingga mereka hilang keinginan untuk menuntut perubahan pada peringkat kepimpinan.

Sumud: Antara Jihad dan Tunggangan Politik.

Untuk isu Sumud, ia lebih memalukan bagi pemerintah yang menunggangnya. Kewajipan pemerintah bukanlah sekadar "misi bantuan" atau "sumud," tetapi *Jihad Fi Sabilillah*—membebaskan tanah umat Islam dan menghalau penjajah. Itulah yang dilakukan oleh *Umar bin Al-Khattab* dan *Salahuddin Al-Ayyubi*.

Jika pemerintah melaksanakan kewajipan hakiki mereka, kita tidak perlukan gerakan Sumud ini. Kerana konsep masyarakat sivil inilah, masyarakat hilang fokus untuk muhasabah dan menekan pemerintah untuk menyelesaikan masalah umat dengan solusi sebenar. Pemerintah p**a terus selesa fokus kepada masalah "pengundi" berbanding masalah umat secara menyeluruh.

Apapun ingatlah.. Syarat Kemenangan,
Tiada kemenangan tanpa usaha. Namun, usaha tanpa jalan ketaatan kepada syarak juga tidak akan membuahkan kemenangan yang sebenar.

Apa yang boleh kita harapkan daripada sebuah sebuah sistem yang memang tidak dibina di atas landasan syarak sejak awal lagi?

THE INFLUENCER PARADOX: KENAPA DIA? Zaman sekarang, pantang ada influencer baru yang "aesthetic" atau "cool", mesti kita...
11/04/2026

THE INFLUENCER PARADOX: KENAPA DIA?

Zaman sekarang, pantang ada influencer baru yang "aesthetic" atau "cool", mesti kita cepat-cepat tekan butang Follow. Kita tertarik dengan gaya hidup mereka, jumlah followers yang berjuta, dan apa sahaja yang mereka kongsikan. Tapi pernah tak kita tanya diri sendiri: Kenapa kita begitu mudah terpengaruh? Adakah mereka benar-benar membawa kita ke arah kebahagiaan yang kekal, atau sekadar memberi kepuasan sementara?
Inilah yang dinamakan sebagai "The Influencer Paradox".

Kita sibuk mencari role model di skrin telefon, sedangkan kita sudah ada seorang tokoh yang pengaruhnya merentas zaman dan benua.

Bukan Sekadar Sejarah Kaku
Mungkin ada yang rasa belajar Sirah itu membosankan sebab ia nampak macam "sejarah lama". Tapi tahukah anda, Sirah Nabi Muhammad ﷺ sebenarnya adalah "potret Islam yang hidup dan berjalan". Ia bukan sekadar teks tentang masa lalu, tetapi gambaran Islam yang utuh dan lengkap yang sangat praktikal untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita hari ini.

The Most Influential Person Ever
Dunia mungkin ada ramai tokoh hebat, tetapi Nabi Muhammad ﷺ adalah "Sayyidul Basyar" (Penghulu segala manusia). Baginda dipilih Allah sebagai pengemban risalah terakhir untuk memberikan kunci-kunci kebahagiaan kepada seluruh umat manusia.
Dalam semua aspek kehidupan—sebagai pemimpin, kawan, usahawan, mahupun ahli keluarga—Baginda adalah "al-Matsal al-A’la" (contoh terunggul atau tipe ideal) yang tiada tandingannya.

Refleksi Realiti: Siapa Di 'Following' List Kita?
Kita sering obses mengejar trend yang dibawa oleh influencer media sosial. Namun, sejauh mana "brand" dan gaya hidup yang kita tiru itu mampu memberikan ketenangan jiwa?

Allah telah menjadikan Baginda ﷺ sebagai barometer takwa dan suri teladan yang terbaik (Uswah) bagi sesiapa yang mengharap rahmat Allah dan kebahagiaan di hari akhirat.

Tanya Diri Sendiri: Kalau Rasulullah ﷺ ada dalam contact list atau followers kita hari ini, adakah Baginda akan bangga dengan apa yang kita kongsikan? Adakah kita mengikuti "Influencer" yang membawa kita ke Syurga, atau sekadar mengejar bayang-bayang dunia?

Jom kita mula selami Sirah. Bukan untuk sekadar tahu tarikh, tapi untuk mencari identiti diri yang sebenar sebagai seorang Muslim yang cool dunia dan akhirat!

TAMPIL SEMPURNA di media sosial.Dunia media sosial banyak membentuk manusia untuk tampil sempurna, serta keperluan untuk...
06/04/2026

TAMPIL SEMPURNA di media sosial.

Dunia media sosial banyak membentuk manusia untuk tampil sempurna, serta keperluan untuk mendapatkan pengakuan orang lain. Ada yang ragu-ragu nak buat posting, risau akan dinilai. Ada yang risau tak dapat pengakuan, persetujuan atau engagement. Takut berakhir “krik krik”. Inilah bentukan media sosial.

Sebab itu, sebagai pengguna media sosial, kita perlu tetapkan tujuan yang benar dan kekal fokus pada tujuan itu. Sekali-sekala berhibur secara syar’i, kemudian kembali fokus.

Tanpa tujuan yang jelas… kalian akan scrolling tanpa arah dan boleh burnout di media sosial. Mula rasa keseorangan. Rasa cemas, dan tertekan dengan expectations.

Namun bayangkan, media sosial ini hanyalah satu lagi medium yang digunakan untuk memenuhi tujuan kita diciptakan, iaitu:

“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku.”
(Surah Adz-Dzariyat: 56)

Address

Bandar Putra
Kulai
81000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when S. Abu Anas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share