16/04/2026
Tahniah Dani Rizki Hussin
Atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Akuatik MSSD Pasir Gudang & Kulai 2026 yang berlangsung pada 16 April 2026 di Kompleks Educity.
Dani berjaya meraih pingat serta beberapa kedudukan terbaik dalam pertandingan tersebut.
Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama SMK Kulai Besar ke peringkat lebih tinggi.
09/04/2026
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN CALON SPM 2025
Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi meraikan kejayaan calon SPM 2025 pada 8 April 2026 (Rabu), jam 7.00 pagi hingga 8.40 pagi. Majlis ini turut dihadiri oleh ibu bapa dan warga sekolah dalam suasana penuh bangga dan bermakna.
Majlis dimulakan dengan pendaftaran, diikuti ketibaan VIP, nyanyian lagu rasmi, ucapan dan perasmian. Acara diteruskan dengan penyampaian anugerah akademik kepada para pelajar cemerlang sebelum diakhiri dengan sesi fotografi dan majlis bersurai.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas kejayaan yang membanggakan ini.
01/04/2026
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK Kulai Besar atas pencapaian cemerlang dalam keputusan SPM 2025 🌟
Peratus kelulusan meningkat kepada 98.21%, manakala GPS berjaya diturunkan kepada 3.94, membuktikan komitmen berterusan guru-guru dan kesungguhan murid dalam mencapai kecemerlangan akademik.
Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama, dedikasi tanpa henti serta sokongan padu daripada semua pihak – pentadbir, guru, ibu bapa dan para pelajar.
Semoga kecemerlangan ini terus menjadi inspirasi untuk kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. 💫
21/03/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
13/03/2026
Makluman Cuti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026
13/03/2026
🌙 PENYAMPAIAN SUMBANGAN BAKUL RAMADAN & BANTUAN KASIH JOHOR
Pada pagi ini, SMK Kulai Besar telah menyampaikan Sumbangan Bakul Ramadan & Bantuan Kasih Johor kepada pekerja swasta sekolah iaitu pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan komitmen mereka menjaga kebersihan serta keselamatan sekolah.
Sumbangan ini merupakan hasil keprihatinan Warga SeMeKar bersama Kerajaan Negeri Johor dalam membantu meringankan beban serta menyemarakkan semangat kebersamaan menjelang Aidilfitri.
Semoga sumbangan ini membawa kegembiraan dan keberkatan kepada semua penerima. 🤲✨
Terima kasih atas jasa dan pengorbanan kalian.
20/02/2026
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 🌙✨
Semoga Ramadan ini dipenuhi keberkatan, ketenangan dan rahmat Allah SWT.
Marhaban Ya Ramadan
Ikhlas daripada Warga SMK Kulai Besar.