29/05/2026
Jom Meriahkan PBAKL 2026!
Dengan penuh hormat dan sukacitanya, semua murid, ibubapa dan warga Pendidikan Daerah Kulai dialu-alukan untuk hadir ke:
Majlis Pelancaran Buku Projek STEM Sekolah โ Antologi Duta Guru Kulai
๐ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026
๐
1 Jun 2026 (Isnin)
๐ 4.00 Petang
๐ Pentas Dunia Buku, Aras 4, Dewan Merdeka WTCKL
Mari bersama-sama menyokong usaha memperkasa pendidikan STEM melalui inovasi, kreativiti dan perkongsian ilmu daripada warga pendidik Kulai.
Kehadiran anda amat bermakna dalam meraikan hasil karya dan inspirasi guru-guru hebat kita! ๏ฟผ
26/05/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, memperkukuhkan nilai keikhlasan, pengorbanan serta semangat kebersamaan dalam mendidik anak bangsa. Sesungguhnya pengorbanan dan dedikasi warga pendidik amat besar nilainya dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuh, dan segala usaha serta khidmat bakti yang dicurahkan diberi ganjaran dan rahmat oleh Allah SWT.
Salam Aidiladha
Ikhlas daripada
Barisan Kepimpinan
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
23/05/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 Pejabat Pendidikan Daerah Kulai. Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas dedikasi, komitmen serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti serta profesionalisme. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidikan untuk terus berkhidmat dengan cemerlang demi kemajuan pendidikan dan kecemerlangan generasi masa depan. Teruskan melakar kejayaan, menjadi contoh terbaik dan memacu transformasi pendidikan ke arah yang lebih gemilang.
๐ฃ๐๐ก๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
1. Mohd Suhaimi bin Mohamad Ali
2. โ Kamaruddin bin Mohd.Ali
3. โ Hazura binti Yusop
4. Mohd Nazib bin Shariff
5. โ Aziawati binti Selamat
6. โ โ Muhammad Hafidzuddin bin Misbah
7. โ Teo Li Ling Tracy
8. โ Nur Arnizaa binti Abd Razak
9. Maziah binti Fadzil
15/05/2026
SELAMAT HARI GURU 2026
โGuru Bitara, Nadi Negaraโ
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru atas segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik anak bangsa.
Di sebalik setiap kejayaan murid,
ada doa seorang guru yang tidak pernah putus.
Di sebalik setiap insan yang berjaya,
ada tangan seorang guru yang membimbing tanpa jemu.
Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu,
tetapi membina harapan, membentuk akhlak dan mencorakkan masa depan negara.
Terima kasih cikguโฆ
atas setiap penat lelah yang tidak terlihat,
atas setiap sabar yang tidak terungkap,
dan atas setiap pengorbanan yang sering kali tidak diceritakan.
Semoga seluruh warga pendidik terus diberikan kekuatan, kesihatan dan keberkatan dalam meneruskan amanah yang mulia ini.
Ikhlas :
Daripada barisan kepimpinan dan seluruh warga
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
SELAMAT HARI GURU
04/05/2026
Makluman Arahan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
Tarikh kuat kuasa 4 Mei 2026
Tahniah diucapkan atas pelantikan. Semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang.
.0
01/05/2026
Hari ini kita meraikan dedikasi, komitmen dan pengorbanan semua warga kerja yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara, khususnya dalam sektor pendidikan. Terima kasih kepada para pendidik, staf sokongan serta seluruh warga pendidikan yang sentiasa berusaha mendidik dan membentuk generasi masa depan dengan penuh amanah dan integriti.
Semoga segala usaha dan jasa yang dicurahkan terus diberkati serta menjadi inspirasi kepada semua.
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026!
Ikhlas daripada
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai
22/04/2026
Mesyuarat Pemuafakatan KPM-PDRM Peringkat Daerah Kulai Bil 1 Tahun 2026
Tarikh : 22 April 2026
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Kulai
Kehadiran :
1. Tuan Hj Abd Rahman bin Salleh
Pegawai Pendidikan Daerah Kulai
2. YDH Supt Tuan Kamaluddin bin Othman
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai
2. En Mohd Suhaimi bin Mohamad Ali
Timbalan PPD Sektor Perancangan
3. Tn Hj Mohd Shukri bin Arshad
Timbalan PPD, SPS
4. En Shahrizal bin Halid
5. Pn Rafidah binti Abdul Samat
6. Wakil dari IPD Kulai, IPD Iskandar Puteri dan Balai Polis Bandar Tenggara