04/05/2026
📢 HEBAHAN RASMI 📢
Pendaftaran Murid Darjah 1 Sesi 2027 di Sekolah Agama Bandar Putra kini TELAH DIBUKA! 🎉
🗓 Tempoh pendaftaran:
1 Mei 2026 – 31 Julai 2026
🕘 Hari & masa:
Isnin – Jumaat (Waktu Pejabat)
🔗Sila sertai Telegram rasmi untuk mendapatkan borang pendaftaran.
https://t.me/+Jt3lCjgbo3Q2NmM9
📌 Terdapat kuota 40 orang untuk murid darjah 1 berumur 6 tahun dan bergantung kepada kelulusan Jabatan Agama Islam Negeri Johor Bahagian Pendidikan Islam.
📌 Ibu bapa/penjaga diminta untuk menyediakan dokumen sokongan yang lengkap bagi melancarkan proses pendaftaran.
🖋️Sila pastikan dokumen yang diperlukan lengkap dan diakui sah oleh majikan.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan jua.
Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.
29/04/2026
🌙✨ Pertandingan Hari Raya Aidilfitri ✨🌙
Alhamdulillah, pada 15 April 2026 telah berlangsungnya Pertandingan Hari Raya Aidilfitri di Sekolah Agama Bandar Putra dalam suasana yang begitu meriah, ceria dan penuh warna-warni 😊
Program ini telah berjaya menghimpunkan murid-murid dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik yang bukan sahaja mencungkil bakat serta kreativiti, malah turut menyemai semangat kerjasama dan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah. Setiap peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dan memberikan persembahan terbaik dalam kategori masing-masing 👏
Keindahan sambutan Aidilfitri jelas terserlah dengan kehadiran murid-murid yang tampil anggun dan segak mengenakan pakaian tradisional yang berwarna-warni, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan suasana raya di sekolah ✨
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai medium untuk membentuk sahsiah, mengeratkan hubungan, serta mencipta kenangan manis yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga Sekolah Agama Bandar Putra 💚
22/04/2026
Assalamualaikum wbt
Berikut adalah jadual Peperiksaan Setengah Tahun bagi darjah 1 - 6 untuk rujukan ibu bapa dan penjaga.
20/04/2026
𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍, 𝐇𝐀𝐅𝐀𝐙𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐈 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 𝟏&𝟐 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
بسم الله الرحمن الرحيم
🌹"اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَدّ"🌹
📍20 Hingga 30 April 2026
Semoga Peperiksaan dapat dilaksanakan mengikut masa yang telah ditetapkan..
14/04/2026
MAJLIS PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN SDKA TAHUN 2025
Alhamdulillah Sekolah Agama Bandar Putra telah memperolehi keputusan 100% lulus dan seramai 72 orang calon berjaya mendapat pangkat 1.
Tahniah buat semua calon, ibu bapa dan guru-guru di atas kejayaan yang cemerlang ini.
20/03/2026
[ MAJLIS IFTAR JAMAIE, KHATAM AL-QURAN DAN SANTUNAN KASIH RAMADAN TAHUN 2026 ]
Majlis Iftar Jamaie: 13 Mac 2026
Majlis Khatam Al-Quran Dan Santunan Kasih Ramadan: 16 Mac 2026
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan, semoga diberkati oleh Allah Dan kita bertemu lagi Ramadan akan datang.
11/03/2026
اونتوق ايدرن سݢرا،
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
چوتي تمبهن سمڤنا ڤراياءن سمبوتن هاري راي عيدالفطري تاهون 𝟐𝟎𝟐𝟔
دڠن حرمتڽ کڽاتاءن ميديا اوليه کمنترين ڤنديديقن ماليسيا (KPM) برتاريخ 10 مچ 2026 اداله دروجوع.
اونتوق معلومن، برداسرکن کڽاتاءن ميديا ترسبوت، بهاݢين ڤنديديقن إسلام منيمبل ݢونا تمبهن چوتي ڤراياءن سمڤنا سمبوتن هاري راي عيدالفطري تاهون 2026.
سهوبوڠن دڠن ايت چوتي تمبهن سمڤنا ڤراياءن هاري راي عيدالفطري دبريکن ڤد هاري رابو 18 مچ 2026 باݢي سكوله اݢام كراجاءن جوهر دان اينستيتوسي٢ ڤنديديقن إسلام نݢري جوهر.
سكيان
ڤڠاره
جابتن اݢام إسلام نݢري جوهر
11 مچ 2026 برساماءن 21 رمضان 1447
09/03/2026
Fuh, pejam celik kita dah sampai ke fasa "paling mahal" dalam Ramadan. Kalau dalam marathon, inilah fasa pecutan terakhir sebelum sampai garisan penamat.
Masalahnya, ramai antara kita yang makin dekat nak raya, makin "hanyut." Fokus dah beralih daripada sejadah ke shopping mall, daripada zikir ke tracking number J&T. Sayang kalau 20 hari yang kita dah lalui hangus macam tu je sebab kita lalai di saat-saat akhir.
Ingat, 10 malam ni bukan masanya untuk kita slow down. Inilah peluang untuk kita "reset" balik segala dosa dan borong pahala luar biasa.
Nah, ini dia 10 BLUEPRINT 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN untuk yang nak betul-betul skor tahun ni:
1. Berhenti Jadi "Zombi" Media Sosial
Sibuk tengok live orang borong baju raya, tapi diri sendiri terlepas "live" dengan Pencipta. Simpan phone. Dunia tak runtuh kalau tak tengok story orang dalam masa 10 hari ni.
2. Sedekah RM1 Setiap Malam (Jangan Jadi Kedekut!)
Kalau sedekah setiap malam dalam 10 malam terakhir, confirm akan terkena malam Lailatul Qadar. Bayangkan pahala sedekah yang digandakan macam kita menderma selama 83 tahun berturut-turut. Rugi kalau tak buat.
3. Solat Isyak & Subuh Berjemaah (Standard Minimum)
Jangan berangan nak Qiamullail sampai pagi kalau Isyak pun buat melengah-lengah. Nabi SAW sebut, siapa solat Isyak berjemaah, pahalanya macam bangun separuh malam. Kalau Subuh pun jemaah, macam bangun satu malam suntuk! Fuh, pahala penuh!
4. Kurangkan Menu "Iftar Kayangan"
Perut kenyang sangat buat kita mengantuk masa terawih. Berhenti makan sebelum kenyang. Kita nak kejar syurga, bukan nak kejar food coma.
5. Doa "Killer" Untuk Padam Dosa
Hafal doa ni: Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni. Pendek je, tapi maksud dia dalam. Kita minta Allah "delete" terus rekod dosa seolah-olah kita tak pernah buat pun.
6. Jaga Mulut, Jaga Telinga
Tak guna bangun malam tapi siang hari membawang pasal jiran atau kutuk baju raya orang lain. Dosa mengumpat tu boleh hanguskan pahala penat lelah malam tadi.
7. Buat "Checklist" Dosa Sendiri
Malam-malam ni, duduk sorang-sorang. Mengaku kat Allah apa benda buruk kita dah buat tahun ni. Menangislah. Biar mata tu basah sebab takut kat Allah, bukan sebab tengok drama sedih.
8. Al-Quran Bukan Hiasan Rak
Kalau tak sempat khatam, jangan terus tak baca. Baca sikit tapi faham. Biar ayat tu masuk dalam hati, bukan sekadar lalu kat kerongkong.
9. Tidur Awal, Bangun Awal (Disiplin!)
Jangan layan tv sampai pukul 2 pagi baru nak mula ibadah. Tidur awal lepas terawih supaya pukul 3 atau 4 pagi ada tenaga fresh nak mengadu kat Allah.
10. Fokus Kat "The Real Goal"
Raya tu cuma satu hari, tapi Lailatul Qadar tu untuk selamanya. Jangan sampai sibuk susun biskut raya tapi susunan saf solat pun kita tak jaga.
"Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan." (Al-Qadr: 3)
Kita tak tahu sama ada ini 10 malam terakhir yang paling bermakna, atau 10 malam terakhir yang bakal kita lalui dalam hidup. Jangan sampai kita menangis di pagi raya sebab sedar kita baru saja melepaskan peluang keemasan yang takkan kembali.
Penat sikit 10 malam ni tak apa, asalkan "akaun" akhirat kita penuh. Jom kita all-out!
Sila SHARE dan TAG kawan-kawan atau family korang. Mana tahu, disebabkan korang share ni, ada yang terbuka hati nak buat amal dan korang pun dapat pahala sekali. Saham akhirat tu!
05/03/2026
[ MAJLIS PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2025 ]
Syabas dan tahniah buat pelajar, ibu bapa dan barisan tenaga pengajar UPKK tahun 2025.
Semoga dapat mencapai kecemerlangan untuk SDEA 2026 insyaaAllah.